06

Fanfiction Series 2927

"LORA, ANDWAE LORA!!!"turun naik dadanya mencari nafas.Masih juga dengan mimpi yang sama.Kerap dia mendapat mimpi dimana Lora bekas isterinya itu dibunuh oleh bapanya sendiri.

Memori itu menjadi sebahagian daripada mimpi ngerinya.Kepalanya ditoleh ke tepi mencari kelibat Sofea yang hilang secara tiba tiba.Diselaknya langsir.Kelihatan matahari sudahpun naik.

"Mana pula perempuan ni pergi?"soalnya sendiri.Kakinya dibawa menuju ke arah dapur.Kedengaran suara merdu menyanyi di halaman belakang rumahnya.Suara itu datang dari pokok besar bersetentang dengan rumah jirannya.Disana terdapat sebuah buaian yang dicipta olehnya dan bekas isterinya,Lora.Pada masa itu,anak kepada anak buahnya pergi ke rumah mereka untuk dijaga.Mereka membuat buaian ini khas untuk anak buah mereka untuk bermain.Bermacam lagi kenangan mereka yang bermain di dalam minda lelaki itu.Paling diingatinya ialah masa dia terduduk diatas meja kayu sehingga patah.Isterinya dan anak buahnya mentertawakannya.

Tersenyumnya sendiri teringatkan kejadian itu.Mahu saja dia memutarkan balik masa itu.Kenangan bersama Lora tidak boleh dihapuskannya.Benar,dia betul betul sayang akan bekas isterinya itu.Namun,apakan daya takdir memisahkan mereka.

Dia cuma berharap bahawa Lora hanya baik baik saja alam sana.Dipandangnya Sofea yang sedang menyiram pokok bunga Smeraldo yang ditanamnya di belakang rumah.Cuaca disini memang sesuai untuk menanam pokok tersebut.Tidak juga terlalu panas dan tidak juga terlalu sejuk.

"Eh Tae?bila awak bangun?"soal Sofea sedikit terkejut dengan kehadiran lelaki itu disana.Taehyung tersengih.Gadis itu benar benar mencuit hatinya.

"Baru tadi saya bangun,kenapa?"soalnya.

"Takde apa apa,saya cuma tanya je"jelasnya.

"Ouh ya!saya lupa saya belum buat sarapan!Jum kita ke dalam cuaca diluar ni agak sejuk"ujar gadis itu.

Sofea menutup pintu lalu menuju ke arah dapur untuk membuat sarapan mereka berdua.

"Awak nak makan apa Tae?"soalnya.

"Seperti biasa roti bakar campur telur dan air kegemaran saya iaitu kopi"

"Baiklah,awak tunggu dekat meja makan.Saya pergi buat dulu"katanya lalu membuka peti sejuk mengambil bahan bahan memasak.

________________________

"MMM sedapnya~"ujarnya dengan mulut yang berisi memberi kata kata pujian kepada gadis itu.

Sofea hanya menggelengkan kepalanya melihat sikap Taehyung.Mahu saja dicubitnya pipi Taehyung akibat terlalu comel.

Tersenyumnya sendiri.Lelaki itu hairan akan sikap gadis itu yang tiba tiba tersenyum walaupun lelaki itu tidak membuat perkara yang melucukan.

"Kenapa awak senyum?"soal Taehyung.

"Saya tersenyum?takdelah, mana ada saya senyum"sahut gadis itu.

"Yeke?saya nampak awak senyum tengok saya.Kenapa?ada apa apa ke?"soalnya lagi.

"Takde apa apalah.Salahkah saya senyum?"soal Sofea.Taehyung menggeleng sebelum menyambung sisa makanannya yang belum lagi habis.

'Saya senyum sebab awak,Taehyung'

_______________TBC___________

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience