Bab 3:Pak cik aku

Horror & Thriller Series 3151

Pak cikku seorang yang rajin dan suka menolong orang, tetapi dia ditimpa kemalang pada tahun 2013.Akibat daripada itu dia lumpuh separuh badan. Atuk dan nenek ku berusaha membawanya sehingga ke johor untuk mengubatinya, tetapi atuk dan nene aku telah tersalah pilih orang untuk mengubatinya. Tukang ubat tu mula menghantar pelbagai jenis 'benda' untuk membuatkan pak cik aku bertambah sakit.Pada mulanya atuk aku tidak mempercayai bahawa orang yang mengubatkan pak cik aku itulah yang telah hantar 'pelbagai benda' untu membuatkan pak cik aku menjadi seperti orang gila.
Kemudian, pernah sekali aku mengikut atuk dan nenek ku untuk menghantar pak cik ku berubat. Pada mulanya aku tidak merasakan apa-apa, tetapi bila tukang ubat tu datang aku terperanjat kerana orang itu tak nampak macam tukang ubat tetapi lebih kepada 'mat pet' a.k.a penagih. Ini kerana dia memakai hanya baju t-shirt yang sangat lusuh dan seluar jeans yang koyak rabak.Cuba korang bayangkan.
Mula dari tu aku tak sedap hati, sebab dia mengubati orang perempuan tanpa menggunakan sarung tangan atau dengan kata lain dia bersentuh kulit dengan kulit.Padahal perempuan yang dia ubatkan itu pakai purdah kot.Tapi yang tu aku tak heran lagi sebab aku tengok dari cara pemakaian pun tahu.Yang memeranjatkan bila dia kononya nak tengok aku ada sakit apa. Aku pun pada mulanya nak tengok lah macam mana dia check.Mula-mula dia pegang tangan aku pastu dia baca apa ntah , macam bahasa sanskrit pon ade. Pastu aku rasa kulit aku macam terbakar, padahal dia tengah pegang tangan aku kot . Dengan tetiba aku rentap tangan aku.Yelah, gilalah tangan aku rasa macam kena bakar mahu aku tak rentap.Dia buat muka selamba pastu dia cakap kat nenek aku yang aku ji sihat wal afiat.Nipu je padahal masa tu aku tengah demam kot, jadah ape.
Balik dari johor tu, pak cik aku makin menjadi-jadi perangai dia.Dia dah mula cakap sorang-sorang. Pada mulanya aku dengan atok sedara aku buat derk je, sebab masa tu dia tak teruk sangat. Bila kitorang balik kampung kat melaka, dia asyik kata panas je sebab masa tu aku asyik pasang ayat al-quran.Kitorang balik kampung 3 hari 2 malam.Pada hari last tu, aku yang naik satu kereta dengan atuk sedara aku semua balik lambat seba handphone salah seorang atuk sedara aku tercicir kat rumah kampung.So kitorang pun patah balik.Kitorang sampai rumah pukul3 pagi.
Baru je aku nak tido, atuk sedara aku panggil . Dia kata nak ubatkan pak cik aku tu.Masa tu semua jaga lagi yang tido semuanya adik-adik dengan adik sedara aku yang kecik.Aku pun pasrah je lah, walaupun aku tengah mengantuk.Mula-mula atuk sedara aku pasang lilin.Sambil dia pasang lilin dia baca surah, surah apa aku tak ingat, Pastu bila api lilin tu dah menyala, tiba-tiba api tu tunjuk dekat ruang tempat pak cik aku tido.Api tu statik je, semuanya dengan kuasa Allah.Aku pun pergilah dekat tempat pak cik aku tu.Aku terkejut sebab muka pak cik aku nampak macam mayat yanb dah lama. Yang peliknya pada mulanya semua tak nampak, pastu atuk sedara aku kat memang lah dorang tak nampak sebab hijab dorang tertutup.Aku pun angguk.Pastu aku disuruh genggam biji lada hitam dekat kedua-dua tangan aku sambil tu aku kena tutup mata dan baca surah alfatihah dan surah tiga kul.

Atuk sedara aku pun tanya, mana satu yang rasa panas. Aku jawab belah kiri sebab memang belah kiri yang rasa panas terbakar. Pastu aku kena baling lada hitam tu dekat tempat yang ada 'benda 'tu, aku pun baling lah.Tetiba pulak api yang tunjuk kat pak cik aku pada mulanya beralih arah ke bumbung rumah.Aku dengan atuk sedara aku pun keluar. Sampai belakang rumah aku tengok benda tu dah takde.So kitorang pun pergilah ke depan rumah balik. Dalam masa nak pergimke depan tu aku tertoleh ke rumah jiran sebelah rumah, aku nampak ada sorang lelaki. Aku terkejutlah sebab masa tu dah pukul 4.Aku pun tanyalah atuk sedara aku tu, dia cakap tu saka jiran kitorang ye atau tidak tu wallahualam.

Masuk je dalam rumah, keadaan dah reda . Aku pun cakap nak tido sebab dah penat. Dorang pun bagi, sebab tengok aku berkali-kali menguap. Aku pun tidolah..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience