CHAPTER 1

Romance Series 3938

Pang!!!

“Haish!!!”Ketua Chef mendengus dengan kuat setelah dia mengetuk kepala seorang gadis kecil mulus yang terjatuhkan pinggan itu dengan kepala sudip.

Gadis mulus berwajah kecil berambut aras bahu itu memejamkan mata menahan kesakitan dalam dan luar.Dia malu melihat rakan-rakan sekerja yang lain berbisik-bisik sesama mereka mentertawakannya.Iya…Dia seorang yang sangat CUAI!

“Maaf!” Hanya satu perkataan yang keluar dari mulutnya dengan sedikit tunduk hormat.

Mukanya kemerahan.Bibirnya bergetar.Kali ini sudah masuk dua kali dalam semingggu dia memecahkan pinggan yang dikatakan sangat mahal kerana kualitinya.Iya..yang hanya untuk hotel bertaraf lima bintang? Atau mungkin sepuluh bintang?

“Lain kali,pecah sekali lagi.Aku pecat!”Marah ketua Chef itu dengan tegas.Izni tersentak.Dengan cepat kepalanya dihanggukkan.

“Baik.”Itu jawapannya.Kepalanya masih menunduk menghadap tanah.Derapan kaki seperti sudah berlalu pergi dengan usiran ketua chef tadi.Izni cuba menunggu lagi sehingga tiada orang ditempat membasuh pinggan itu.

“Izni!”Jeritan kecil seorang wanita mengekek berlari kearahnya.Deras derapan kaki wanita yang juga chef disitu.

“Kau tak apa-apa?”Dia bertanya dengan nada risau.Izni Dalila mendongak melihat wajah rakannya itu dan melepaskan keluhan kecil.Seketika diikuti dengan gelengan kepala yang menyatakan dia sangatlah ok.Dia memberikan senyuman yang mungkin palsu tapi setidaknya cukup untuk memujuk hati.

“Kau tipu.”Dian Trisha mencelah disebalik senyuman rakannya.Izni tergumam.Dia memandang Dian pelik.Seutuhnya dia cuba menyembunyikan perasaan hancur dan sedihnya itu.

“Aku oklah.”Jawab Izni sepatah.

“Tak.”Dian menggeleng menafikan.

“Tipu kalau kau masih tak dapat lupakan abang Hazim.Ingat Izni..”Dian memberhentikan kata-katanya.Izni sedikit tersentak apabila nama arwah tunangnya disebut.Matanya membulat memandang Izni yang masih ingin berbicara itu.

“Dia dah tak ada.Kau harus lupakan dia.Please….”Dian meminta.Izni masih kehilangan kata-kata.Baru dua minggu tunangnya meninggal diragut kemalangan ngeri.Mana mungkin dia melupakan perkenalan mereka selama bertahun lamanya.Mana mungkin juga dia melupakan curhat budi seorang lelaki terhadap dirinya yang tiada apa-apa. Dialah lelaki yang hadir menyerikan hidupnya yang gulam suatu ketika dahulu. Bebola matanya dipenuhi air mata kesedihan. Kalis matanya cuba dia gerakkan kearah kiri supaya tidak bertembung mata dengan Dian. Sebak didada belum masih hilang.

“Aku tahu…kejadian tadi sebab kau masih teringatkan abang Hazim, bukan?”Dian meneka dengan betul.Izni masih tidak menjawab.Benar apa yang Izni katakan.Sekuat mana dia cuba menipu atau mengelak dari berkata benar, hatinya masih memikirkan Hazim.

“Kau nak nangis..kau nangis…Jangan simpan Izni.Aku faham perasaan tu.”Nasihat Dian kemudian menarik tangan rakannya yang semakin sejuk itu.Dian menggenggam kuat tangan Izni.Harapannya semoga Izni tahu ada orang disisinya.Dia tidak perlu menyimpan seorang diri.

Pipi Izni kemudian mengalir..deras air mata mencurah dipipinya.Dia tahu..dia sangat sedih. Hatinya luluh untuk meninggalkan cinta.

