BAB 6

Romance Completed 9038

Aku mengurung diri dalam bilik.Hari ni hari pertunangan Naufal dan Zara.Banyak kali mummy Naufal pesan suruh datang tapi aku terpaksa tipu dia yang aku deman.White lie sekali sekala.

Aku buka stesen radio.Tup-tup lagu ni yang berkumandang.Macam tahu-tahu je perasaan aku saat ni.

‘Tak kumenduga kau berlalu pergi..tinggalkan semua mimpi dan janji..terluka aku menangis..tersedar kau hilang di hati.’Saluran radio terus kututup.Emo lebih pulak bila dengar lagu itu.

**********************

Sebulan lebih aku tidak mendengar berita tentang Naufal.Bahagia mungkin dengan Zara.Datin Maria pun dah lama tak berhubung dengan aku.Kalau time dia datang kedai pun kadang-kadang aku yang sibuk layan customer.

Tepat jam 5 petang aku dah ready nak tutup kedai.Hari ni aku kerja berdua dengan Adira sebab Nadiya ada urusan keluarga.

“Dira,aku pergi dulu ni.”Ujarku kepada Adira ketika di tempat parkir.

“Okay bebeh.Bawak kereta elok-elok.Don’t be sad okay.”

Aku senyum kepada Adira.Lantas kereta Honda City milikku meluncur laju membelah jalan raya.

Lima belas minit perjalanan sampai jugak aku akhirnya ke destinasi yang dituju.Rumah Datin

Maria.

“Sya,kenapa tak cakap nak datang?”Ujar aunti Maria ramah.

“Saje.Lama tak borak ngan aunti.”Ujarku pula.Dengan sopan aku salam aunti Maria.

“Jemput duduk,Sya.”Aunti Maria mempelawaku duduk.

Aku melabuhkan punggung di sofa empuk aunti Maria.

“Sya nak bagi ni.”Aku hulurkan sampul putih kepada aunti Maria.

“Sya dah nak kahwin?”Soal aunti Maria kepadaku.Saat itu jugalah aku melihat susuk tubuh yang amat aku kenali lalu melintasi ruang tamu.Seketika pandangan kami bertaut namun cepat sahaja Naufal melarikan pandangan kearah lain.Benci sangat ke dia kat aku?

“Fal,jom duduk sini.Tengok siapa yang datang ni.”Ujar aunti Maria.

“Takpe lah mummy.Fal penat sangat.Nak rest jap.”Jawab Naufal.Aku memandang susuk tubuhnya yang semakin sirna.

“Sya,bila langsung ni?”

“Aunti,bukan Sya yang nak kahwin.Ni kad undangan abang Sya.”Aku yang nak kahwin?Haish.Mustahil tu.

“Owh iye ke?Hmm..ada peluang lah ni aunti nak pinang Sya.”Aku tergelak mendengar gurauan tak masuk akal aunti.

“Aunti nak pinang Sya untuk siapa.Aunti kan ada sorang je anak laki.Tu pun dah bertunang.”Ujarku dengan sisa tawa yang masih ada.

“Untuk Naufal.”Terus mati ketawa aku mendengar sebaris nama itu.

“Fal dah putus tunang.Zara tu rupa-rupanya tak setia dengan Fal.Aunti nampak dengan mata aunti sendiri Zara dengan lelaki lain.Bila aunti tanya kenapa dia buat macam tu kat Fal,dia cakap yang sebenarnya dia tak cintakan Fal.

Dia buat semua sebab mama dia yang paksa.Kawan aunti rupa-rupaya ada niat buruk nak satukan Fal dengan Zara.Dia cuma nak Zara bolot harta kekayaan Fal.Aunti sendiri pun tak sangka kawan aunti sanggup buat macam tu hanya sebab harta.”Aku hanya mendengar cerita sedih aunti.Kesian aunti.Kesian jugak kat mamat red velvet tu.

“Aunti,macam mana keadaan Fal sekarang?”Ringan pulak mulut aku nak bertanya.

“Alhamdullilah.Fal dah sembuh sepenuhnya.Ingatan dia pun dah pulih.”

Aku hanya mengangguk.Ingatan dia dah pulih?Tapi kenapa dia buat aku macam orang asing?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience