"AUCH..."
Emily meringis sakit. Reseptor sakitnya baru memberi tindak balas.
Pandangan sepasang mata hijau emerald jatuh pada hujung kaki Emily mengikut pandangan gadis itu. Keningnya terangkat sedikit. Edward lepaskan rangkulan pada tubuh Emily.
Emily terkejut apabila badannya dilepaskan. Hujung kaki yang luka seakan berdenyut apabila kaki memijak permukaan jalan.
"Auch..."
Edward menjauhi Emily dan pintu sebelah pemandu terus dibuka.
"Get in."
Huh? Pelik dengan suara yang seakan melemparkan nada arahan itu, Emily pandang ruang kerusi di dalam kereta mewah yang telah dibuka pintunya.
"Get in." Sekali lagi Edward mengeluarkan arahan.
"Pardon me?"
Edward tidak menunggu lama dan langsung tubuh kecil Emily didukung dan didudukkan atas kerusi dalam kereta mewahnya.
Mata gadis itu terus terbuntang.
"What... What are you..."
Belum sempat bicara Emily habis, pintu kereta ditutup dan kurang sepuluh saat lelaki itu sudah berada di sebelahnya iaitu tempat pemandu. Pintu kereta terus dikunci.
"What are you doing? And where are we going?"
"No where."
"What?"
Dahi Emily berkerut. Perlahan-lahan, kereta yang dipandu Edward mula membelah jalan raya.
"What are you doing? Stop here!"
Jangan bergerak. Kaki kau masih cedera. Dengan luka sebegitu, kau fikir kau mampu sampai ke rumah kau?"
Emily menunduk. Hujung kakinya dipandang.
"Tapi saya masih..."
Kata-kata Emily terhenti apabila pandangan tajam lelaki itu menikam matanya. Entah kenapa tetapi dapat dia rasakan aura dominan lelaki itu sangat kuat.
Suasana sunyi mula menghiasi latar kereta itu. Hanya seketika kedengaran bunyi kenderaan yang sedikit lenggang di atas permukaan jalan.
Jari-jemari Emily bergerak menyelit rambut di belakang telinga. Lelaki yang di sisinya dipandang sesaat. Kelihatan segak dan maskulin dengan wajah yang fokus dengan pemanduan.
"Already fall for me?"
Terkedu. Emily melarikan wajah ke hadapan. Tekak dibasahkan.
"Are you talking to me?"
"No. Maybe there is anyone else in my car."
Mendengar nada sarkastik itu segera Emily kalihkan wajah.
"I know it was sarcasm."
Edward tarik hujung bibir ke atas. Tidak sangka akan mendengar balasan dari bibir mungil itu.
"So, where is the way to your house?"
Emily angkat wajah memandang jalan raya bila mendengar soalan diajukan kepadanya.
"Just go straight and you will see a road..."
Emily terbuntang apabila kenderaan mewah lelaki itu terus mengambil jalan ke kanan dan bukan jalan hadapan.
"Wait! This is not the way to my house! Make a U-turn now!"
Edward senyum sedikit sambil memandang gadis di sebelahnya yang kelihatan cemas sedikit.
"Aku tak pernah beritahu akan menghantar kau pulang ke rumah kau."
"What?" Suara Emily hampir tidak kedengaran.
"Then, what are you doing? Do you want to kidnap me?"
Tawa kecil dari bibir Edward terhambur.
"Why should I? I can get anyone I want in a blink of eyes."
Pandangan Edward berkalih kepada Emily apabila mereka berhenti di lampu isyarat. Wajahnya sengaja dirapatkan pada gadis itu.
"Include you."
"Stop! Open the door! I can walk by myself to my house!"
Emily ketap gigi rapat. Dia tidak suka apabila lelaki ini permainkan dirinya.
Tangan Emily gigih hendak membuka pintu kenderaan mewah itu.
Edward hanya merenung perbuatan gadis itu.
"What are you waiting for?Just-open-this-door!" Suara Emily mula naik dan perkataan disebut satu persatu. Sesak dadanya memikirkan apa yang lelaki itu mahu daripadanya.
"Stop."
"No! Send me home first!" Emily masih tidak mahu kalah.
"I said stop!"
Bahu Emily terangkat sedikit mendengar jerkahan daripada lelaki itu. Tangan yang memegang pintu kereta juga dilepaskan. Matanya tajam menghunus mata hijau emerald milik Edward.
"Aku akan hantar kau pulang nanti. Kaki kau perlu dirawat." Bicara Edward bertukar perlahan. Rambut gadis itu yang hampir menutupi mata diselak ke belakang.
Automatik mata kelabu Emily jatuh pada kakinya. Muka berkerut sedikit apabila tiba-tiba kakinya berdenyut.
"Aku tak mungkin menculik kau."
Edward menyinis.
"I wasn't born to be a criminal."
"Then, where are we going?"
"You can figure out later."
"How can I trust you?"
"No one asks you to."
Emily diam. Tangan di riba menggenggam kuat skirtnya sambil gigi dikacip kuat. Bibirnya bergerak menghamburkan rasa marah. Lelaki ini sengaja menduga kesabarannya.
Edward di sisi hanya melakar senyum dalam diam. Dia nampak bibir gadis itu yang bergerak. Sengaja dia memilih untuk diam.
.
MULUT Emily terbuka luas saat mata menangkap satu bangunan yang megah di hadapan. Mata melilau laju melihat sekeliling.
Saat itu, kereta mewah Edward melalui satu rumah pengawal dan seorang pengawal sedia berdiri di luar.
Goodnight, Mr. Cosway, ucap pengawal keselamatan itu sebelum kereta Edward terus memasuki kawasan di situ.
Dahi Emily berkerut. "Mr. Cosway?"
"Kita dah sampai."
Emily terpegun. Tak sedar kereta mewah lelaki itu sudah berhenti. Dia menoleh ke sisi tetapi lelaki itu terlebih dahulu keluar daripada kereta. Segera pintu di sisinya ditolak. Risau jika lelaki itu meninggalkannya.
"Berhenti."
Belum sempat kaki Emily memijak permukaan jalan, suara diktaktor Edward terlebih dahulu berbunyi.
"Let me carry you."
Jantung Emily kuat memukul dada apabila tubuhnya didukung oleh lelaki itu. Automatik tangan naik memeluk leher lelaki itu.
Pintu kereta ditutup oleh Edward sebelum butang lock pada kunci kereta ditekan.
"Saya boleh berjalan sendiri! Turunkan saya!"
Wajah Edward hanya kaku. Langsung tidak mengendahkan jeritan Emily di dukungannya. Malah kaki selamba berjalan memasuki bangunan megah di hadapannya dan tangan terus menekan butang lif. Setelah lif terbuka, Edward terus memboloskan diri ke dalam bersama Emily yang masih di dukungan.
Where are we going? Emily menyoal. Resah. Risau. Dia takut jika lelaki itu akan melakukan sesuatu padanya.
Edward tersenyum sinis sebagai menjawab soalan Emily.
Buka saja pintu lif, Edward terus membawa langkah ke luar. Sementara , Emily yang didukungan Edward agak terpegun melihat kawasan itu. Edward berhenti di suatu pintu dan butang di hadapan pintu ditekan beberapa kali. Tombol pintu dibuka oleh Edward dan dia menapak masuk ke dalam bersama Emily.
Tubuhnya diletakkan oleh Edward di atas sebuah sofa sebelum lelaki itu bergerak pada sesuatu sudut. Beberapa saat selepas itu, cahaya lampu mula menghiasi setiap sudut kawasan.
Wauu! Sekali lagi gadis itu terpegun tetapi kali ini dia tidak dapat menyembunyikan riak kagumnya.
Edward hanya tersenyum mendengar suara kagum Emily. Tangan sasanya mencapai satu peti kecemasan yang diletakkan dalam almari kaca.
"Is this..."
"My penthouse."
Mulut Emily terbuka sekali lagi.
"What?"
Sepasang anak mata kelabu itu mengitari setiap sudut kawasan yang diterangi cahaya. Sangat besar, sangat cantik malah sangat mewah. Semuanya diperbuat daripada kaca. Malah jika dia menjengah kepala ke hujung penthouse ini, agaknya dia dapat melihat jalan raya yang luas terbentang di bumi. Penthouse ini ternyata mempunyai dua tingkat apabila anak matanya mula menangkap ruang di bahagian atas.
Why... Emily mencari wajah lelaki yang mula duduk melutut di hadapannya. Baru hendak menghabiskan ayat, soalan lain pula menjengah di kepala dek rasa kalut apabila kakinya dicapai oleh Edward.
"Apa yang awak nak buat?"
"Cuci luka kau."
Emily ketawa kecil. Nada seakan tidak percaya apabila mendengar jawapan lelaki itu.
"Are you a doctor or what?"
"Nope. But I'm better than a doctor."
Luka di hujung kaki Emily dibersihkan dengan kapas lembab. Muka Emily berkerut apabila kakinya sekali lagi seakan berdenyut.
Aw, sakit...
Edward angkat wajah. Wajah berkerut gadis itu ditangkap sebelum dia menunduk. Satu kucupan lembut diberi pada luka di hujung kaki gadis itu yang baru dibersihkan.
Mata Emily membulat.
"Feel more better?"
"What are you... Just give me that. I will do it by myself." Dia bergerak sedikit. Peti kecemasan di hadapan lelaki itu cuba diambil.
"Don't move or I won't send you home."
"Fine. Saya boleh pulang sendiri."
Emily terus bangkit. Fikir lelaki itu dia akan peduli?
"She doesn't give it a damn at all!"
Baru dia berjalan selangkah, tubuhnya sudah serasa melayang di udara. Hampir luruh jantungnya. Kemudian mata menangkap hujung juring bibir lelaki itu yang ternaik. Terus dipandang kedudukan mereka.
Gigi Emily kuat terketap apabila melihat tubuhnya di atas riba lelaki itu.
"Lepaskan saya!"
Bibir Edward menyinis.
"You ask me to do this."
"You are sick! Let me go!"
Bibir Edward melekap pantas ke bibir Emily. Automatik bibir gadis itu terkunci rapat. Mata kelabu gadis itu hanya memandang wajah kaku Edward.
Peti kecemasan kembali dicapai oleh Edward dan satu botol antiseptik diambil sebelum disapu pada luka gadis itu. Plaster dilekatkan pada hujung kaki yang cedera. Jari kasarnya menekan sedikit gam plaster itu.
Auch... Tangan Emily automatik menggenggam kuat kolar baju Edward. Edward kalih wajah kepada Emily.
"It's done."
Emily terpempan bila wajah Edward rapat pada wajahnya. Segera dia tutup dengan deheman.
"Bila saya boleh balik? Saya mahu pulang sekarang."
"My driver will send you home tomorrow."
"Kenapa esok? Saya mahu pulang sekarang!" Emily tetap bertegas untuk pulang. Dia tidak peduli jika harus pulang sendiri ke rumah daripada harus serumah dengan lelaki seperti ini. Lelaki yang mempunyai tarikan. Lelaki yang kuat dengan aura dominannya.
"You know what time is it? Its already 11.30 p.m. Kau mahu jika diganggu dengan lelaki-lelaki seperti tadi?"
Gadis itu terus terdiam. Dia merenung mata mata hijau emerald lelaki itu.
"Saya akan terus pulang esok pagi, putus Emily."
Sure. Edward tarik senyum kemenangan dalam diam.
Tubuh Emily diangkat dan didudukkan kembali ke sofa.
"Duduk di sini dulu. Aku ambilkan minuman."
Nafas berat dihembus Emily. Belakang tubuh sasa yang dibaluti kemeja itu direnung. Kenapa semakin kuat keinginan dia untuk melupakan lelaki itu, kini semakin kuat takdir menemukan mereka?
Mata melilau seketika ke serata sudut penthouse itu sebelum melihat kelibat lelaki tadi kembali. Dia baru teringat sesuatu. Siapa nama lelaki itu sebenarnya?
Segelas air kosong disua kepada Emily sebelum Edward labuhkan duduk bertentangan Emily. Mata dipakukan lama pada Emily yang sedang meneguk minuman.
"Stop it." Hampir beberapa minit, baru Edward tersedar. Kening diangkat kepada Emily.
Emily mendengus. Mata dijulingkan ke atas. "Stop staring at me like I have made a biggest mistake."
"You already did, Miss Tobias."
Emily terkaku. "Macam mana awak tahu nama saya?"
"I would do anything to get what I want."
"I don't understand."
Edward angkat bahu tanda dia tidak akan menjawab soalan itu.
Gigi diketap kuat oleh Emily. Ada sesuatu tiba-tiba menjengah kepala.
"Siapa awak yang sebenarnya?"
Mendengar soalan Emily membuat tubuh Edward yang tadi bersandar di sofa kini dibengkok ke hadapan. Kedua lengan menampung tubuh di atas peha. Mata menghunus Emily dengan senyuman di bibir.
"Kau fikir aku siapa?"
Emily angkat bahu.
"Saya takkan tanya kalau saya dah tahu."
Edward ketawa kecil. Tangan mengusap leher yang disapa kedinginan malam. Dia sukakan bibir mongel itu. Bibir mongel yang petah menjawab setiap kata-katanya. Tiap kali bibir itu membuka bicara, dirinya seakan terpanggil untuk melekapkan bibir mereka. Tetapi demi mengikat kehadiran gadis itu bersamanya malam ini, dia rela tahan diri.
"Kau patut tanya kakak kau. Dia bekerja untuk aku."
"Dia bukan kakak saya. Bagi saya, dia hanya orang luar."
Dahi Edward berkerut namun melihat wajah gadis itu yang berubah, akalnya seakan boleh meneka.
"Kakak tiri?"
Emily diam.
"Stop talking about her."
Edward anggukkan kepala.
"So, how is your life? Masih belajar?"
Gadis itu direnung tepat.
Gelengan yang diterima menarik perhatian Edward.
"Saya sudah berhenti belajar. Saya mahu kerja."
Dahi Edward semakin berkerut.
"Kau masih muda."
"Buat masa ini saya hanya perlukan duit."
"Kerja dengan aku."
"Are you kidding me?" Emily tergelak.
"I'm not. I will pay you higher than other staff. You can demand the salary."
Bibir Emily tidak dapat berhenti daripada ketawa lucu.
Kalau begitu, saya mahu gaji saya dibayar tiga kali ganda daripada Clara.
"Sure."
Wajah Edward serius sewaktu menuturkan sepatah kata itu.
"You are really sick!"
Edward tersenyum sinis.
"Aku bagi kau masa untuk berfikir. My offer is only for you."
"Jawatan apa akan diberi pada saya? I have no qualifications."
Mendengar soalan itu membuat bibir Edward mengukir senyum.
"I will tell you when I get your answer."
"Kalau begitu saya tak mahu. Saya tak boleh percayakan sesiapa."
Kening Edward terangkat.
"Saya bukan perempuan murah.. Saya tak mahu menjual badan saya semata-mata demi duit. Saya tak akan biarkan awak mengambil kesempatan terhadap saya."
Edward tergeleng bersama ketawa kecil apabila mendengar kata-kata dari bibir halus itu. Setelah beberapa saat, punggung diangkat dan kaki melangkah ke arah gadis itu.
Hati Emily mula berasa aneh melihat renungan hijau emerald itu. Badan tersandar ke atas sofa bila lelaki itu menunduk kepadanya. Mata melihat sisi kiri dan kanannya. Tubuhnya telah dikepung oleh tangan sasa lelaki itu.
"Aku tak perlu mengambil kesempatan ke atas kau. You are the one who will give me all of you. The memories of the past four years are enough to lock yourself in with me."
Bulu roma Emily naik menegak. Air liur seakan tersekat di kerongkong. Pandangan hijau emerald itu cukup melumpuhkan segala saraf.
"Glad to meet you again, Miss Tobias."
Share this novel
please!!!!sambung