EMILY merengus kuat. Gara-gara perempuan yang menyakitkan hati itu dia dimarahi oleh ayahnya. Ayahnya selalu begitu. Suka menyebelahi perempuan itu yang merupakan kakak tirinya. Apa lebihnya perempuan itu dia juga tidak tahu. Mungkin bagi ayahnya, Emily seorang anak yang terlalu manja yang hanya menghabiskan duit saja berbanding kakak tirinya yang menjawat jawatan pembantu pengurus salah sebuah hotel terkemuka.
Emily mencebik sendirian. Setakat jawatan itu dia tidak hairan. Entah ketua mana yang melantik Clara itu. Kasihan mereka kerana mendapat pekerja seperti Clara.
Dia terus berjalan di sisi bangunan tengah kota. Selepas dimarahi ayahnya, dia terus mengambil tindakan keluar dari rumah sebentar. Risau hati semakin sakit bila mendengar ayahnya menangkan Clara walaupun sewaktu mereka bergaduh Clara tidak ada di rumah. Tapi dia tahu, ibu tirinya pasti akan memberi khabar kepada Clara bahawa dia baru lepas bergaduh dengan ayahnya.
Sambil Emily membebel, dia tidak sedar yang dia sudah berada di sebuah tempat. Mata merenung kagum bangunan yang tersergam indah di hadapannya. Tidak salah dia ini hotel yang perempuan itu bekerja. Passionné Hotel. Nama saja sudah terlihat mewah bagaimana saja dengan dalamannya. Pasti lebih mengagumkan.
Dia angkat kening sambil berfikir. Patutkah dia masuk ke dalam? Mencari tahu bagaimana suasana pekerjaan Clara? Tapi, apa perlunya?
Bibir terkatup. Tapi, tidak ada salahnya, kan? Lagipun, dia jadi ingin tahu dengan suasana dalam hotel yang digembar-gemburkan mewah itu. Dengarnya, hanya orang kaya yang selalu menjejakkan kaki di sini. Biasalah. Penginapan sehari mungkin dicaj dengan harga mahal.
Baju di tubuh dibetulkan letak. Emily melangkah masuk ke dalam hotel. Ada dua pengawal dan seorang penyambut tetamu di depan pintu hotel. Jelas lobinya saja sudah mampu meraih perhatian pengunjung. Sangat elegan dan mewah. Dia agak terpegun seketika.
Matanya cepat saja dapat menangkap susuk tubuh Clara, kakak tirinya apabila dia meliarkan pandangan di lobi hotel itu. Dia tercebik, senyum. Patutlah berlagak sangat dengan dirinya.
Megah Clara kelihatan sedang berdiri di kaunter hotel. Wanita itu dilihat seperti sedang memarahi pekerjanya. Cara wanita itu bekerja seolah-olah menjawat jawatan yang tinggi. Dasar berlagak! Jawatan pembantu pengurus hotel bukanlah besar mana.
Emily mengomel sendirian. Perlahan-lahan langkah dibawa mendekati kaunter hotel itu.
Hampir terjegil biji mata Clara apabila menangkap figura yang tidak terfikir dilihat. Buat apa budak itu ke sini? Gigi dikertap. Dasar menyusahkan!
"Hi, kakak." Emily menyapa Clara dengan suara yang cuba dilembutkan.
Pekerja yang tadi sedang dimarahi Clara turut menoleh.
"Kau buat apa di sini?" tanya Clara dengan gigi diketap kuat. Cuba menahan marah di hadapan pekerjanya.
"Sengaja... Aku nak tengok kerja seperti apa yang dibanggakan ayah. Tak sangka hebat juga hotel tempat kau bekerja. Besar dan cantik. Tapi tak setanding dengan jawatan kau."
Clara memberi jelingan tajam kepada Emily. Jika tidak difikir dia sedang bekerja sudah lama gadis itu dikerjakan.
"Sudah, kau boleh sambung kerja kau," ujar Clara kepada pekerjanya yang sejak tadi di situ. Dia menghantar kelibat pekerjanya dengan ekor mata.
Clara mendekati Emily bila dia pastikan pekerja tadi sudah tiada di situ. Hanya sedikit pekerja yang lain sibuk melakukan tugas masing-masing di bahagian kaunter pendaftaran masuk pelanggan.
Dicengkam sedikit tangan Emily tapi gadis itu lebih pantas kerana menepisnya terdahulu.
"Kau jangan nak ganggu kerja aku. Budak macam kau tak layak berada di sini. Baik kau balik."
Emily menjeling sinis.
"Kenapa kau rasa aku tak layak? Kerana pakaian aku? Aku bukan gadis selekeh. Lagipun aku tak mengganggu kerja aku. Aku cuma ingin melihat kau."
Clara makin sakit hati dengan kata-kata Emily. Emily memang sengaja ingin menduganya. Dalam masa yang sama, Clara terpandangkan seorang wanita tua yang turut bekerja di hotel yang sama sedang mengemop lantai di belakang Emily. Clara tersenyum sinis. Otaknya sedang merangka rancangan jahat hendak mengenakan Emily.
Clara letakkan tangan di bahu Emily.
"Sudahlah. Aku malas hendak bergaduh dengan kau. Buang masa aku. Tapi aku nasihatkan kau balik atau..."
Emily hanya menunggu Clara melanjutkan bicara.
Clara tersenyum sinis. Tangan yang berada di bahu Emily menolak sedikit gadis itu sehingga terundur ke belakang. Emily mula hilang keseimbangan. Dengan keadaan dia ditolak secara mengejut tambahan lantai yang dia tak sedar licin, dia sudah boleh merangka apa yang akan berlaku.
Bukkk!
"Auchh!"
Miss! Wanita tua yang sedang mengemop lantai itu turut terkejut mendengar jeritan Emily yang sudah terduduk di lantai.
Clara kulum senyum.
Emily meringis. Pedih dan sakit. Pinggulnya dipegang.
Emily angkat wajah sedikit. Terpempan seketika apabila ada tangan kasar yang dihulurkan padanya. Segera dia capai dan bangun dengan perlahan.
Suasana menjadi sunyi seketika.
"Tuan Edward."
Emily kalihkan pandangan bila mendengar Clara menyebut satu nama. Dia angkat wajah menatap lelaki yang membantu dia berdiri. Mata dia dapat menangkap riak terkejut lelaki itu apabila melihat wajahnya tetapi sepantas kilat digantikan dengan senyum sinis.
"We meet again," bisik lelaki itu.
Emily kerut kening. Wajah lelaki ini...
Maafkan saya, tuan. Gadis ini cuba mengganggu kerja saya. Saya sudah mengusir gadis ini pergi tapi...
Dia tipu. Emily memintas laju. Memang dia tak kenal lelaki ini tapi dari cara Clara menyebut tuan bagai lelaki itu menjawat jawatan tinggi di hotel ini. Dia ambil kesempatan hendak membalas balik perbuatan Clara.
Saya tak mengganggu pekerja tuan malah dia yang mengganggu saya sebagai pelanggan hotel ini. Tengok bagaimana dia cuba menolak saya tadi. Saya tak tahu pula kalau pekerja hotel ini bersikap sebegini. ujar Emily sengaja melempar umpan kemarahan lelaki di sampingnya itu.
Seorang lelaki yang berada di belakang Edward sekadar menjadi pemerhati suasana diantara Edward dan pekerjanya.
Edward menalakan pandangan tajam kepada Clara. Pekerjanya itu jelas menunduk takut. Tidak berani mengangkat muka memandangnya.
"What are you doing to her?"
Tidak tuan. Saya... Clara cuba menyambung kata-katanya tetapi lidahnya seakan kelu. Ini semua gara-gara budak itu. Menyusahkan aku!
Tak mengapa, tuan. Saya tahu pekerja awak tak sengaja. Lagipun saya sudah memaafkan dia, ucap Emily. Berpura-pura memberi simpati kepada Clara. Wajah Clara dilirik sekilas. Tapi... bila mengingatkan renungan mata lelaki itu yang jelas menikamnya, mengingatkan Emily pada seseorang.
"Apologize to her."
Clara jelas terkedu dicampur rasa tidak puas hati tapi terlihatkan renungan tajam Tuan Edward, dia tundukkan kepala.
"I'm sorry, miss," ucap Clara dengan gigi diketap kuat. Menahan rasa marah.
"You're forgiven. Please use your manners next time." Emily tersenyum. Hati seakan puas.
Clara terus beredar dari situ sesuai arahan Edward sebentar tadi.
Emily kembali memandang lelaki di sampingnya. "Thank you, sir." Dia ingin berganjak dari situ tapi langkahnya ditahan.
"Alex, you can wait for me at the restaurant," beritahu Edward kepada rakannya yang sedari tadi berada di sisinya. Mereka sudah berjanji untuk makan tengah hari sambil membicarakan mengenai kerja sebentar lagi.
Alex termanggu seketika dengan bicara Edward sebelum pandangan dikalihkan pada gadis yang berada di situ. Dia seakan boleh menghidu sesuatu. Bibir automatik melakar senyum.
"Sure. I will wait for you there." Langkah kaki mula dibawa dari situ.
Emily makin tak faham situasi sebenar. Kenapa langkahnya ditahan?
"I think you have forgotten. One-night-stand?" bisik Edward di celah telinga Emily.
Emily meneguk air liur. Bisikan lelaki ini seperti... Dia pantas mendongak.
"You..."
Anak mata lelaki ini. Sepasang anak mata hijau emerald itu kembali membawanya pada satu malam empat tahun yang lepas. Malam di mana darah remaja masih membuak-buak menginginkan kebebasan dan kenikmatan. Malam yang sepatutnya tidak berlaku dalam hidupnya.
Tubuh Emily segera menjauh. Rambut diselit laju ke belakang telinga.
"No, Im sorry. I... dont know you. I..."
"You're mistaken. Im sorry. I need to go." Dalam kekalutan, Emily membuka langkah pergi dari situ.
So stupid of you, Emily! You should not come here! Tangan digenggam kuat ke sisi. Dia betul-betul menyesal menjejakkan kaki ke sini.
Sementara Edward hanya membiarkan tubuh kecil itu berlalu pergi dengan renungan tajam yang masih mengiringi. Bibir melorek senyum sinis sebelum dia mendecit.
"It's you."
Mana mungkin dia lupa renungan dari sepasang anak mata kelabu gadis itu.
.
PANDANGAN dari anak mata kelabu Emily meliar ke setiap sudut kelab. Dengan suasana bingit dan gelak tawa orang di dalam kelab itu membuatnya makin tidak selesa. Bahunya diusap perlahan. Berdiri di tengah-tengah manusia yang rancak berlayar dalam dunia masing-masing membuat diri diserbu perasaan resah. Sementelah, perasaannya seakan memberitahu ada mata yang sedang memerhati.
Kepala ditoleh ke sisi. Kelihatan dua orang lelaki sedang bergelak tawa di kaunter bartender sambil mata mengerling ke arahnya. Emily segera kalihkan pandangan dan sengaja pura-pura melepaskan batuk.
Lehernya diusap. Sudah lama rasanya dia tidak menjejaki ke mana-mana kelab atau bar. Kali pertama dia dirundum perasaan teruja tapi kali ini... Dia betul-betul rasa tidak selesa.
Tidak mahu membuang masa, telefon dan beg kecil di tangannya diambil dan nama Anna segera dicari untuk membuat panggilan. Kurang seminit, panggilannya dijawab.
"Hey, Emily." Suara Anna kedengaran perlahan ketika menjawab panggilan.
"Anna, where-are-you? Ive been..."
Emily mengetap giginya kuat seraya meliarkan pandangan pada sekeliling saat dia tersedar nada suaranya yang tinggi mula mengundang perhatian seorang wanita di sisi. Emosi menyerbu jiwa apabila tiada kelibat Anna yang tertangkap oleh pandangan sehingga kini.
"I've been waiting for you from the past 30 minutes. Where the hell are you? You promised to come."
"I'm... I'm sorry, Emily..."
Emily mula rasa tidak enak mendengar ucapan maaf daripada Anna.
"Why? What's wrong?"
"I can't go out. Even to the bar. My mum has taken my car's key."
"What?"
"I'm so sorry, Emily. I never know this would happen. She doesn't let me to go out."
"Now, what are you expect me to do at this bar?"
"You got the chance. Grab the opportunity. Enjoy yourself in the club."
"Tapi..." Keluhan dilepaskan perlahan. Kata-kata Anna ada betulnya. Dia jarang dapat keluar begini tapi bersendiri di kelab ketika ini mengundang rasa tidak selesa pada dirinya ditambah dengan cahaya lampu dan bunyi yang membingitkan.
Pandangan Emily tidak sengaja menangkap dua orang lelaki yang seperti memandangnya sejak tadi. Seorang lelaki mula berdiri diekori seorang lagi di belakang. Mereka seakan-akan sedang menuju ke arahnya.
"Anna, Aku perlu pergi sekarang. Nanti aku hubungi kau semula..."
"Huh? Is there anything wrong?"
"Tak. Aku cuma mahu pulang. Aku pergi dulu."
Panggilan dimatikan dan telefon segera dimasukkan ke dalam beg kecilnya.
Baru dua langkah kakinya berjalan hendak menuju ke pintu keluar masuk kelab, tangannya sudah ditarik oleh seseorang. Langkah Emily automatik terhenti.
"Hi, pretty girl. Where are you going?"
Seorang lelaki dengan pakaian t-shirt kemas menegurnya ditemani kawannya di belakang. Bau arak jelas dapat dihidu dari mulut lelaki itu.
Spontan Emily tersenyum kekok. Tangan cuba ditarik namun pegangan lelaki itu agak kuat.
"Can you..."
Emily memberi isyarat pada tangannya. Menyuruh lelaki itu melepaskannya.
Kedua-dua lelaki itu tersenyum sinis.
"Se détendre. La nuit est encore jeune. Vous pouvez passer du temps avec nous deux avant de partir." (Tenang. Malam masih muda. Kau boleh luangkan masa dengan kami berdua sebelum kau pergi.)
Emily terpinga sebentar sebelum menyedari sebelah lagi tangan lelaki itu mula liar mengusap lengannya. Segera tangan kasar itu ditepis. Sungguh dia tidak mengerti dengan bahasa yang baru mereka ucapkan.
"Don't-touch-me." Ucapan tegas diberi pada kedua lelaki itu. Namun, setelah beberapa saat kedengaran tawa yang terhambur dari bibir lelaki itu. Lelaki yang memegang lengannya menukar pandangan dengan seorang lagi kawannya. Ada senyum aneh daripada mereka.
"What are you doing?"
Emily terjerit apabila tubuhnya ditarik dalam pelukan lelaki itu. Seorang lagi kawan lelaki itu hanya menghamburkan tawa.
"Shhh... Let's enjoy this night."
Nafas ditahan. Bau arak dari mulut lelaki itu benar-benar menyesakkan dada. Dia mengerling sekeliling. Semua orang sibuk dengan dunia mereka dan ada yang sengaja tidak mahu mengambil tahu.
Bibirnya diketap. Perlahan tangan yang bergetar mula mengusap lembut dada lelaki itu. Bibir mula mengukir senyum lebar.
"You look sexy." Suara sengaja direndahkan agar kedengaran seperti berbisik.
Lelaki itu terpegun sejenak sebelum ketawa.
"Yes, I am." Tawa rancak sekali lagi bergema antara dua orang lelaki itu.
Emily senyum. Sengaja tangan dimainkan pada dada lelaki itu. Membuat lelaki itu mula leka dalam sentuhannya.
Buk!
Satu tendangan diberi dengan sepenuh tenaga pada celah kaki lelaki itu sebelum tubuh lelaki itu ditolak kuat.
"Argh!"
Langkah kaki segera dibuka laju namun ada tangan menangkap bahunya. Dia mengerling dan melihat kawan lelaki itu yang ternyata menahan langkahnya.
Segera tangan lelaki itu digigit kuat sebelum ditepis.
"You two are bit*hes!"
Tanpa membuang masa, dia mula membuka langkah pergi dari situ. Dia pasti, kedua lelaki itu akan mengejarnya.
"Erghh..." Emily meringis sedikit apabila kakinya tersepak sedikit batu di tepi jalan. Dia baru sedar kasutnya sudah tertanggal. Bibir tanpa sedar membebaskan dengusan.
"Hey! Where do you think you are going, whore?"
Rentak dada Emily menjadi semakin laju apabila melihat kedua orang lelaki di kelab tadi kini mengejarnya.
Nafas Emily mula tercungap-cungap. Mata merayap pada sekeliling. Siapa yang harus dia minta pertolongan saat ini apabila masing-masing seakan tidak mempedulikan hal sekeliling malah ada yang sedang mabuk bercakap sendirian. Matanya jatuh pada hujung kaki yang mula mengeluarkan darah. Pedih.
Tanpa sengaja, matanya menangkap susuk seorang lelaki yang santai menghembuskan asap rokok membelakanginya di sudut tepi kereta mewah. Segera kakinya ke arah lelaki itu.
Hujung baju lelaki itu ditarik menyebabkan lelaki itu automatik menoleh padanya.
"Please help me! There are two men chasing me!"
Tanpa memandang lelaki itu, Emily mula menjelaskan situasinya. Anak mata kelabunya resah mengintai lelaki yang sedang memburunya mula mendekati ke arahnya.
"Please..." Baju lelaki itu digenggam sedikit kuat.
"I will help you." Suara garau kedengaran pada telinga Emily. Belum sempat dia melihat wajah lelaki yang sedang dia minta pertolongan, wajahnya terdahulu diangkat. Mata Emily serta-merta terbuntang apabila bibirnya ditindih lembut oleh sesuatu yang hangat. Wajah seorang lelaki menjadi rapat di mukanya.
Lelaki itu mengalihkan badannya sekaligus menutup pandangan dua orang lelaki yang sedang mengejarnya agar tidak terlihat tubuh kecil Emily.
Dada lelaki itu cuba ditolak oleh Emily.
"What... are you doing?" Emily menyoal dengan nafas tercungap-cungap sebelum matanya sekali lagi terbuka luas. Terkejut.
"You..."
"Just stay still. A kiss from me will save you."
Belum sempat Emily menjawab, bibirnya sekali lagi dilekapkan dengan bibir lelaki itu. Tanpa sedar, tangannya mencengkam kuat baju lelaki itu.
Mata Emily sempat menjeling lelaki-lelaki yang mengejar tadi. Kini, mereka mengejar ke arah bertentangan. Mungkin kerana tubuh Emily yang dilindungi oleh tubuh tegap ini.
Ketika itu Emily pantas tersedar kembali. Tubuh lelaki itu ditolak. Getaran akibat dikejar tadi masih belum hilang dari tubuhnya.
Mereka sudah pergi.
Nafas lega ditarik dengan sisa getaran pada tubuhnya. Waktu itu juga dia mendongak dan melihat wajah lelaki yang menyelamatkannya.
Tubuh Emily langsung kaku.
"Aku tahu kau belum lupa pada aku." Lelaki itu mengukir senyum sinis kepada Emily.
Emily diam. Bibirnya digigit.
"Aku percaya... Apa yang aku inginkan, akan tiba di hadapan mata aku. Buktinya, adalah kau."
Emily semakin terkedu. Tangan kasar lelaki itu makin menariknya rapat menyebabkan kakinya terjengket dalam menyamakan pandangan mereka. Pandangan anak mata hijau emerald lelaki itu memberi getar pada seluruh tubuh termasuk jantungnya.
"You can't run from me. Every step you run, you are actually heading toward me. My ecstasy..."
Share this novel