“Sabar ye..”Dian menarik tangan Izni dan terus memeluknya. Dia mengusap-usap perlahan belakang Izni.Izni mengangguk faham.

“T-terima kasih Dian..”Ucap Izni.

**************************************************

“Tolong!!! Jangan!!! Sakit!!!” Jeritan kecil budak berusia tujuh tahun itu tidak diendahkan. Bahan api panas membara dihadapannya.Lelaki cina separuh umur itu melihatnya tanpa belas kasihan. Corak Garuda berekor empat dibakar dihadapannya.Tangannya dipegang memusing kebelakang oleh dua orang lagi orang suruhan Ah Sia (Ayah).

“Tekapkan corak itu pada belakangnya!” Suruh Ah Sia dengan nada yang kuat.Lelaki yang memegang besi dari tadi mengangguk dan terus mengeluarkan corak yang telah dibakar lama itu.
Budak lelaki itu menangis.Sekuat hatinya dia menjerit.Terus corak itu menerkap dibelakangnya

“Jangan!!!!”

Seorang lelaki terjaga dari tidur petangnya.Surat khabar yang menutupi mukanya jatuh kebawah.

“Maaf encik ok?”Tanya pramugari yang lalu disitu.Dia terus mengutip surat khabar yang terjatuh dengan sendirinya.Matanya terpana melihat muka lelaki itu.Daniel mendongak melihat pramugari itu.Daniel hanya memberikan pandangan tajam.Pramugari itu tersentak dan cepat-cepat beredar dari situ.

Daniel Wong memegang bahu kirinya dengan tangan kanannya itu.Dia memejamkan mata dan menelan air liur…KELAT.Sakitnya masih terasa.Walau sudah 20 tahun berlalu.Tekapan corak yang berunsur api panas itu masih terasa sampai sekarang.Bebola matanya beralih melihat jam ditangan.

“Sejam lagi.”Detik hatinya.Kemudian matanya melihat sekeliling.Dia harus waspada.Menjadi ketua kepada Geng Garuda bukanlah calang-calang orang.Paling tidak mesti ada orang yang mengikutinya juga.

Di belakang kerusi Daniel menyelang 3 buah tempat seorang lelaki berjaket kulit hitam melihat dengan mata helangnya tindak tanduk Daniel.Dengan perlahan dia menyandar kebelakang seperti tiada apa-apa.

“Kau akan dapat apa yang kau nak!”Detik hati kecil lelaki berjaket hitam itu.

**************************************************
“Ya Sia.Saya akan pulang secepat mungkin.”Ujar seorang lelaki berketurunan Cina-Siam-Melayu di hujung telefon.Dia terus menutup telefon pintarnya itu dan mengambil sebuah kotak hitam disisi meja bulatnya sebagai CEO.Dia meletakkan kotak itu diatas meja dan membuka penutupnya perlahan-lahan.

“Sudah 10 tahun aku tak jumpa kau.”Dia berseloroh seorang diri sambil mengeluarkan sebuah gambar lama dirinya dan abangnya.Ukiran mulus bibir Ken itu pasti memikat hati sesiapa sahaja.Bibirnya kembali tawar apabila mengingatkan kisah silam sebelum dia pulang ke Malaysia.

“P’Dan.”Panggil Ken kepada Daniel,abang yang tua dua tahun darinya.Daniel berpura-pura tidak melihat Ken dihadapannya.Dia cuba memerhatikan gelagat orang ramai di lapangan terbang Bangkok itu.

“Ken.”Panggil Sia yang berada dekat disitu.

“Jom pergi.”Sia mengajak.Daniel sedikit terkejut apabila Sia langsung tidak menghiraukannya.Matanya melihat kearah lain.Masih kaku.

“Dan…”Ken memanggil dengan nada serak.Dia tidak mahu berpisah dengan abangnya.Tapi apakan daya,permintaan Sia jauh lebih penting.Dia perlu meninggalkan Bangkok dan abangnya untuk meneruskan pembelajaran.Daniel masih tidak menghiraukan Ken yang sudah memulakan langkah kakinya itu.Sehinggalah Ken sudah menjauh…Daniel masih berkeras hati.

“Maaf P’Dan..sepatutnya kau yang harus duduk ditempat ini.Aku tak tahu kenapa Sia paksa aku.”Desus hati Ken sendiri.Dia meletakkan gambar yang dipegangnya itu keatas meja.Hatinya luluh. Sejak dari kecil sikap Sia sangat dingin dengan Daniel. Tidak seperti dirinya,dilayan seperti raja, dihantar belajar tinggi-tinggi untuk meneruskan empayar Garuda Holdings. Dia…sangat bersimpati dengan abangnya sendiri.

Kringggggg…

Ken menjawab bungi panggilan telefonnya. Nama Anis Dahlia tertera di skrin telefon.

“Ye Anis?”Tanya Ken dihujung telefon.Ken mengangguk faham.

“Baik.Kejap nanti saya turun.”Ujar Ken seraya menutup telefonnya. Dia bangun dan terus mengambil kot hitamnya membaluti baju kemeja putihnya semula. Sebagai CEO, dia harus menunjukkan etika pakaian yang sempurna dikhalayak ramai.Terutamanya Syarikatnya itu didalam Hotel Garuda sendiri.

**************************************************

“Aku dah bagitahu Chief supaya kau boleh balik awal.”Ujar Dian menghampiri Izni yang beada dibilik rehat setelah mengemas semula pecahan kaca tadi dan menghabiskan sisa pinggan mangkuk yang perlu dicucinya.Izni mendongak melihat Dian setelah lama merenung cincin yang masih tersarung dijarinya.

“Chief tak marah ke?”Tanya Izni mendapatkan kepastian.Dian yang beria-ria mahu dia pulang supaya boleh mendapatkan rehat.

“Tak.Aku dah reka-reka cerita kata kau sakit.” Dian memberitahu.Dia memandang anak mata Izni dan mengangguk-anggukkan kepalanya supaya Izni pulang kerumah awal.Tidaklah terlalu awal.Jam juga sudah menunjukkan pukul 4 petang.

“Baik.”Izni mengangguk dan memandang cincinnya semula.Dia melihat telatah rakannya itu.

“Kau baliklah.”Dian menyuruh sekali lagi dengan nada yang lembut dan kasihan.Izni mengetap bibirnya dan mengangguk.Dia membuka apronnya dan terus mengambil beg sandangnya didalam loker.

“Terima kasih ye Dian.Kau banyak tolong aku.”Ucap Izni.Dian mengangguk dengan senyuman dibibir. Izni juga membalas senyuman rakannya dan terus mengorak langkah kakinya untuk berlalu dari situ.

Kakinya berjalan dan terus berjalan sehingga dia memasuki lobi hotel. Izni memberhentikan langkahnya.

“Jalan-jalan dalam hotel kejaplah.”Desus hati kecil Izni.Dia terus menaiki escalator dan melihat-lihat kawasan hotel bertaraf 5 bintang itu.Kaca-kaca yang memenuhi ruang penuh bergemerlapan dan bersinar.Ukiran-ukiran antik dan ukiran burung Garuda memenuhi segenap ruang hotel yang juga diberi nama Garuda’s Hotel itu.Izni turun semula ke lobi hotel dan berjalan menuju ke keruang taman yang terletak didalam hotel itu juga.Kakinya sudah penat mahu menjelajah hotel setinggi 30 tingkat itu. Dia duduk ditepi kolam yang bercucuran air pancut.
Izni mengeluarkan cincin dijarinya.

“Mungkin sudah masanya aku melupakan Hazim..”Desus hati kecilnya.Dia memandang cincin yang dipegang oleh jari ibu dan jari telunjuknya itu.Sehingga….

“Ish..”Izni mengeluh melihat cincin yang dipegangnya itu terlepas dari jarinya.Dia terus membongkok berjalan mendapatkan cincin kecil berbentuk hati itu.Dan…

Ting!

“Dapat pun.”Ujar Izni dengan riangnya.Tapi matanya terbehenti melihat sepasang kasut kulit hitam betul-betul berada dihadapan tangannya yang menutup cincin itu.

“Cik?” Nada seorang lelaki mengganggu Izni.Dia tergumam.Kakinya jadi kaku untuk bangun.

“Maaf.”Dengan cepat Izni bangun dan menggenggam cincin ditangan kanannya dan terus meminta maaf dari lelaki yang berada dihadapannya itu.Matanya memandang tanah dan berasa malu.

“Cik ok ke?”Tanya lelaki itu.

“Maaf tadi saya..”Izni meminta sekali lagi sambil mendongakkan kepalanya melihat lelaki dihadapannya itu.Matanya membulat.Semakin besar.Jantungnya seperti mahu luruh.Kakinya seperti kaku.Bulu roma meremang disegenap tubuhnya.

“Hazim?”Bibir Izni bergerak bertanya dengan sendiri dek terkejut melihat wajah lelaki yang berada dihadapannya ini mirip amat dengan Hazim,arwah tunangnya.

“Maaf…siapa Hazim.Saya bukan Hazim.”Lelaki tadi menyatakannya.Dia memandang wajah Izni yang mulus itu.Kasihan.

“Hazim..”Setitis air mata membasahi pipinya.Lelaki itu semakin terkejut.
“Cik…”Lelaki itu cuba menenangkan Izni.

“Hazim..”Izni masih memanggil lelaki itu dengan nama Hazim.Kali ini berderau air matanya membasahi pipi gebu mulus itu.Tangan lelaki itu segera dipegangnya.Matanya mengangguk-angguk supaya lelaki itu mengaku dia adalah Hazim,lelaki yang sangat dia cintai.

“Awak masih hidup..”Izni mencium tangan lelaki yang dipegangnya itu. Apa yang berada dihadapan matanya sekarang ialah Hazim masih hidup.Hazim datang kembali.Lelaki tadi semakin terkejut.Dia takut untuk menarik tangannya dengan kuat,perempuan dihadapannya itu akan menangis sekuat hatinya lagi.Dia seperti membiarkan tangannya dipegang perempuan itu tapi dengan cara perlahan-lahan dia cuba menenangkan perempuan tersebut.

“Cik..saya bukan Hazim.Saya..”

“Ken.”Panggil Anis tidak jauh dari situ.Ken melihat Anis yang baru sampai. Izni terbungkam.Nama orang lain yang didengarnya.Dia seperti baru sedar bahawa orang dihdapannya bukanlah Hazim.Tetapi lelaki bernama Ken.Cepat cepat dia melepaskan tangan lelaki tersebut.Rasa bersalah dan malu menyelubungi mukanya.

“Dia siapa?”Tanya Anis apabila sampai disitu.

“Maaf.”Minta Izni dan cepat-cepat beredar dari situ.Ken tergumam.Soalan Anis masih tidak dijawabnya.Kepalanya asyik mendongak melihat-lihat kelibat Izni yang semakin menghilang dari matanya.

“Dia siapa?”Anis bertanya lagi.

“Hah?”Ken melihat Anis dengan sedikit terkejut.

“Saya tak tahu.”Dia menggeleng.

“Kenapa dia menangis?”Tanya Anis lagi.Fikiran Ken masih lagi tertumpu pada Izni.

“Entahlah..”Jawab Ken perlahan.Anis memandang Ken dengan pandangan yang cemburu.

“Jom.”Terus dia merangkul tangan kiri Ken dan berjalan dari situ.Seperti terpaksa,Ken mengikuti langkah Anis.

“So your dad dah beritahu tarikh yang sesuai?”Anis bertanya sambil langkah lenggoknya berjalan bersama Ken menuju ke Restoran didalam hotel tersebut.

“Not yet.Tapi dia mahu awak yang tetapkan sendiri.”Ujar Ken selamba.Fikirannya masih tidak tenang walaupun bersama Anis Dahlia.Bakal tunangannya.

“So..”Anis memberhentikan langkah kakinya dan memandang Ken berhadapan.Ken melihat gelagat perempuan yang dikenalinya sejak belajar diluar negara itu.Ken berdiam dan menunggu kata-kata dari Anis lagi.

“What date you exactly want?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience