BAB 7

Romance Completed 9038

Hari yang bahagia untuk abang Qairee dan kak Intan

akhirnya tiba jua.Alhamdulillah majlis akad nikah kelmarin berjalan lancar.Hari ini majlis di rumah pengantin sebelah lelaki pulak yang sedang dilangsungkan.

“Awak memang suka kan berdiri tegak macam ni.Dah macam tiang bendera pulak saya tengok.”Aku kenal suara tu.Suara yang aku rindu dalam diam.

Aku berpaling ke arah suara itu.Tepat tekaan aku.Namun lidah aku pulak yang kelu tiba-tiba.Dulu,kalau dia perli aku macam tu memang aku dah balas dengan ayat yang kaw-kaw.Tapi sekarang lain pulak jadinya.

“Please forgive me for all my mistake.Fal dah salah faham dengan Sya.”

“Hah?Salah faham apa?”Soalku blur.

“Fal dah tuduh Sya bukan-bukan.Sebelum accident hari tu,Fal pergi kedai Sya tapi Fal tengok Sya tengah dok dating dengan lelaki lain.Siap cubit-cubit pipi lagi.Sya tau tak disebabkan Fal kecewa dengan Sya lah sampai Fal terbabas bawak kereta.”

“Saya dah jumpa kelemahan awak.Suka tuduh orang tanpa bukti.”

“Sya,Fal mintak maaf.Tolong maafkan Fal.Prosmise dah tak buat lagi.”Naufal mengangkat tangan kanannya nak tunjuk ala-ala budak comel gitu.

Akhirnya aku ketawa jugak.Tak tahan nak gelak.

“Sebenarnya Fal tipu aje pasal amnesia tu?”Ujar Naufal lagi.

“What??”Soalku terkejut.Boleh terkejut tarzan dengar suara aku ni.Beberapa tetamu yang hadir pun turut mengalih pandangan ke arah kami.

“It just a fake.Kebetulan doktor yang rawat Fal hari tu kawan universiti Fal dulu.So,Fal mintak tolong dia lah.Fal sengaja tipu yang Fal amnesia sebab Fal nak sakitkan hati Sya.Paling perit sekali Fal rasa bila harus bertunang dengan Zara walaupun Fal tak suka.”

“Good job Naufal.Lakonan awak memang menjadi.Kenapa tak jadi pelakon terus aje?Awak memang dah berjaya sakitkan hati saya.Sakit sangat hanya Allah je yang tahu.”Ujarku keras.Geram betullah dengan mamat ni.Sesedap kentang goreng aje dia nak mainkan perasaan aku.

Aku melangkah meninggalkan dia keseorangan.Sakit jugak hati ni tapi sebenarnya perasaan sayang aku kat dia masih ada.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience