BAB 1

Romance Series 275613

SEPASANG mata hijau emerald semakin turun ke badan yang menggiurkan itu. Bibirnya melarik senyum sinis. Untuk kesekian kali, dia tak perlu menunjukkan tarikannya. Wanita sendiri yang akan datang menyerah diri kepadanya.

Satu tangan kasar mula menjalar ke bahu wanita itu. Mengusap lembut bahu itu. Dia tersenyum melihat riak wanita itu. Begitu mudah membuat wanita ini khayal dengan sentuhannya.

Wanita itu menolaknya manja jatuh ke atas katil. Dia tersenyum. Bila wanita itu turut jatuhkan tubuh atas tubuh sasa, jari-jemarinya bergerak. Menyelak rambut wanita itu dan satu bisikan terlepas dari bibirnya.

"Who are you?"

Wanita itu senyum manja. Bibirnya sengaja digigit. Tangan wanita itu mula bermain pada butang baju kemeja lelaki itu.

"I'm your ecstasy."

Sepasang mata lelaki itu terbuka luas.

"I'm your ecstasy."

Dia sekali lagi mendengar bisikan itu. Tapi bukan suara wanita yang sedang dalam dakapannya ini tapi suara seorang gadis remaja yang pernah dia jumpa beberapa tahun lepas.

Bayangan itu datang kembali. Bayangan bagaimana tubuh kecil itu dalam dakapannya dan bagaimana jari-jemari runcing itu merayau di badannya.

Kepalanya tergeleng bersama senyuman sinis. Sekali lagi bayangan itu muncul di fikiran.

Lantas badan wanita yang menghempap badan sasanya ditolak ke tepi. Tidak kuat tetapi cukup mematikan pergerakan tangan wanita itu yang semakin galak di badannya.

"Aku tak perlukan kau untuk malam ini. Kau boleh keluar."

"But... Why? Am I not good enough?"
Wanita itu terkedu. Tiba-tiba sahaja. Begitu ramai lelaki yang mendambakan tubuhnya tetapi hari ini, pertama kali dia ditolak. Yang membangkitkan kekecewaan apabila dia ditolak oleh seorang lelaki yang amat berpengaruh di kelab hari ini. Pengaruh lelaki itu bukan sahaja besar di kelab itu malah kepada seluruh kota New York.

Lelaki itu menyinis. Tangannya ligat membutangkan kembali baju kemejanya. Pandangan dikalihkan pada wanita seksi yang masih beriak terkejut di atas katil.

"No but just... There is someone who is better than you."

Selesai menghabiskan sebaris ayat, lelaki itu melangkah keluar dari bilik VVIP yang memang khas miliknya di kelab. Lehernya digosok sambil bibirnya menyinis. Kepala tergeleng.

Aku tak akan lepaskan kau. Gadis remaja itu benar-benar menyiksa fikirannya. Fikirannya tidak pernah terikat dengan mana-mana perempuan sebelum ini tetapi sekian lama bayangan riak nakal gadis remaja itu kerap mengganggu.

Sepasang kakinya perlahan-lahan melalui kumpulan orang di kelab itu sehingga ada suara yang menegurnya.

"Hey, where are you going, dude?"

Langkah dihentikan. Mata dikerling pada kawannya yang kini separa sedar dek arak yang diteguk.

"Aku mahu pulang."

Dahi rakannya berkerut.

"Pulang? Kau pasti bergurau. Masih terlalu awal..."

Tanpa menunggu bicara rakannya habis, kakinya sudah bergerak. Meninggalkan bar itu dan meloloskan badannya ke dalam kereta miliknya. Tiada guna dia menghabiskan masa bersama wanita di kelab ini jika fikirannya tetap dibawa kehangatan malam empat tahun yang lalu. Malam yang menjadi saksi pertama kali dia melanggar prinsip yang ditetapkan dalam hidupnya.

.

"YOU never loved me! I hate you!"

PANGGG!

"What an ungrateful daughter!"

Dia sedikit terngadah. Tubuh seakan tertolak ke belakang. Pipi yang pedih perlahan-lahan diusap. Mata memanah tajam pada lelaki tua di hadapannya. Tiada langsung riak serba salah di wajah tua itu.

Wake up, Emily! He never cared about you!

Lama-kelamaan bibir melorek senyum. Sinis.

"Thank you. You make me hate you even more!"

Beg silangnya di atas meja dicapai kasar dan kakinya segera melangkah keluar dari rumah itu.

"Jangan pulang ke rumah malam ini!"

Dia pekakkan telinga mendengar ucapan itu. Dada masih berombak kencang.

I hate him!

I hate everyone!

Akhirnya dia hanya mampu terduduk di pinggir jalan. Menahan air mata daripada jatuh. Muka ditekup kuat.

Arghhh!

Dilepaskan segalanya melalui satu jeritan. Dia benci ayahnya! Semenjak bapanya berkahwin dengan wanita tidak guna itu, segala kasih sayang yang lelaki itu pernah curahkan tidak seperti dulu. Ayahnya lebih banyak memuji dan membandingkan dirinya dengan Clara, kakak tirinya. Walhal wanita itulah punca dia berhenti belajar. Gara-gara tidak tahan mendengar hinaan yang kononnya dia hanya menghabiskan duit ayahnya.

Dengusan terbit di bibir apabila kedengaran nada dering telefon dari beg silangnya. Segera tangan diseluk ke dalam beg.

"Hey, pretty!"

Kau mahu apa?" Emily mengeluh kasar. Anna tidak akan semudah itu menelefonnya jika tiada sebarang hal.

"Let's go to the club tonight!"

Aku sibuk. Kaki tetap melangkah di sisi jalan. Sengaja dia memberi alasan sebegitu. Dia tidak rasa ingin berparti pada waktu ini.

"No excuses, fella. You've been giving me the same excuses before. Lagipula, aku dah lama tak pergi kelab bersama kau."

Emily gigit bibir. Sejak kejadian hampir empat tahun lepas dia tidak berani menjejakkan kaki ke bar. Dia takut atau lebih tepat dia tidak mahu bertembung dengan seseorang yang dia cuba lupakan.

"This is not an excuse. Aku tiada duit."

"Don't worry. It's on me."

Langkah kaki Emily automatik terhenti.

"Mana kau dapat duit?"

"Just let it be a secret. Yang penting aku tak mencuri."

Emily menggeleng.

"My answer is still no, thank you."

Satu keluhan kedengaran dari corong telefon.

_Kau sudah tak sayangkan aku? Dengan siapa lagi aku mahu lepaskan kebosanan jika bukan kau." Runtun nada yang dituturkan Anna membuat Emily serba salah. Jika difikirkan tiada salah juga keluar dengan Anna kelab. Mungkin boleh mengurangkan sedikit kesedihannya.

"Bila?"

"Malam esok?"

Dia diam kejap sambil menggigit bibir. Memikirkan sama ada dia harus pergi atau tidak.

"Tidak lama, bukan?"

"You can trust me, Emily."

Keluhan dihela sebelum kepalanya mengangguk. Seolah-olah Anna ada di hadapannya.

"Alright then."

Aku akan ambil kau esok malam.

"Tak perlu. My father will kill me with no doubt if he knows this. Aku jumpa kau di kelab. Just send me the locatian."

"Okay, fella. Can't wait to meet you tomorrow. Aku pasti kau tak akan kebosanan."

"Make sure you hold your words."

"No worries." Suara Anna ketawa kedengaran.

Tidak lama selepas itu, talian dimatikan oleh Emily. Telefon kembali dimasukkan dalam beg silangnya. Mata dipejam seraya nafas ditarik dalam.

"You ain't going to meet him again, Emily!"

Kepalanya dianggukkan. Ya. Kota ini besar. Tak semestinya dia akan berjumpa lelaki itu. Sementelah, dia bukan sesiapa. Lelaki kaya itu juga pasti akan melupakan dirinya.

Malam itu tidak membawa apa-apa makna. Malam itu hanya kesilapan. Malam yang sepatutnya tidak terjadi kepada gadis remaja sepertinya ketika itu.

Sepasang matanya dibuka. Anak mata kelabunya bergerak ke serata kota besar New York itu. Kota besar yang penuh cabaran bagi perempuan sepertinya. Perempuan yang tidak mempunyai apa-apa jawatan mahupun sijil yang perlu dibanggakan. Namun begitu, kaki tetap harus digigihkan untuk melangkah di kota ini.

'You can overcome this, Emily!'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience