CHAPTER 3

Romance Series 3938

Ken tersengih.Bebola matanya berulang-alik melihat Izni yang terbeliak biji matanya itu.Nafas Izni berdebar.Diari ditangannya masih dia pegang.Entah kenapa debaran sewaktu bersama Hazim kembali lagi.

“Tak sangka apa yang orang kata selama ini ada betul.”Seloroh Ken sambil mengorak langkah menuju ke tempat duduk stesen bas itu.Izni membulatkan matanya dan mengerutkan dahi.Maksudnya?

“Jadi?”Dia menoleh melihat Ken.Hatinya masih berdebar.Ken ketawa kecil.

“Pelanduk dua serupa.”Jawab Ken dengan selambanya.Izni seperti termalu sendiri.Dia tersengih kambing melihat Ken.

“Saya Ken.Ken Wong.”Ujar Ken sambil bangun dan berjalan semula kearah Izni.Dia menyuakan tangan untuk bersalaman dengan Izni.Izni semakin tergumam.

“Apa encik buat dekat sini?”Tanya Izni ragu-ragu.Dia tidak menyambut tangan yang disua Ken.Dia risau jika Ken adalah sekutu dengan lelaki kejam yang dia jumpa tadi atau orang jahat yang mahu mencabul kehormatannya.Mana mungkin dia boleh berjumpa orang yang sama dalam satu hari dan juga yang pastinya tempat ini adalah tempat yang jarang orang lain lalui.Jauh dari hotel.

Ken menghamburkan ketawanya.Tangan yang disua tadi dia jatuhkan kebawah semula.Dia melihat Izni dan Izni melihatnya pelik.Mata Ken melingkar pada baju Izni yang berlumuran darah itu.Mukanya kelihatan serius dan seperti tertanya.Dia mengerutkan dahinya.

“Baju..”

“Encik buat apa ni?!”Dengan cepat Izni memotong percakapan Ken dan terus menutup dadanya dengan menyilangkan lengannya melekap kedada.Ken sedikit terkejut.Apa maksudnya?

Ken tersengih semula.Dia tahu Izni bersalah sangka dengannya.

“Ok..Let me explain one by one.”Ujar Ken.Izni semakin terkejut.Dia mengorak langkah kebelakang cuba untuk berlari.

“Nama saya Ken.Saya tak berniat apa-apa yang buruk pada cik.Saya cuma pelik kenapa baju cik berlumuran darah.Just that.”Terang Ken dengan berssungguhnya.Izni memandang wajah Ken yang bersungguh itu.Senyuman Ken yang sememangnya sangat mirip arwah Hazim menenangkan jiwanya.Dia cuba mengangguk kecil faham.

“Ok..soalan saya tadi apa encik buat dekat sini?”Tanya Izni semula.

“Tak ada apa-apa.Just sewaktu keluar dengan kereta saya nampak cik berlari dan ingatkan cik dikejar orang..so..”

“Ok,ok,ok..saya faham.”Ujar Izni dengan menganggukkan kepalanya.Dia memandang Ken yang ikhlas itu.Rasa bersalah menyelubungi dirinya kerana bersalah sangka dengan Ken.

“Kalau macam tu..ini gambar tadi.”Ken menyerahkan semula gambar Hazim yang terbang kearah tadi.Izni mengambilnya.Satu perasaan sedih berbaur gentar muncul didadanya.Matanya mendongak tanah sewaktu mencapai gambar Hazim.Dia menyimpan semula gambar itu berserta diari yang dipegangnya dari tadi kedalam beg sandangnya.

“Cik tak apa-apa?”Tanya Ken seperti tahu perasaan Izni.Izni memandang Ken.Memang benar,wajah Ken sangat mirip Hazim.Kakinya seperti menggeletar.Dia kembali takut.Takut semua ini mimpinya sahaja.Dia tahu..orang dihadapannya bukanlah Hazim,tapi ialah Ken.Matanya bergenang air mata lagi.Kali ini dia cuba tahan.Dia tidak mahu lelaki yang baru dikenalinya itu tahu kelemahannya.

“Cik…”Panggil Ken lagi.Izni seperti tersedar semula dan menoleh kebelakang.Bayangannya menjadi kabur.Badannya semakin lemah.Apa yang berada dihadapannya semakin kelam.

“Cik!”

************************************************

Dian meneliti gambar yang dihantar Izni itu dengan mendalam.Giginya terkapit.Perasaan kuatnya mula bertanya lagi.Recording tadi dia ulang banyak kali.

“Apa yang cik nampak tadi..tolong rahsiakan.Bos saya cuma kemalangan kecil.Terima kasih.”

“Apa yang Izni nampak?Jadi apa masalahnya dengan mamat Cina ni?”Tanya Dian seorang diri.Dia menatap wajah yang dihantar Izni dengan lebih lama lagi.Mungkin-mungkin dia terjumpa lelaki menakutkan yang dihantar Izni itu.

“Aku tengok tak ada tanda-tanda penjahat pun..”Dian berseloroh seorang diri.Tanpa melengahkan masa dia terus menutup telefon pintarnya dan meletakkan dibangku duduk sebelah dan terus menghidupkan enjin kereta.Hari sudah menunjukkan bintang di malam hari.

Dian terus memandu kereta myvi merahnya dan keluar dari kawasan parking.Dia terus membelok keluar dari kawasan pantai dan masuk kejalan besar.Kemudian Dian berhenti di lampu isyarat.Setelah lampu berwarna merah bertukar hijau,Dian terus membelok ke kanan dan meneruskan perjalan seperti biasa sehinggalah dia masuk kekawasan bendang.

Pom! Pom!

Bunyi tembakan mengejutkan Dian.Dian melihat dihadapan.Kepala seorang lelaki menjulur keluar dan menembak tepat dihadapannya.Dian terkejut besar.Matanya terbeliak.Dia cuba mengelak tembakan itu tetapi tembakan itu bukan mensasarkan keretanya.Dia melihat cermin belakang dan terlihat satu lagi kereta cuba memotong keretanya tetapi..

“Argh!!!”Dian membrek secara mengejut apabila kereta yang memotongnya tadi memusing-musing kerena tayarnya pecah.Biji mata Dian terbeliak.Cepat-cepat dia keluar dari keretanya dan melihat kereta dihadapannya.

“Haish.” Dian mengeluh terkejut.Dia melihat bumpernya yang hampir setapak tangan sahaja lagi akan mengenai kereta Audi itu.Dia melihat kereta yang hampir semuanya ditinted gelap.Dia menjuihkan bibir dan menjeling sekilas.Terus dia mengetuk kereta itu dengan agak kuat memanggil pemandunya untuk keluar.Dian sudah menunggu dengan bercekak pinggang.

“Dah kenapa..”Dian memberhentikan kata-katanya apabila seorang lelaki yang amatlah dia kenal keluar dari kereta tersebut.Cepat-cepat Dian kembali kekereta dan mengambil telefonnya semula dan membuka semula gambar yang diberi Izni tadi.

“Samalah!Entah-entah!”Dian sudah berprasangka buruk dan terus mengambil telefonnya menuju kearah lelaki itu.Dia mengulang melihat gambar ditelefonnya dan lelaki itu.Chenkai memandang pelik.Tapi bibirnya masih diam melihat telatah Dian yang serba gelisah itu.

“Kenapa cik ketuk-ketuk kereta tadi?”Tanya Chenkai agak marah.Dian lagi terkejut apabila dia membuka suara.Dia terus teringat tujuan awalnya untuk memarahi lelaki itu.

“Kenapa encik potong kereta saya!Kalau saya kena tembak macam mana?!”Tanya Dian dengan nada marah.Chenkai masih berdiam.Dia melihat Dian dari atas kebawah.Dian juga dan akhirnya bebola matanya berhenti ditangan Chenkai.Matanya tertumpu pada objek yang menakutkan ditangan Chenkai.

“Pistol?”Ujar Dian.Kakinya mengorak langkah kebelakang.Chenkai tertawa dengan kuat dan tersenyum sinis.Dia kembali menunjukkan muka serius dan gerun itu.

“Orang jahat!”Ujar Dian dan terus berlari-lari anak mahu masuk kekereta tapi fikirannya teringatkan Izni.

“Izni kena culik?”Tanya Dian didalam hatinya.Dia terus menoleh dengan berani bertemu dengan Chenkai lagi.Chenkai yang baru mahu masuk kedalam kereta terbehenti.Dia melihat Dian yang berlari dengan penumbuk kecil tangannya.

“Yea!!!!”Dian berlari dan terus mahu menyalakan penumbuknya kearah mata Chenkai tapi..

“Cik?”Panggil Chenkai mengejutkan Dian yang melihat tangannya.Dian tersedar dari lamunannya.Dia mengelamun rupanya tadi.
Chenkai yang tersedar Dian melihat pistolnya terus memasukkan kedalam kotnya.Dian bertambah terkejut.Debaran makin terasa.Dengan senyap dan tanpa berkata apa-apa terus dia menoleh kebelakang dan cepat-cepat mendail 999.

Belum sempat dia menekan butang panggil, Chenkai terus menepis telefon Dian dan menyambutnya semula.Dian terkejut besar.Dia hampir tersadung kebelakang tapi Chenkai sempat merangkul pinggang Dian.Chenkai memandang mata Dian.Dian juga.

“Izni!”Dian menjerit.Chenkai terkejut dan melepaskan Dian sehingga dia jatuh terduduk.Tangan kanan yang menahan hentakan Dian terkehel.Dian mengerang kesakitan.

“Cik..maaf..”Chenkai mengetap giginya.Dia cuba menyua tangan untuk menolong.
“Kenapa ni?”Daniel keluar bertanya.Dia memandang kedua Dian dan Chenkai yang bergaduh seperti kebudak-budakan itu.

*********************************************

“Dua kali aku hantar tapi seorang pun tak boleh bunuh dia!”Alex menumbuk dan menendang kelima-lima orang suruhan yang dihantarnya itu.Habis darah memercik keluar dari bibir orang-orang suruhannya.Dia duduk dikerusi yang terketak didalam bilik gelap villa keluarganya.

“Minta maaf Nai Noi (Bos kecil).Daniel terlalu kental dan susah untuk kami bunuh dia.”Ujar seorang orang suruhan Alex.Alex tersenyum sinis.Mukanya yang tidak tumpah seperti Sianya,seorang Mafia Bangkok memandang tajam kelima-lima mereka.

“Nai Noi.”Tan datang kearahnya memanggil Alex.

“Sia Vara sudah pulang dari Bangkok.”Bisik lelaki berusia 30-an bernama Tan itu.Mukanya yang bengis tidak kalah seperti singa.Parut dimukanya bercalar sana-sini menampakkan dia lebih jahat dari monster.

“Baik.”Alex mengangguk kecil.Dia terus berjalan meniggalkan orang suruhannya yang masih duduk melutut itu.

“Bunuh mereka!”Ujar Tan dengan bengis pada orang suruhannya.Semua kelima-lima lelaki tadi terkejut besar tapi terus dibunuh tanpa belas kasihan.

Tan terus berjalan mengikut Alex.Alex terus ke arah ruang meja makan.

“Sia..”Dia memanggil dengan lembut dan terus mencium pipi Sianya,Khun Varayuth.Alex terus duduk disebelah Sianya.

“Daniel sudah pulang.”Beritahu Sia Vara dengan bengis sambil teringatkan kejadian di dalam Kapal terbang tadi.Dialah yang duduk dibelakang kerusi Daniel sambil matanya sedang melihat Daniel.

“Saya sudah tahu.”Jawab Alex sepatah.Dia terus memulakan menyuap makanan yang telah disediakan diatas meja kedalam mulutnya.Memang dia bencikan Daniel.Kerana Sianya yang memaksa dan mengajarnya.Katanya Keluarga Wongpuapan dan Varayuth tidak akan sepakat sehingga bila-bila.

“Then,it’s good.Cari cara untuk musnahkan dia.Perlahan-lahan adalah lebih sakit.”Ujar Sia Vara dengan dengan bengis.Alex berhenti makan.Dia memandang Sianya sekilas.

“Sia benci Sia Wong.Kenapa Daniel yang menjadi mangsa.Kenapa Ken tidak ada apa-apa?”Tanya Alex.Sia Vara yang mahu menyuapkan makanan kedalam mulut jua terhenti.Dia memandang anaknya.

“Kita akan hancurkan mereka semua perlahan-lahan.”Jawab Sia Vara sepatah.Dia tidak mahu Alex tahu lebih lanjut.Apa yang penting keturunan darah dan geng Garuda akan dihapuskan.Alex mengangguk perlahan dan menyambung suapan makanannya.Tan melihat dua beranak ini makan dihadapannya dan memulakan sesuatu untuk berbicara.

“Sia.”Panggil Tan,orang suruhan kuat Sia Vara.Sia Vara melihat Tan.

“Ken dan Tengku Anis akan melangsungkan pertunangan mereka.”Ujar Tan.Alex yang mendengar mendongak melihat Tan.Tengku Anis?

“Who’s she?”Tanya Alex.

“The only daughter of Langkawi’s MB.”Terang Tan.Sia melihat Alex dan merancang sesuatu.Alex seperti malas melayan soal perempuan dan meneruskan suapan-suapan terakhirnya.

“That’s good.”Ujar Sia Vara sambil menjeling sekilas kearah Alex.

“Tengku Anis Dahlia?”Desus hati kecil Alex sambil bermain-main difikrannya.

****************************************

“Tuan Ken.”Panggil pembantu rumah separuh umur yang digelar MakTam itu sambil berjalan membawa semangkuk air suam bersama kain bersih dan beg sandang yang dipakai Izni tadi.
Ken melihat Mak Tam pembantu rumahnya di Malaysia yang sangat berbudi bahasa dan berbadan sedikit gempal itu.

“Ini barang-barang yang tuan minta.”Ujar Mak Tam sambil menyua semula barang tadi.Ken mengangguk dan mengambilnya semula.

“Oh ya..”Panggil Ken sebelum Mak Tam menoleh pergi.

“Baju Cik ni,Mak Tam tolong bersihkan ye.”Pinta Ken.Mak Tam mengangguk dan mengambil baju yang disua Ken itu.Ken menghadiahkan senyuman dan terus pergi dari situ.

“Mak Tam.”Ken memanggil lagi Mak Tam yang berada didaun pintu dan sudah memegang tombol pintu itu.Mak Tam menoleh semula.Ken melihat jam ditangannya.Sudah jam 8 malam.

“Daniel..tak pulang lagi?”Tanya Ken.Dia masih ingatkan abangnya yang dikatakan mahu pulang hari ini.

“Belum tuan.”Ujar Mak Tam pendek.Ken mengangguk faham dan Mak Tam terus keluar dari bilik tetamu yang besarnya 5x5 meter itu.
Ken melihat Izni yang pengsan dari tadi.Beg sandang Izni dia ambil dan buka.Nama perempuan yang sudah dia jumpa dua kali hari ini masih belum dia tahu.Ken membuka beg duit Izni dan mencari icnya.

“Izni.Izni Dalila.What a nice name..”Ken berseloroh sendiri sambil tersenyum.Dia memasukkan semula IC Izni kedalam beg sandangnya dan terlihat diari yang dipegang Izni tadi.Hatinya berbelah bahagi.Dia memandang Izni sekilas dan memandang diari itu semula.

“Sorry..tapi..”Ujar Ken dan terus mengeluarkan diari kecil berbentuk hati.Ken membuka helaian pertama diari hati tersebut.

‘To Hazim…
Bila awak membuka dan membaca diari ini..ingatlah..ingatan diari saya ini hanyalah untuk awak.Awak ialah orang pertama yang hadir didalam hidup saya tatkala matahari mula tenggelam.Awak orang pertama yang menghulurkan tangan tatkala air mata ini tidak dapat saya kesat seorang diri.Awak orang pertama yang menjadi tulang belakang saya selama saya hidup ini.Awak orang pertama yang menyerikan dan menyinarkan hidup selama 25 tahun saya didunia ini…awaklah matahari saya…’
Ken membaca satu persatu-satu.Hatinya mula tersentuh.Dia memandang wajah Izni yang kecil mulus itu.Tampak letih dan sedih memandangnya.Tanda tanya tentang lelaki yang mempunyai wajah yang mirip dengannya itu membuatkan Ken menyelak helai demi helai….

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience