Rate

Bab 1

Romance Series 2782

Saya log in ke dalam akaun Fac saya dan melihat ada tujuh notification, empat friend request dan dua mesej. Pantas saya gerakkan pointer mouse ke friend request. Saya lihat satu persatu manusia yang telah menghantar permintaan untuk menjadi rakan Fac saya.

Mata saya tertarik pada satu nama "Del Rey", segera saya click nama itu. Saya melihat gambar profile. Lelaki.

'Boleh tahan juga'.

Gambar profile yang memaparkan seorang lelaki berdiri disebalik sebuah keyboard dengan penampilannya yang ala-ala K-pop star. Dia memakai T-shirt dan jaket kulit hitam, berseluar hitam dan kasut putih. Mempunyai wajah yang 'good-looking' dengan serumpun kecil janggut.

'Emmm...tak kenal, tak mau addlah', bisik hati kecil saya.

Setelah penat melayari internet, saya melipat komputer riba saya dan kembali berbaring di tilam. Hujung minggu ini, saya mahu menghabiskan masa di dalam bilik sahaja kerana penat kuliah lima hari berturut-turut dari pagi hingga ke petang.

'Nantilah keluar cari makan', ujar saya pada diri sendiri.

Tok..tok..tok..

Tiba-tiba pintu bilik saya diketuk.

'Hmmm..siapa pula yang mengacau ni', getus hati kecil saya seraya berjalan malas-malas ke arah pintu bilik dan menguak daun pintu.

"Ezza..!". Wajah Ezza bff saya tersembul di luar pintu.

"Anne..jom turun bawah makan", ujar Ezza.

"Great!...baru nak plan keluar cari makan tadi. Ok..jap, saya tukar baju dulu", balas saya pula.

"Ok..saya tunggu diruang tamu kamu ya",

"Ok..".

Saya segera mengenakan T-shirt hijau muda dan seluar slek hitam ke tubuh saya yang sedikit berisi itu. Kemudian saya mengikat rambut saya yang panjang paras pinggang, memakai cermin mata lalu mengambil dompet dan telefon bimbit berjenama samsung diatas meja tulis.

Saya kemudian keluar dari bilik saya dan terus mendapatkan Ezza yang leka bermain dengan telefon bimbitnya.

"Ezza..jomlah".

Kami menuruni anak tangga menuju ke Cafeteria. Kemudian, kami berdua berbaris menunggu giliran untuk mengambil makanan dan minuman. Setelah membayar kesemuanya kami memilih untuk duduk di tepi kanan Cafeteria itu.

"Anne...kau sempat salinkah nota yang Miss Amy bagi tu?", ujar Ezza lalu menyuapkan makanan ke dalam mulutnya.

"Emmm sempat jugalah..tapi short form..saya pun belum tengok lagi", balas saya pula.

"Nanti saya pinjam ya, ada benda yang saya tak sempat salin", ujar Ezza terkunyah-kunyah.

"Emmm..". Saya meneguk teh ais di depan saya.

Setelah habis makan, kami kembali ke tempat kediaman saya. Ezza mengikut saya ke bilik untuk mengambil nota Miss Amy.

"Nah Ezza..kalau tak faham, buat-buat faham jelah ya".

"Emm..yalah yalah", ujar Ezza lalu beredar dari situ.

Kami tinggal di Apartment yang disediakan oleh pihak Universiti tempat kami menuntut. Apartment saya dan Ezza bersebelahan sahaja tidak hairanlah kami selalu keluar makan bersama. Kadang-kadang saya juga keluar makan dengan Felicia dan Nisah oleh kerana Apartment mereka agak jauh sedikit dari Apartment saya.

Apartment saya dan Ezza berada di tingkat empat blok A manakala Felicia dan Nisah di tingkat empat masing-masing blok B dan C. Dalam sebuah Apartment ada tiga bilik. Sebilik ada sebuah katil, sebilik lagi ada dua buah katil dan sebilik lagi ada tiga buah katil. Setiap bilik hanya memuatkan penuntut mengikut jumlah katil yang ada. Sekarang saya berada di tahun akhir, oleh itu saya diberikan bilik single bed. Maklumlah saya kan super duper senior!Emmm...

Saya membuka komputer riba saya lagi. Belum puas melayari laman Fac. Sebagai seorang yang agak pendiam saya lebih suka menyendiri. Kurang percaya dengan manusia-manusia yang ada di luar sana dan hanya orang terdekat sahaja yang memahami diri ini.

Sambil mendengar lagu-lagu Hillsong, saya stalk lagi akaun 'Del Rey'. Hanya ada beberapa sahaja mutual friend kami.

'Hmmm..siapa dia ni? Dia kenal saya kah?'. Macam-macam fikiran saya yang timbul.

'Hmm..memanglah tak kenal kan. Mungkin dia just add gitu-gitu saja', monolog saya sendirian. Saya harus berhati-hati untuk memilih rakan Fac kerana saya tidak mahu pisang berbuah dua kali.

Sampai sekarang saya masih mempunyai hubungan dengan lelaki itu. Lelaki yang tidak jelas usia sebenarnya kerana dia terlalu berahsia mengenai umur sebenarnya. Dalam pengamatan saya dia berusia seperti 30-an. Saya pun masih jagung mentah saat itu, 21. Tatkala saya baru menginjak tahap dewasa, hilang pula aset yang berharga. Saya gagal mempertahankannya.

Apalah nasib!

Saya buang perasaan itu jauh-jauh. Saya akur dengan segala yang telah terjadi. Nasi sudah pun menjadi bubur. Saya pasang niat saya untuk setia pada lelaki itu.

Ya..harus!

Masih adakah lelaki baik di dunia ini? Lelaki bukan perokok dan bukan peminum. Lelaki yang mahu menerima diri ini seadanya. Saya percaya Tuhan sayang saya dan rancangannya selalu indah bagi saya. Amen!

Mungkin si dia itu adalah jodoh saya!

Floppp...!

Satu notification tertera di kaca komputer riba saya. Lekas saya click notification itu. Nisah tag saya sesuatu. Saya melihat pautan tersebut. Sebuah video lucu, Catherine Tate berjudul The offensive translator. Saya ketawa terbahak-bahak sendirian. Saya lupa masalah saya seketika.

Hahahahaha...hahahahaha

Adoii..lucunya! Pening kepala saya ketawa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience