BAB 4

Romance Completed 9038

Balik dari kedai terus aku landing atas sofa.Instant shawl yang aku pakai terus aku letak di hujung sofa.Penat.Baru saja aku berkira-kira nak tidur tiba-tiba…

“Haa..tidur lagi lepas asar.Kot ya pun penat,naik la masuk bilik.Mandi baru segar sikit tubuh tu.”Mama seperti biasa kalau membebel macam mesin gun.

“Mama ni,mana ada Sya tidur.”Aku bangun dari pembaringan.Bahu mama pulak yang jadi tempat landing aku.

“Eww..anak ni.Busyuk la.

Ni dah solat belum?”Gurau mama.

“Ala bagi pinjam la bahu mama kejap.Penat sangat ni.Dah solat tadi kat kedai.”

Mama membiarkan saja kelakuanku.Damai rasanya dapat bersama mama.Baru aje nak manja-manja dengan mama,telefon berdering minta diangkat.

Dengan malas aku mencapai juga telefon yang berada di atas meja.Terus terbeliak mata melihat nama pemanggil.

“Mama,Sya naik atas

dulu.”Ujarku lalu laju aku mengatur langkah ke tangga.

“Hmm..nak apa?”Soalku setelah salam dijawab.

“Saya rindu awak..”

“Hah?Mengada..”

“Tak habis cakap lagi la.Maksud saya,saya rindu awak punya kek red velvet.”

Aku diam.Malas nak layan loyar buruk dia.Sampai bilik aje terus aku baring atas katil.

“Awak tak terindu saya ke?”Soalnya lagi.Aku pun sebenarnya tertanya-tanya la jugak mana dia pergi.Dah seminggu tak datang kedai aku.

“Saya banyak benda nak fikir.Tak sempat nak rindu kat awak.”Ujarku.

“Saya suka awak.”Ujar Naufal.Mamat ni memang suka bagi aku tak cukup oksigen kan?Adoiya..

“Banyak la awak punya suka.Kekasih awak nak buang mana?”

“Sape kekasih saya?Awak maksudkan Zara?”Soalnya lagi.

“Yup.”

“Zara tu bagi bala je kat saya.Saya pun tak faham kenapa mummy nak sangat bermenantukan si Zara.”

“Kenapa awak tak suka Zara?Dia tu cantik kot.”

“Muka plastik.Make up tebal.Tak tutup aurat.Saya tak suka.Awak jauh lebih cantik daripada dia.”

Nasib tak jatuh tergolek dari katil aku dengar ayat terakhir Naufal.Aduh!Sesak nafas kejap.”Mungkin suatu hari nanti dia boleh berubah.”

“Pemikiran awak sama dengan mummy.Tak payah la cakap pasal dia.Buat semak.”Naufal bernada serius.

“Don’t judge a book by it cover.Tak bertudung tak bermaksud tak baik.Mungkin hati dia baik.Awak kena ingat yang iman kita sentiasa berubah.Iman kita boleh bertambah dan berkurang.”Cehh.Macam pendakwah aku berbicara.

“Walaupun dia berubah sekalipun hati saya tetap bukan untuk dia.Awak,boleh tak tolong saya?”

“Tolong apa?”Serius semacam pulak Naufal ni.

“Pujuk mummy saya supaya dia tak teruskan rancangan untuk satukan saya dengan Zara.”Rayu Naufal.

Macam nak terkeluar dah mata aku dengar permintaan Naufal.Takkan aku nak cakap macam tu dengan mummy dia.Memang la mummy dia selalu datang kedai dan borak-borak dengan aku kadang-kadang tapi takkan aku nak masuk campur urusan keluarga dia pulak??

“Saya tak berani la awak.Kang tak pasal-pasal Zara mengamuk.”

Naufal tergelak.”Tutup cerita pasal tadi.Thanks sebab sudi dengar masalah saya.”

“Awak dah ada kekasih?”Soal Naufal lagi.

“Nope.Bukan setakat kekasih kawan lelaki yang rapat pun takde.hahaha.”Ujarku jujur.

“Saya ada peluang lah ni?”

“Peluang apa?”

“Nak masuk dalam hati awak.”

Aku terdiam sejenak.Alahai,kenapa sweet sangat mamat ni?”Awak kenapa awak dah lama tak datang kedai?”ujarku selamba.Alamak!!Silap soalan.Eee..mulut ni kenapa tak nak bagi kerjasama.

“Awak rindu saya kan?Hahaha…dah terbukti.”

“Eh mana ada.Perasan.”Sedaya upaya aku cuba kontrol suara.Kalau dia tahu muka aku dah blushing sekarang ni,mesti dia gelak macam tak cukup mulut.

“Eleh..Tak nak mengaku.Saya ada kat Turki sekarang ni sebab tu dah lama tak pergi jenguk pencuri hati saya.”

“Wah.Awak buat apa kat Turki?Awak kerja apa?Sape yang curi hati awak?Awak tak pergi buat report polis ke?”Banyak pulak soalan aku.

“Amboi banyak nye soalan.Saya kerja la kat sana.Saya kerja arkitek. Saya sengaja tak buat report nanti tak pasal saya tak boleh kahwin sebab pencuri hati saya kena tangkap polis.”Selamba badak sumbu Naufal bercakap.Ayat memang win habis.Hahaha..

“Hah..Dah start lah tu nak cakap melalut.”Ujarku.Tanpa aku sedari dah hampir sejam lebih aku dok berborak dengan Naufal.Entah apa la yang kami borakkan.Talian kami putuskan apabila dah nak dekat waktu maghrib.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience