Dapatku rasakan tangannya mengusap pipiku dengan lembut lalu dikucupnya dahiku.Tangannya tidak berhenti mengusap pipiku dan menyelak rambutku.Aku hairan dengan perbuatannya.Tiba tiba,ada cecair panas menitik ke pipiku.Suara tangisan semakin deras kedengaran.Aku membuka mataku.Kelihatan Sofea sedang menangis.
Lalu,aku memeluknya tanpa keizinan darinya.Bahuku basah dengan air mata yang jatuh dari kedua belah matanya.Aku hairan akan sebab kenapa gadis ini menangis,seperti ada sesuatu yang dirahsiakannya dariku.
"Hey,Sofea dah lah tu jangan menangis.Aku tak nak tengok kau sedih.Dah lah tu"pujukku.Namun,semakin besar pula tangisannya.Aku menepuk nepuk belakangnya mencuba menenangkan gadis itu.
"Sofea,kenapa ni?"soalku.Aku ternampak tangannya memegang perutnya.Mungkin sakit perut.
"S-saya~"bergetar suaranya.
"Kenapa Sofea?kenapa?bagitahu saya cepat.Kenapa?awak sakit perut ke?nak saya bawa ke klinik?"soalku kepadanya.Doa hanya menggeleng.
"Saya,senggugut"jelasnya.Aku menepuk dahiku.Rupanya senggugut.Aku fikirkan apa tadi.
"Kejap saya ambil painkiller.Awak tunggu sini"ujarku namun,pantas sahaja tanganku dipegangnya.
"Jangan Tae,painkiller tak baik untuk saya"katanya.Ah sudah,apa yang patut aku buat sekarang ni?
"Awak tunggu sini jangan kemana mana.Saya nak ambil kain dan air panas"ujarku lalu mengangkat badannya ke atas katilku.
"Awak tunggu sini je tau!"
___________________________________
"Lamanya nak masak air panas ni"gumamku sendiri.Penat aku menunggu air panas ni mendidih.
TSHHHH
Ketel(?) mula berbunyi menandakan air sudahpun mendidih.Aku cepat cepat menutup daput gas.Air panas itu ku tuang ke dalam pek air panas khas untuk wanita yang mengandung dan wanita yang mengalami senggugut.
Dalam masa yang sama,aku membuat air kopi panas buatnya.Kata orang,cara ini berkesan.Pek dan air kopi panas itu kubawa menuju kebiliknya.
__________________________
"Nah,pek ni awak letak ke bahagian perut awak yang sakit.Lepastu minum air kopi ni perlahan lahan sebab panas, nanti melecur lidah awak nanti"ujarku kepadanya.Dia mengangguk lalu membuat perkara yang disuruh olehku.
"Terima kasih Tae"ucapnya.Aku tersenyum.Bibirnya pucat mungkin menahan sakit senggugut.
"Awak tidur kat sini okay?saya tidur kat luar je"ujarku.Tanganku dipegang olehnya.Aku menoleh.
"Awak tidur sini dengan saya"agak terkejut apabila disuruhnya aku tidur bersamanya.
"Saya perlukan pelukan hangat.Kata orang,ini juga membantu"ujarnya.Aku mengangguk setuju.Lalu ku baringkan tubuhku bersebelahan dengannya.
Tubuhnya ku peluk.Bukan sahaja hangat namun,ini seperti sebuah connection perasaan antara aku dengan dia.
Sungguh aku rindukan situasi ini dengan bekas isteriku..,Lora.
Mataku semakin kuyu dan akhirnya mataku tertutup.
'Harap,kita berdua bertemu di alam mimpi,Lora'
_______________TBC_______________
Share this novel