07

Fanfiction Series 2927

"Sofea,erm kalau saya nak jumpa kawan saya yang lain boleh?"soal Taehyung.Sofea yang sedang melihat rancangan memasak lalu menoleh kearah Taehyung yang duduk disebelahnya.

"Saya tahu awak nak jumpa dengan mereka dan saya tahu awak rindu dengan kerjaya awak.Tapi--"kata katanya terhenti.

"Tapi,awak belum sihat sepenuhnya.Saya takut awak pengsan atau demam atau-"

"Saya okay je lah,awak ni.Tengok saya dah sihat.Jangan risau saya kan dah besar jadi saya pandai jaga diri saya sendiri"ujarnya dan diakhiri dengan senyuman kotaknya.Sofea menjeling.

"Okay,fine.Pergilah,tapi kalau ada apa apa yang berlaku kat awak bagitahu saya.Jangan berahsia,faham?!"

"Faham"ujar lelaki itu.Beruntung dia mendapat penjaga seperti ini.

"Erm,saya bersiap dulu ya.Nak jumpa dengan mereka"katanya.Sofea mengangguk.Baru sahaja lelaki itu melangkah ingin pergi ke bilik,dia menoleh semula kearah gadis itu.Didekatnya wajahnya dengan wajah gadis itu sehingga Sofea menyedari perlakuan pelik Taehyung.

Lalu,lelaki itu mengucup lembut bibir Sofea.Membuntang mata gadis itu.Tangannya segera diangkat untuk memukul lelaki itu.Namun,belum apa apa Taehyung sudahpun melarikan diri.

"KIM TAEHYUNG!"

________________________________________

"Wey kau rasa Taehyung sekarang ni okay tak dengan penjaga baru dia tu?"soal Seokjin risau.Mahu sahaja dia menghantukkan kepalanya ke dinding akibat terlampau risau akan Taehyung yang merupakan kawan rapatnya itu.Hanya lelaki itu sahaja yang dapat menyembuhkan luka di hati Seokjin semasa lelaki itu menghidap kemurungan akibat putus cinta.

Namun,rakannya yang seorang ini lebih memeritkan kisah hidupnya berbanding dengannya.

"Kau rasa dia sekarang ni makin sihat ke atau makin teruk penyakit dia?"soalnya lagi kepada Yoongi.

"Dia sihat jelah,kau tak percaya hah tengok ni.Penjaga dia bagi gambar Taehyung masa aku suruh dia ambik gambar.Dia cakap yang Taehyung makin sihat,jadi kau tak perlu risau"ujar Yoongi menenangkan rakannya yang seorang ini.

"O-okay,baguslah kalau dia makin sihat.Aku pun tumpang gembira"ujar Seokjin lega.

"HEYOO KAWAN KAWANKU SEKALIAN MAKHLUK DIATAS BUMI YANG RATA LAGI LUAS PEMANDANGAN INI!!APA KHABAR SEMUA!!"tiba tiba ada suara datang dari jauh mendekati mereka.Seokjin mengecilkan matanya.Ingin sahaja dia melompat akibat terlampau gembira apabila menyedari rakan karibnya yang memanggil mereka tadi.Siapa lagi kalau bukan si Taehyung itu.

Seokjin berlari kearah lelaki itu dan terus memeluknya dengan erat.Sungguh dia merindui rakannya itu.

"KAU TAHU TAK AKU RINDU KAU WEY!HIKSS SAMPAI HATI KAU BUAT MACAM NI KAN!HIKSS"ujar Seokjin tersedu sedan akibat menangis.Siapa sahaja yang tidak merindui Taehyung itu.Sudahlah rakan yang paling rapat dengannya.Semua rahsia berada dengan lelaki itu.

"Alah kau ni janganlah nangis,hah tengok aku dah sihat kan?jadi janganlah nangis.Lap air mata kau,dah macam perempuan dah aku tengok kau ni"ujar Taehyung menyakat rakannya Seokjin.Lelaki itu menepuk bahu Taehyung dengan kuat.

"Kau ni nak je aku humban dalam longkang.Mulut tu tak habis habis nak menyakat je kerja"ujar lelaki itu sambil menjeling tajam rakannya itu.

"Janganlah,nanti aku merajuk nanti siapa nak pujuk?"soal Taehyung dengan nada menyakat.

PAP!

Sedas pukulan kuat mengena tepat kearah belakang Taehyung.Mengerang sakit lelaki itu.

"JIN HYUNG SAKIT TAU TAK!"ujar Taehyung.Seokjin sudahpun bersedia untuk melarikan dirinya.Yoongi hanya menggeleng sahaja melihat karenah rakan rakannya itu.

"MEH SINI JIN HYUNG JANGAN LARI!"

_____________________TBC________________

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience