BAB 1

Romance Completed 7339

Arghh! Stresslah! PAPPPPPPP! Ringan sahaja tangannya membaling pemadam tepat mengena kepala Wangi.

“Weh video je kot yang kau nangis bagai nak rak ni kenapa?”bebel Hae. Wangi hanya berpaling sebentar ke arah Hae sebelum menyambung kembali melihat video di laptopnya. Hae mengeleng sepatutnya mereka buat assignment bersama. Lain jadi bila Wangi dah mengadap laptop.

“kenapa sejak memenjak ni aku tengok kau suka sangat layan video sedih-sedih ini?” Hae meluahkan rasa hairannya setahu dia Wangi tak suka tengok benda yang berunsur sedih.

“Aku serabut dah macam orang tak betul dah ni. Entalah mungkin horman aku tak stabil” Wangi tarik sengih. Laptop ditutup. Buku diatas meja ditarik.

“Kau period ke?”

“Sibuk la. Kau bukan laki aku yang perlu ambik tahu masalah dalaman wanita ini”

“Bajet wanita la sangat” sinis Hae.

“Hae aku nak tanya kau ini. Kau sayang aku tak?” soalan Wangi membuatkan Hae terdiam seketika.

“Sayang la jugak. Kau kan kawan aku yang paling rapat”

“Oh kalau macam itukan boleh tak kau tolong aku tackle Hyo” Wangi memandang Hae dengan pandangan mengharap.

“Sejak bila kau suka Hyo?” tak tahu pulak dia Wangi minat Hyo. Pelik!

“Ada la dalam dua hari aku suka dia”

“Dua hari? Kau biar betul”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience