Bab 1:Cik Ponti

Horror & Thriller Series 3151

Kes ni jadi pada tahun lepas punya lepas (2015).Masa tu aku form 2, aku pergi kem yang sekolah anjurkan kem perdana a.k.a kem unit uniform. Kawan-kawan aku semua pergi.Kitaorang duduk kat sana selama 3 hari 2 malam. Malam pertama kitorang buat aktiviti night walk, time night walk tak ada apa-apa pun sebab kitorang bergerak secaraberku, pilan. Yelah dalam hutan kot, gila nak lepaskan kitorang sorang-sorang.
Lepas habis aktiviti night walk tu kitorang diarahkan pergi ke khemah masing-masing untuk tido.Masa aku dengan kawan-kawan satu khemah aku, aku ada perasan ada satu lembaga ikut kitorang dekat seberang sungai . Mula-mula aku ingatkan hanya bayangan aku je, bila aku tengok betul-betul rupanya memang benar lah tu cik ponti.
Dah tu kitorang punya tempat perkhemahan betul-betul depan sungai tu.Cik ponti tu ikut kitorang sampai kitorang sampai kat khemah, aku takyah nak cakap ape dah. Rasa terkejut campur dengan rasa takut hasilnya bengong kepala aku.
Esoknya aku cerita lah kat member baik aku, al-maklumlah khemah aku dengan member-member aku lain.Bila aku cerita terus dorang takut , dan-dan aku bantai gelak. Aku cakap mungkin aku sorang je kot nampak sebab yang lain buat muka relaks je.
Bila dah balik rumah aku cerita lah kat mak aku, mak aku buat muka selamber je.Aku pun jungkit bahu tengok tv, buat macam biasa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience