Bab 2: Kem

Horror & Thriller Series 3151

Kejadian ni jadi tahun lepas (2016). Masa tu sekolah buat perkhemahan untuk badan kepimpinan. Almaklumlah aku kan pengawas pusat sumber so terlibatlah. Kawan aku semua pergi sebab rata-rata kawan aku semuanya pengawas sekolah cuma ada seorang je pembimbing rakan sebaya.Kitorang pergi kem tu naik bas (yelah dah nama pun perkhemahan anjuran sekolah). Kitorang sampai sana dalam pukul 10:30 pagi sebab dari rawang ke bukit melawati bukannya jauh sangat pun.
Sampai je kat sana kitorang kena berkumpul kat tempat berhimpun. Lepastu kitorang kena , asuk dewan pulak untuk sesi ice breaking. Lepas sesi tu pulak kitorang diarahkan untuk pilih bilik. Aku memang teruja lah sebab boleh satu bilik dengan member aku semua.
Dekat kem ni dia punya bilik bukannya macam bilik tapi lebih kepada rumah kecik yang ada 4 katil double decker ,1 bilik air, 4 almari baju, 1 meja dan aircond. Semuanya serba-serbi lengkaplah kiranya.Pastu kitorang kena berkumpul lagi untuk aktiviti seterusnya.
Pada malamnya pula ada akticiti hot chair dengan aktiviti ape ntah.Aku ingatkan takde night walk , yelah sekitar kem tu kira haunted juga lah kalau korang tengok . Menyeramkan gile weh.Pastu ada abang Fasi tu cakap night walk akan di buat pada pukul 12 tengah malam, aku dah nak mencarut dah tapi nasib baik kawan aku kata "lek-lek jangan mencarut" .Pastu aku tenang kejap, tapi kejap je lah, sebab tetiba pulak ada kakak fasi pulak cakap night walk postpone pada pukul 3 pagi pulak. Haih tabahlah hati.
Pada pukul 3 pagi kitorang dah berkumpul kat luar dewan sebab nak night walk. Member aku semua excited sebab night walk kali ni dia lepas sorang-sorang, aku pulak rasa nak demam.Pastu kawan aku sorang ni boleh pulak dia niaya aku , dia ngadu kat fasi cakap aku nak demam. Aku pun ape lagi pura-puralah demam. Abang Fasi tu kata aku tak boleh duduk kat kem sebab nanti semua pergi night walk, masa tu lah aku nampak ada sorang budak form 1 ni duduk kat tiang depan dewan tu. Aku pergilah kat dia, pastu aku tanya"ni kenapa ni? demam ke?". Dia cakap dia baru lepas operate kat kaki tu yang dia duduk tu.
Aku pun ajak dia jalan sesama ke tempat night walk tu. Yelah gile nak duduk kat kem sorang-sorang, boleh gile aku nanti.Sampai kat tempat night walk tu, ada abang fasi yang bagi keterangan sikit.Dia kata kat sini kitorang kena jalan sepanjang 5 kilometer . Time tu aku dah terbayang bantal dengan tilam mengantuk woh.
Hampir separuh lah budak-budak sekolah aku yang tinggal kat tempat mula-mula tu. Aku pun fikir nak tido, apalgi aku ajaklah budak form 1 tu jalan dulu. Dia pun okey je.Sampai je kitorang dekat tempat penamat night walk tu aku tengok budak sekolah aku semua dah duduk berbaris.Yang aku heran masa aku sampai kat situ ada dua orang budak perempuan terbaring tengah jalan. Sorang junior aku sorang lagi senior aku merangkap penghuluwati masa tu.Aku pun buat tak tahu lah, aku dengan budak tu duduk kat barisan last sekali.
Baru je aku duduk, tiba-tiba je bahu aku kena cuit terkejut aku nasib tak melatah je.Rupanya kawan aku si intan payung, dia ajak aku tolong budak kat depan tu. Mula-mula aku tanya lah kenapa dengan dorang tu, yelah tetiba nak tolong seangkan aku tak tahu apa-apa. Intan cakap dorang kena rasuk , barulah aku tahu.Kitorang pun pergi lah ke depan tolong apa yang patut.
Tetiba cikgu suruh budak-budak yang lain balik ke kem. Lepas je yang lain balik ke kem , junior aku ni meronta-ronta.junior kitorang ni memang terkenallah dengan asyik kena rasuk.Tapi yang pelik nya rontaan dia kali ni lain macam.Pastu dia meracau dalam bahasa ape ntah. Ada abang fasi tu tolong lah ubatkan tapi benda tu tak nak keluar. Aku kesian dekat kakak-kakak yang tolong pegangkan tangan budak tu sebab dorang ada yang tercampak kebelakang . Aku pun kesian kat dorang aku gantilah, aku pulak yang pegang kan tangan budak tu tapi aku tak tercampak pun , bergerak sikit pun takde. Kakak-kakak yang pegang budak ni tadi tercenggang sebab aku tak bergerak walau seinci.

Aku pegang budak tu bukannya pegang camtu je, tapi aku adelah baca surah kursi dengan surah lazim.Pastu tetiba pulak ada sorang pakcik tu datang, dia bawa semangkuk air.Mulanya aku oelik juga nak buat apa dengan air tu, pak cik tu macam tahu je aku nak tanya.Pak cik tu suruh abang fasi tadi tu baca lah surah apa yang patut ,pastu renjis air tu dekat muka budak yang kena rasuk tu. Automatik pulak budak tadi tu pengsan, oastu kawan-kawan dia papahlah budak tu masuk dalam kereta abang fasi.Budak tu pun dibawa balik ke kem.Sementara kitorang tunggu kereta tadi tu untuk amik kaka yang kena rasuk tu , kitorang cubalah angkat kakak tu sebab dia dahlah tak sedarkan diri . Aku dengan kawan kakak tu cubalah angkat dia , kitorang kena sampai ada 4 5 orang untuk angkat dia tau sebab berat badan sia melebihi 60 kg. Yang malangnya, aku kena papah kakak tu dari belakang badan dia. Aku pun pasrah je la.

Bila kereta sampai kawan-kawan kakak tu excited terlebih nk bukak pintu sampai lupa yang dorang tengah papah kakak tu, tinggallah aku dekat belakang kakak tu sampai aku kena hempaplah. Bila aku menjerit baru dorang ingat, haih nasib badan.Bila kakak tu selamat di masukkan dalam kereta 2 3 orang kawan dia ikut sama naik kereta. Yang tinggal aku dengan kawan aku 3 orang dengan jawan kakak tadi tu 2 orang dengan sorang abang fasi kena jalan kaki balik kem.
Sampai je kat kem, aku tengok kakak tu dah sedar tapi yang peliknya dia menari-nari. Haih, seram aku.Aku dengan kawan aku 3 orang mintak dirilah nak balik bilik sebab dah nak pukul 5 pagi.Kitorang berlari balim bilik,sampai depan bilik berterabur kasut depan pintu ade yang masuk longkang.Kitorang masuk bilik terus tido.Yang lawaknya kawan aku tido sebelah aku, mulanya kitorang berborak pastu aku tertido.Esoknya, dia marah aku . Dia kata dia borak sorang-sorang, yang lain tak dapat tido sebab ada benda dalam bilik tu cuma aku je yang tido.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience