CHAPTER 4

Romance Series 3938

“Saya minta maaf.”Ujar Chenkai.Dia memegang stereng kereta dengan berhati-hati memandu kereta Myvi milik Dian.Dian yang dibaluti tangannya itu menjeling pedas memandang muka Chenkai.

“Sekarang saya tak boleh masuk kerja! Awak tahu!”Dian memekik disebelah telinga Chenkai.Chenkai memejam mata menahan bingit dan nyaringnya suara Dian.Dian masih tidak berpuas hati.Sudahlah punggungnya sakit.Tangannya pula berbalut.Sekarang orang disebelahnya pula ialah lelaki yang menjadi punca semua ini berlaku.Chenkai berdiam sahaja.Dia tahu ini salahnya.Lagipun Daniel sudah mengarahnya membawa pulang Dian dengan kereta Dian dan membawanya keklinik tadi.

Dian teringatkan gambar yang diberi Izni tadi.Patut ke?Fikir Dian.Tanpa memikir panjang lagi dia terus mengeluarkan telefonnya dan terus membuka gambar yang diberi Izni tadi dengan menggunakan jari sebelah kirinya.

“Ni! Awak tahu gambar ni bila?”Dian menunjukkan gambar Chenkai yang diberi Izni tadi.Chenkai yang sedang memandu itu memandang sekilas mukanya.Dia mengerutkan dahi cuba mengingatkan kembali,bila dan dimana gambarnya itu diambil.Dia tergumam.

“Ouhh..”Chenkai mendengus kecil.Dia memandang Dian yang menunggu jawapan itu.

“Siapa yang beri?”Tanya Chenkai dengan baik.

“Kawan saya.Maksudnya sekarang ni kawan saya diculik awak bukan?!”Tanya Dian dengan nada marah-marah.Chenkai teringatkan muka perempuan tadi.Dia tertawa kecil dan menggeleng-geleng kepalanya.

“Jadi ini yang dibuatnya..”Desus hati Chenkai teringatkan kenapa Izni mengambil gambarnya tadi.

“Mana kawan saya!”Tanya Dian dengan nada yang kuat.Chenkai melihat dengan tidak puas hati.Sudah berbual dengan baik masih lagi mahu tengking menengking.Dia menjeling kearah muka Dian.

“Itu semua salah faham.”Jawab Chenkai dengan nada yang agak kuat juga.Dian sedikit terkejut.Difikirkan lelaki bermuka tidak seperti melayu tetapi fasih berbahasa melayu ini tidak pandai menggunakan intonasi semasa berbual.Tetapi pandai juga tengking menengking orang.

“Tipu!”Ujar Dian.Chenkai mendengus kecil.

“Cuba call.”Chenkai menyuruh.Dian terdiam.Dia malu sendiri.Fikirnya kenapalah dia tidak telefon Izni dulu in the first place.
Dian menekan nombor Izni dan terus menekan butang dail.

‘Maaf sila cuba sebentar lagi.’

Dian melihat Chenkai.Pasti telefon Izni kehabisan bateri.Dian masih tidak berpuas hati.Chenkai tidak mempedulikan Dian dan terus memandu kereta Myvi itu kerumah Dian berpandukan google maps yang diberi Dian awal-awal tadi selepas keluar dari klinik.Dian memandang Chenkai tapi malas mahu bergaduh dengannya.Chenkai memarkir kereta ditempat parkir kondo milik Dian.Dia mematikan enjin kereta dan terus keluar dahulu.Dian juga.Dia berjalan menuju kearah Chenkai.

“Ini dia.”Chenkai menyerahkan kunci kereta Dian kepadanya.Dian menyambutnya.Chenkai terus menoleh dan..

“Tunggu!”Panggil Dian.

“Nama awak apa!”Dian bertanya tetapi dengan nada yang garang.Chenkai tersengih melihat Dian.Dia berjalan mendekati perempuan yang kelihatan seperti tomboy itu.Dekat dan semakin dekat.Dian termanggu.Matanya terbeliak.Entah kenapa hatinya berdebar kuat.Chenkai membisikkan sesuatu ketelinga Dian.Dian masih terdiam.Seperti keras kakinya berdiri disitu.Chenkai tersenyum dan terus berlalu pergi dari situ.

“Kai?”Bibir Dian berseloroh sendiri.Dia seperti tersedar dari manggunya.Kemudian dia melompat suka.

“Hehehe..Kai ye?Tengok.Kalau aku tak dapat hubungi Izni,aku report ke polis terus.”Ujar Dian kegirangan dengan melompat.

“Eh..eh..ehe..”Dia menahan tulang punggungnya yang sakit tiba-tiba.Mukanya yang gembira tadi bertukar benci.

“Siap kalau aku jumpa kau lagi.Dua kali ganda aku balas.”

*********************************************

Lauming masuk kedalam pagar Villa yang sangat besar itu.Antara yang terbesar di Langkawi.Dia memarkir kereta Audi yang kelihatan beberapa das-das tembakan didalam garaj.Daniel keluar dari pintu kereta yang dibuka Lauming.Daniel terus berjalan masuk kedalam Villa yang sangat gah dan besar dek kilauan emas warnanya.Ini kali pertama dia menjejakkan kaki kedalam Villa ini.Dia masuk kedalam Villa itu menggunakan pintu paling besar dan utama.Beberapa bodyguard yang berada dipintu itu menunduk menyambut kedatangan Daniel.Daniel berjalan seperti biasa.Seorang pekerja memberhentikannya.

“Tuan Ken sudah sampai,tapi Tuan Wong baru berangkat ke Hong Kong.”Ujar pekerja itu sambil kepalanya tertunduk sedikit kebawah.Daniel mengangguk faham.Mak Tam juga berdiri disebelah pekerja itu.Daniel melihat Mak Tam sambil tersenyum.Ini kali pertama Daniel dan mereka berjumpa sesama sendiri.

“Ken?”Tanya Daniel.Mak Tam melihat Daniel.

“Dia berada dibilik tetamu.”Ujar Mak Tam.Daniel mengangguk dan terus berjalan.Disebabkan ini kali pertama dia menjejakkan kaki ke Villa ini jadi dia tidak berapa tahu menahu tentang selok belok villa ini.Daniel terus mengorak langkah menaiki tangga yang sangat besar itu.Dia berjalan menuju ketingkat atas.Sehinggalah…

“Ken?”Tanya hatinya sambil melihat kedalam bilik yang pintunya terbuka sedikit.Dilihatnya belakang seorang lelaki sedang duduk diatas kerusi sambil menghadap katil dan…

“Perempuan?”Desus hati Daniel lagi.Kaki kecil seseorang menjulur keluar.Hanya sipi muka mulus seorang gadis yang dilihat Daniel.Kaki kanannya mengorak langkah untuk berjumpa dengan Ken tapi hatinya menyebabkan dia berundur kembali kebelakang semula.Dia menunduk kebawah dan terus berjalan semula meninggalkan Ken.

Sementara Ken sudah di helaian yang terakhir.

‘I love you…with all my heart left… just for you…’
Ken menutup diari itu semula dan menyimpan semula kedalam beg Izni.Dia termanggu.Entah kenapa perasaannya seperti disentuh.Tersentuh dengan semua kata-kata yang tertulis didalam diari ini.Betapa kuatnya cinta Izni untuk lelaki yang bernama Hazim ini.Adakah dia cemburu?Dia sendiri tidak tahu.Ingin benar dia berjumpa dengan lelaki yang beruntung ini.Dia memandang Izni.Dahi Izni berpeluh.Dengan muka yang risau Ken terus mengambil kain bersih tadi dan mengelap dahi Izni.Tangan Izni bergerak-gerak dan bibirnya asyik mengigau sesuatu.

“Jangan pergi..jangan tinggalkan saya…”Itu yang didengar Ken.Perasaan simpati Ken semakin bertambah.Fikirnya mungkin Izni sangat sedih sekarang.Adakah kerana dia ditinggalkan cintanya?

Ken terus menggapai tangan Izni yang tercapai-capai itu dan menggenggam erat.

“Saya tak akan kemana-mana.”Ujar Ken lembut.Seperti terdengar, Izni kembali tenang semula.Ken terus mengelap dahi Izni dengan tangan kanannya yang tidak dipegang Izni.Seketika sehinggalah..

Izni membuka matanya perlahan-lahan.Keadaan dihadapannya kabur.Badannya sangat letih.Dia melihat lelaki dihadapannya yang sedang asyik memerah kain.Muka lelaki itu..

“Hazim?!”Izni membuka mata seluasnya.Dia takut ini adalah mimpi sekali lagi.Ken yang terkejut itu cepat-cepat menoleh melihat izni.Izni bangun dengan cepat dan menarik tangannya dari genggaman Ken.

“Ken?”Tanya Izni.Ken tersenyum.Akhirnya Izni tahu itu bukanlah Hazim yang asyik disebutnya.

“Betullah.”Ujar Izni.Dia menyandar kebelakang dan melihat keadaan sekeliling.Sebuah bilik yang sangat besar dan kelihatan sangat mewah.Kebiasaanya dia cuma berbaring diatas katil single tapi kali ini katil double bed yang sangatlah selesa.Bebola matanya kembali melihat bajunya yang sudah bertukar.Dia terkejut dan melihat Ken.

“Apa awak buat!”Izni bertanya serentak.Ken tertawa kecil.Pasti Izni memikirkan yang bukan-bukan lagi tentangnya.

“Bukan saya.Pembantu perempuan yang tolong.Mak Tam namanya.”Jawab Ken sambil tersenyum.Izni kelihatan lega sebentar.Izni melihat Ken.Hatinya semakin was-was.Adakah Hazim kembali atau memang bukan dia.

“Encik..Saya nak balik.”Ujar Izni kemudian menurunkan kakinya.Ken sedikit terkejut.Cadangnya dia mahu Izni bermalam disini dahulu.Tambahan pula hari sudah lewat.

“Jangan panggil saya encik,boleh.Ken sahaja.”Ujar Ken cuba tidak mendengar permintaan Izni.Izni bangun juga.Dia malas melayan karenah Ken.

“Ok..ken..Saya sekarang nak balik.”Ujar Izni dengan tegas.Ken bangun mendapatkan Izni.

“Awak tak sihat lagi Izni.”Ujar Ken dengan namanya sekali.Izni memandang Ken terkejut.

“Dia tahu nama aku?”Izni bertanya dalam hati sambil mngerutkan dahinya.

Ken tersengih melihat Izni.Hatinya terhibur melihat perwatakan gadis yang comel itu.

“Jangan tanya mana saya tahu nama awak,Izni Dalila.”Ujar Ken sengaja ingin mengusik Izni.Izni sedikit terkejut.Dia mendongak memandang Ken yang agak tinggi darinya di aras bahu.Ken menundukkan kepala dan dengan sebuah senyuman dibibir Ken..

“Kenapa ni?”Izni sedikit terkejut.Hatinya bergetar.Perasaan yang sama sewaktu bersama Hazim menjengah kembali.Izni menelan air liur dan menoleh mukanya berpura-pura tidak nampak senyuman dari Ken.

“Kalau saya tanya kenapa? Itu hak saya.”Ujar Izni dengan nada selamba.Ken tersenyum lagi.

“Yes..Tapi awak akan tidur disini.”

“Tuan Ken..”Ken dan Izni serentak memandang Mak Tam.

“Tuan Daniel sudah sampai.”

*******************************************

Daniel masuk kedalam bilik tidurnya yang telah siap dikemas Mak Tam.Dia duduk menghadap sekeliling bilik.Chenkai masuk melalui pintu yang tidak tertutup rapat itu.Daniel memandang Chenkai yang menuju kearahnya sambil membawa sekotak kotak yang panjang.Chenkai menyua kotak yang bercorak garuda itu kepada Daniel.

“Dari Sia Wong.”Ujar Chenkai.Daniel menyambut kotak hitam itu.Dia seperti sudah tahu apa yang ada didalam kotak itu.

“Jika bos ada apa-apa masalah,bos boleh terus beritahu saya.”Ujar Chenkai dan terus pergi berlalu dari situ.Daniel membuka kotak hitam itu dan merenung balutan kain kuning itu.

“Pedang Garuda.”tutur Daniel perlahan.Apa yang dia tahu itu adalah pedang warisan keluarga Wong.Dia tahu walaubagaimana cara dia mengelak untuk menerima pedang itu dia harus menerimanya.Dia seperti terpaksa.Dengan cara itu mungkin dia akan mendapatkan curahan kasih sayang yang dia dahagakan selama ini.Kenangan lama mula menjengah kembali.

“Kenapa Sia buat saya macam ni?!”Daniel menjerit mengerang kesakitan.Didalam bilik gelap yang bercahayakan satu lampu suluh itu dia menangis kesakitan.Kedua tangannya diikat ketiang kanan dan kiri.Hanya kakinya yang memijak tanah.Badannya yang hanya berumur 15 tahun waktu itu tidak dapat kekuatan untuk melawan semula.Sia Wong memandang Daniel dengan bengis dan marahnya.

“Pukul dia!”Arah Sia Wong kepada orang suruhannya.Tanpa berkata apa,orang suruhan Sia Wong terus melibas badan Daniel dengan ekor lembu dengan kuatnya.Hanya jeritan Daniel yang memecahkan kesunyian bilik itu.

“Sia..”Daniel menangis.Dia hanya keluar dengan rakan-rakannya untuk bersuka ria dia kedai makan tapi Sia Wong menjumpainya dan mengheretnya pulang.Alasannya dia perlu berlatih untuk menggunakan pedang dan pukulan.Dia tiada pilihan.Berbeza dengan Ken yang dihantar keluar negara untuk menyambung pengajian dalam bidang perhotelan.Dia sendiri keliru kenapa Sia Wong hanya bersikap begitu pada dirinya.Apa yang dia mahu..cuma kasih sayang.

Setitis air mata membasahi pipi Daniel.Cepat-cepat Daniel mengelapnya.Dia sendiri tidak mahu melihat air mata kesedihannya sendiri.Terlalu banyak yang dia sudah habiskan mencari tanya kenapa dia diperlakukan begitu.

Knok! Knok!

Mak Tam terus masuk dengan membawa segelas air kosong kearah Daniel.

“Tuan Daniel..ini minumannya.”Serah Mak Tam.Daniel memberikan senyuman.

“Tuan..”Mak Tam memanggil.Daniel mendongak melihat Mak Tam yang berdiri dihadapannya.

“Tuan Ken mahu berjumpa tuan sebentar.”Ujar Mak Tam yang baru datang dari bilik tetamu.

“Baik.Sekejap lagi saya keluar.”

“Baik Tuan.”

******************************************

Izni memandang Ken dengan wajah yang pelik.Dia malas melayan karenah Ken.

“Awak tak ada hak keatas saya.Nak tentukan saya boleh balik ke tidak.”Ujar Izni dengan nada berbaur marah tapi lembut.Ken mengangguk faham.Dia memandang wajah Izni.Izni juga.Dia terdiam.

“Sebab saya risaukan keselamatan awak.”Ujar Ken.Izni membulatkan bebola matanya.Berdesing telinganya mendengar apa yang dibicarakan Ken.Dia menelan air liur kelat.Masih terdiam dan tak terkata apa-apa.

“Ok.”Ken tersenyum melihat Izni.

“Disebabkan awak tak tanya saya tentang dari mana saya tahu nama awak,then you can go back home but with one syarat.”Ujar Ken sambil menunjukkan jari telunjuknya sebagai simbolik nombor satu.Izni mengerutkan dahi.

“Biar saya yang hantarkan awak.”Ujar Ken.Izni semakin terkejut.

“Eh..tak boleh-tak boleh.Apa ni? Saya tak fahamlah situasi sekarang.Tak perlu-tak perlu.Saya tak kenal awak pun.”Ujar Izni menolak bersungguh-sungguh.Dia sudah malas melayan karenah Ken dan mengambil beg sandangnya dan terus menoleh dari melihat wajah Ken.Dengan sepantas kilat..

“Saya risau.”Ujar Ken sepatah sambil memegang lengan kiri Izni yang mahu menoleh pergi itu.Izni terkejut.Biji matanya terbeliak.Hatinya berdebar kembali.Ken menarik tangan Izni untuk berhadapan dengannya dan meletakkan satu lagi tangannya keatas bahu kanan Izni.Kedua-dua bahu Izni dipegang Ken erat.Izni memandang Ken yang mirip dengan Hazim itu.

“Selepas apa yang terjadi hari ini…saya..risaukan awak..”Ujar Ken dengan nada lembut serta..ikhlas.Izni termanggu.Dia seperti tertanam dengan kata-kata lelaki dihadapannya.Tangannya kembali sejuk kerana malu.Matanya memandang mata Ken yang sedia menatapnya dari tadi.Senyuman Ken yang tidak ubah seperti Hazim itu bermain di fikirannya.Adakah cintanya akan berputik semula?Dengan lelaki yang mirip dengan Hazim.Adakah dia pengganti Hazim?

“Awak tunggu saya disini.Saya jumpa abang saya sekejap sahaja ye.Dia dah tunggu saya.”beritahu Ken pada Izni yang masih terkejut dan kaku itu.Cepat-cepat Ken keluar berjumpa dengan Daniel setelah Mak Tam memberitahunya bahawa Daniel sudah sampai.
Izni masih kaku.Fikirannya seperti terhenti.Matanya masih memandang tempat yang sama.

“Eh..apa ni!”Izni menggeleng-geleng kepalanya memarahi diri sendiri.Tanpa membuang masa lagi dia terus keluar dahulu dari bilik tetamu itu.Dia sangat terkejut apabila melihat kawasan Villa yang sangat besar.

“Kat mana ni?”Izni bertanya sendiri.Dia terus berjalan senyap-senyap dan mencari-cari tangga untuk turun.Kepalanya terdongak-dongak sehinggakan dia merasakan seseorang menarik lengannya kuat.Badannya yang kecil itu mengikut daya tarikan itu sehingga masuk kecelah almari perhiasan yang terdapat ditingkat dua villa itu.Izni mendongak melihat siapa yang menariknya.Bau lelaki yang tidak dapat dia lupa.Wajah gerun yang pasti mendiamkan sesiapa yang berada disisi.

“Apa kau buat disini?”Suara garau itu mengejutkan lagi dan meremangkan bulu roma Izni yang mendengarnya.

“Sa---sa—saya…”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience