BAB 6

Romance Completed 7339

“Hae tak nak cuba pikat dia dulu ke?”

“Dah pikat dah. Tapi tak jalan”

“Ikut suka Hae la. Nanti jangan nak marah pulak kalau dia tak terima” Terduduk Hae sebaik sahaja mendapat surat dari Wangi.

Wangi dah pergi tinggalkan dia. Surat Wangi direnyok. 'kehadapan Hae yang dikasih. Aku tahu kau tunggu aku. Itu sebab aku tak datang. Hae sayang satu rahmat bila kau ajak aku kahwin.

Maafkan aku, aku tak boleh terima kau.' Hae keluar. Dia menghidupkan kereta. Dia perlu cari Wangi. Dari jauh Hae tersenyum. Dia tahu susuk itu, Wangi. Tempat ni la akan dituju Wangi bila dia ingin ketenangan. Hae mengambil tempat disebelah Wangi. Wangi hanya pandang sekilas. Hae tersenyum. Wajah Wangi yang lena dibahu hanya dipandang.

3 jam tanpa kata apa-apa cukup membuatkan dia termenung panjang. Dia mengusap lembut kepala Wangi. Wangi sewangi namanya. Tangan Hae memegang erat dia dengan Wangi bukan la orang asing.

Dia adalah anak angkat keluarganya begitu la dengan dia, anak angkat keluarga Wangi. Keluarga mereka sudah lama bersatu.

Terasa ada titisan jatuh ditangannya. Hujan ke? Hae memandang awan. Tiada tanda hujan. Terkejut dia melihat titisan tersebut adalah darah.

Wajah Wangi dipegang. Dia terkejut. Darah tersebut datang dari hidung Wangi.

“Wangi…Wangi…” Hae menampar lembut pipi Wangi. Tiada pergerakan dari Wangi. Hae kaget.

“Wangi bangun” jerit Hae. Pantas Hae mengendong Wangi. Wangi perlukan rawatan! ‘Wangi sayangkan Hae. Wangi tak nak Hae terbeban dengan Wangi.

Mula-mula Wangi ingat nak merasa macam mana perasaan Wangi bila menjadi isteri Hae. Wangi fikir balik. Wangi tak layak untuk Hae. Wangi akan menyusahkan Hae dengan keadaan Wangi.

Wangi tak ada masa yang lama. Maafkan Wangi Hae kerana pentingkan diri’ nota ringkas itu dibaca berkali-kali.

Jodoh dia bukan dengan Wangi. Hampir tiga tahun kenangan itu berlalu. Wangi meninggal sejam selepas dia dikejarkan ke hospital. Semua orang terkejut. Tiada siapa duga Wangi mempunyai penyakit.

“Wangi sangat istimewa” wanita itu memeluk Hae dari belakang. Nota ditangan Hae dicapai.

“Dia insan teristimewa dalam hidup kita” ujarnya lagi.

“Nurin tak akan pernah larang abang cintakan Wangi atau teruskan mencintai Wangi” Hae menyambut pelukan Nurin.

“Wangi adalah cinta abang dan selama-lamanya menjadi cinta abang. Tapi Nurin adalah isteri abang. Cinta , kasih dan sayang abang untuk Nurin selama-lamanya” dahi Nurin dikucup. Gadis yang telah mencuri hatinya dan akan sentiasa gadis pujaannya sehingga ke akhir hayat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience