BAB 3

Romance Completed 7339

“Wangi kau sayang aku tak?”gambar itu disoal.

“Kalau aku ajak kau kahwin kau tolak tak?” Hae senyum sendiri. Susah kalau dah angau ini. Wangi tunggu aku lamar kau taw.

Wangi merengus. Balik-balik dia sorang-sorang dekat rumah. Dia menghempaskan badan di sofa. Aku aku ke tak ada agak-agak sama tak? Ah rindunya dekat Hae.

Wangi ketawa mengingati kelakuan tadi. Gila! Aku ajak Hae kahwin. Hae begong. Kira bertuah apa aku ajak dia kahwin. Kalau ikut teori siapa nak kahwin dengan dia. Langsung tak gentlemen.

Tak pernah nak berlembut. Macam mana la dia boleh couple dengan Nurin. Mata Hae mencerlung ke arah Wangi yang sedang menjamu selera dengan Hyo.

“Budak ini, semalam beriya ajak aku kahwin. Hari ini bermesra dengan Hyo. Budak ini” bebel Hae sendirian.

“Abang Hae, kenapa cakap sorang-sorang kat sini?” terkejut Hae apabila Nurin menegurnya.

“Abang tengok apa itu?” Nurin memandang ke arah pandang Hae.

“Oh abang Hae tengok Wangi erk?” ada nada mengejek dari suara Nurin. Hae hanya diam. Malas nak mengulas.

“Abang pergi la cakap kat Wangi, abang suka dia. Sampai bila nak suruh Nurin berlakon jadi makwe abang” becok Nurin.

“Wangi itu bukan macam orang lain. Dia itu ibarat jarum jam. Bertukar tempat setiap saat” luah Hae.

“Jam itu la yang duk gila. Biar pun berubah setiap saat tapi dia akan kembali pada tepat asal jugak” bidas Nurin.

“Abang nak kahwin dengan dia boleh tak?” soal Hae lurus.

“Lagi mahu tanya ka”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience