Rate

Bab 2

Romance Series 2782

I promise you
I'm always there
When your heart is filled with sorrow and despair
I'll carry you
When you need a friend
You'll find my footprints in the sand...

Saya terjaga dari tidur. Bunyi nyaring deringan telefon bimbit bergema di ruangan itu. Lagu Leona Lewis yang bertajuk Footprint in the sand saya jadikan nada dering. Nama 'Dear' tertera di kaca telefon bimbit. Saya sambut panggilan itu.

"Morning sayang!", kedengaran suara Harry di hujung talian.

"Yes dear...why so early? I'm still sleepy?", balas saya.

"I'm just missing you already", balasnya pula.

"I miss you too dear".

"Emmm..sayang dear mau pergi kerja dah ni, tulah call awal..takut nanti tak sempat call. Saja nak inform sayang", balas Harry lagi.

"Ok dear..see you then, it's just six in the morning. Still sleepy hehe".

"Ok see you..I love you".

"I love you more".

Tuttt....!

Talian dimatikan.

Hmmm...!

Saya sambung tidur lagi. Kuliah pagi ini mula pukul lapan.

'Masih awal lagi, baik sambung tidur'.

Harry. Lelaki yang saya kenal melalui Fac setahun yang lalu. Dia memang baik, selalu mengambil berat tentang saya. Dia nampak sedikit berusia dari saya. Saya tahu umur bukanlah ukuran untuk kita mencintai seseorang tetapi saya rasa ada sesuatu yang tidak kena dengan hubungan ini.

***

Setahun yang lalu...

Floppp...!

Satu mesej tertera di kaca komputer riba saya. Pantas saya click bulatan berwarna merah yang ada huruf satu yang di tengah-tengahnya.

"Hi...", mesej dari Harry.

'Siapa Harry ni?...Oh ya ya...saya baru add dia tadi', ujar saya pada diri sendiri.

"Hi juga..", balas saya.

"Buat apa?".

"Sedang online la ni".

"Oh..cantik gambar profile kamu".

"Oh ya..thank you. Kamu pula buat apa?", kini giliran saya pula yang bertanya.

"Saya tengah rest ni, baru lepas makan tadi. Kamu sudah makan?".

"Sudah juga".
Perbualan melalui Fac messenger itu terhenti di situ. Saya segera log out Fac, malas hendak melayan chat lelaki tersebut.

***

"Hi..., ni number saya, senang-senang mesejlah saya ya", mesej Harry secara tiba-tiba.

Saya belum ada seseorang yang istimewa oleh itu saya memberanikan diri untuk bermesej dengan dia. Perasaan gembira terbit dalam diri saya tanpa memikirkan risiko yang bakal saya alami. Sejak dari itu kami sering berhubung melalui sms dan Harry sering telefon saya. Saya merasa sangat disayangi oleh Harry dan saya pun menyayangi dia dengan sepenuh hati saya.
Dalam talian...

"Anne...Anne nak saya panggil apa?", ujar Harry dengan manja.

"Hmmm...tak kisahlah, apa pun boleh", balas saya lembut

"Panggil sayang lah", balasnya pula.

"Pun boleh..saya panggil kamu dear okey kah?", tutur saya pula.

"Okey..boleh saja".

Walaupun kami berjauhan, kasih dan cinta kami sentiasa mekar. Kami sangat open sesama sendiri. Walapun begitu Harry tidak pernah memberitahu saya umur sebenarnya. Saya pun tak kisah kerana saya menyayangi dia sepenuh hati saya, umur hanyalah sekadar nombor.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience