Chapter 1

Fanfiction - KPOP Completed 1395

Tibanya di hari perkhemahan yang dibuat oleh pelajar kelas 2-1 , 2-2 dan 2-3 .

"Semua pelajar diminta berkumpul depan ni ". Hanah Seonsaengnim memberi arahan .

Semua pelajar beratur dalam berisan masing-masing apabila terdengar pengunguman dari Hanah seonsaengnim.

Yura menarik bagasinya dan masukkan ke dalam bas sekolah.

"Oi..kau nak pergi camping ke nak pergi tidur hotel bawak barang banyak camtu sekali ?". Kata Rapmon yang duduk berhampiran dengan bas.

"Eyy suka hati aku la nak bawa barang banyak ke sikit ke bukan urusan kau!". Yura menjeling Rapmon.

"Yura! Namjoon! buat apa lagi tu?cepat masuk barisan masing-masing! cikgu nak ambil kedatangan kamu ni ". Hanah seonsaengnim sudah mencekak pinggang di hadapan .

"Arraso seonsaengnim". Yura menjeling pada Namjoon dan masuk ke dalam barisan.
. .
. Setelah beberapa minit mengumpul semua pelajar dan mengambil kedatangan pelajar,mereka semua masuk ke dalam perut bas.Terdapat 3 buah bas bertolak untuk menuju ke tapak perkhemahan.
. .
. Tiba sahaja di tapak perkhemahan ,semua berkumpul seperti awal-awal mereka beratur .Mereka dipecahkan kepada beberapa kumpulan lalu dibahagikan beberapa tugasan .1 kumpulan 7 orang .

"Kumpulan 4 ,7dengan kumpulan 3 tolong berkumpul sekejap".Arah Sukjin seonsaengnim.Kumpulan 4 terdiri daripada Hara,Yura,Jiyeon,Jb, Wonwoo ,Bomi dan Minhyuk ,manakala kumpulan 7 terdiri daripada rapmon, Hyuna, Moobin,Hweji,seohyun,gikwang dan sehun. Kumpulan 3 pula hanya 5 orang iaitu Daniel,Jihoon,Sungjae,Nayeon dan Jihyo.

"Ok,kumpulan 4 ,7dengan kumpulan 3 ikut cikgu masuk dalam kawasan hutan untuk cari kayu api dan air di hujung sana ada air terjun ". Arah Hanah seonsaengnim.

"Kumpulan lain buat apa cikgu?".Tanya Hara.

"Kumpulan lain ikut Jongkook dan Kwangsoo seonsaengnim untuk dirikan 15 buah khemah ".Kata Sukjin seonsaengnim pula.

"Oh lagi susah! arraso kami ikut cikgu". Kata Wonwoo.
. .
. Tiba di satu laluan,terdapat dua lorong berbeza .

"Semua ingat! lorong sebelah kiri ye kita masuk! cikgu dah tandakan tali merah di kayu ni ,ingat tau!". Pesan Sukjin seonsaengnim.

"Arraso seonsaengnim!". Jawab mereka semua.

Mereka pun brjalan masuk di lorong itu.Hanya berjalan 100 langkah sahaja sudah sampai di tebing air terjun dan terdapat banyak dahan pokok di situ untuk dijadikan kayu api .

"Kutip sebanyak mana kamu mampu sahaja,yang bawa baldi,tak perlu isi air banyak-banyak.Cukup setakat kamu boleh bawa sahaja arraso?".Arah Hanah seonsaengnim.

"Nae seonsaengnim! ". Mereka menjalankan kerja seperti yang diarah .

Setelah 30 minit menjalankan kerja mereka pun berlajan pulang ke tapak perkhemahan .

"Eo kejap! ". Seohyun tunduk untuk mengikat tali kasutnya .Hanya mengambil masa seminit sahaja.

"Yahh jalan la! asal tunduk tengah-tengah jalan ni". Marah Jb di belakang Seohyun.

"Sabar la! orang ikat tali kasut la.Kau nak suruh aku jatuh tersungkur ke ape?!".Marah Seohyun semula. Apabila Seohyun berdiri sahaja dia sudah terpisah dengan kumpulan 3 di hadapannya .

"Yah..korang..tadi kita datang ..guna laluan mana?".Tanya Seohyun yang duduk di hadapan sekali .

"Kiri la". Kata Jb di belakang Seohyun.

"Asal tak ada tali merah pun dekat salah satu laluan di hadapan tu ?".Tanya Seohyun pula.

"Ehh kejap! aku rasa laluan kita jalan ni la laluan kiri.Kalau depan tu kita sehaluan je,macam mana boleh ada dua jalan pula ni?". Kata Rapmon yang berjalan di hadapan Seohyun.

"Haah la guys.Ni tali merah tu". Hara menunjuk ke arah tali merah tersebut.

"Bwoyah! jangan cakap kita sesat! ". Sampuk Wonwoo pula.

"Aku rasa laluan ni la ". Jb menunjuk di laluan kanan .

"Kau pasti ke?". Tanya Hyuna.

"Guys.Korang tak perasan something ke?". Kata Hweji pula.

"Mwoga?". Tanya Minhyuk yang berdiri di sebelah Hweji.

"Kedua laluan ni sama je .Dekat ke jauh ke korang pandang,sama je laluannya". Hweji perasan dari awal akan laluan itu tetapi tidak berani berkata apa kerana dia hanya ingat itu bayangannya sahaja.Tetapi betul pula.

"Haah la! kau la ni Seohyun! acah ikat tali kasut pulak! kan dah sesat! ". Marah Gikwang .

"Dah la salahkan Seohyun! masalah sekarang tadi kita datang cikgu tak kasitau pun laluan mana kita lalu,tetibe je ada dua laluan pergi dua laluan balik .Lagipun kita semua cuai kan?takkan nak salah kan Seohyun je". Sehun pula menyampuk.

"Kau call la cikgu". Kata Hyuna pada Seohyun.

"Asal kau bongok sangat?dalam hutan mana ada line! ". Jb dari tadi memegang telefonnya.

"Haah la". Masing-masing melihat telefon sendiri tiada talian .

"Guys,langit makin mendung ni,apa kata kita lalu je mana-mana laluan untuk berteduh?". Tanya jiyeon yang memandang langit.

"Arraso,kita lalu di laluan kiri je la ". Cadang jb,yang lain hanya menurut.
. .
. "Ok semua ,letakkan baldi dengan kayu api tu dekat sini.Kita kena bertindak segera takut hujan lebat nanti ". Arah Sukjin seonsaengnim.

"Eh?kenpa kumpulan 3 je ada ni?mana lagi kumpulan 4 dengan 7 ?". Hanah Seonsaengnim memandang di sekeliling.

"Kamu tak perasan ke mereka terpisah dari belakang kamu ?".Tanya Hannah seonsaengnim pada Sungjae.

"Entah cikgu .Saya pun tak perasan diorang tak ikut belakang saya". Sungjae menggaru kepalanya.

"Arraso,kita tunggu 5 minit dulu,kalau diorang tak datang juga cikgu ajak semua cikgu cari diorang". Kata Hannah seonsaengnim lagi.

"Nae". Sungjae hanya mengangguk.
. .
. .
Setelah 10 minit berjalan,mereka terjumpa sebuah rumah usang .

"Guys...korang dah fikir habis ke nak masuk dalam rumah ni ?".Bomi sudah meremang bulu roma berdiri di hadapan pintu rumah itu.

"Ada orang ke?cuba kau ketuk". Arah Rapmon pada Moobin yang duduk di hadapan sekali .Baru sahaja Moobin mengangkat tangan ingin mengetuk rumah itu,pintu rumah terbuka dengan sendiri.

//Krakk // "Weh..pintu terbuka sendiri ". Kata Moobin di hadapan.

"Masuk la cepat! sejuk ni!". Hyuna sudah berpeluk tubuh di belakang kesejukan kerana hujan sudah turun lebat.

"Arraso nak masuk la ni!". Moobin perlahan-lahan melangkah masuk ke dalam rumah itu .

"Bwoyah! kenapa dalam nampak cantik je tapi dekat luar macam kene tinggal 10 tahun rumah ni ?". Yura terkejut.

"Haah..aku rasa ada orang la rumah ni..cuba kita panggil". Cadang Hweji.

"Yoboseyo? rumah ni ada orang tak?". Minhyuk memanggil.

//Krakkk... tumm!// Pintu tertutup dengan sendiri.

"Aigoo..terkejut aku!". Hara memegang dadanya .
. .
. .
"Hannah seonsaengnim,saya rasa kita tak boleh cari budak-budak dalam keadaan hujan lebat macam ni .Bahaya la,lagipun kita dalam hutan lagi". Kata Sukjin seonsaengnim.

"Tak boleh, kita bertanggungjawab atas budak-budak tu semua". Hannah seonsaengnim masih lagi berkeras hendak masuk ke dalam perdalaman hutan.

"Ye saya tahu ,tapi keadaan tidak mengizinkan lagi sekarang.Apa kata kita tunggu hujan reda dulu baru kita cari?lagipun hari makin gelap ni ". Kata Sukjin seonsaengnim pula.

"Saya risau la dengan budak-budak". Hannah seonsaengnim memegang dadanya.

"Gwenchana,mereka ramai.Saya yakin mereka tak apa-apa".Kata Sukjin lagi memujuk Hannah seonsaengnim yang sudah gelisah.
. .
. "Guys..tak ada orang la..aku dah cari pelosot rumah tak nampak bayang-bayang orang langsung". Kata Sehun.

"Jinjja? tapi pelik..rumah ni bersih macam ada orang jaga". Jiyeon menggaru kepalanya.

"Tuan dia keluar kut". Sumpuk Gikwang yang terdiam dari tadi.

"Erm..mungkin". Bomi menangguk.

"Guys! nak main game tak?aku bosan ni ". Minhyuk duduk bersila di lantai.

"Truth or dare jom?". Hara mengangkat kening.

"Bosan dah game tu.Apa kata kita main ....yes or no ?". Cadang Yura.

//Tummp!!!// Tiba-tiba tingkap terbuka dan tertutup kuat.

"Jom!!". Dengar sahaja game yes or No semua pakat duduk bersila di lantai membuat bulatan.

"Siapa mula dulu?".Tanya Moobin.

"Kasi Yura la mula dulu.Dia yang cadang game ni ". Kata Rapmon .

"Ok,aku start dulu".Yura terdiam seketika memikirkan soalan. "Hah! Yah Sehun,kau ada suka siapa-siapa tak di antara girls dekat sini?".Tanya Yura.

"Ada".Jawab Sehun sepatah.

"Siapa?". Tanya Yura lagi.

"Ehh kau dah tanya dia dua soalan,mana bolehh.Giliran Sehun pulak". Kata Jb.

"Erm..Hara,betul ke kau pernah crush dekat Moobin?". Tanya Sehun.

"Haah betul! lama dah!". Hara jawab dengan muka tak malu.

"Woww serius la! kenapa tak cakap awal-awal?aku pun minat kau". Moobin tergelak kecil memandang Hara.

"Aaaaa". Hara tidak tahu nak berkata apa.

"Ok dah-dah.Giliran Hara pula". Kata Bomi.

"Erm.. Jb,antara Jiyeon dengan Seohyun kau suka siapa?". Tanya Hara.

"Aku tak suka sesiapa". Kata Jb. //Zzzzaasss// 3 bilah pisau menikam belakang Jb.

"Aaarrghhh!!!!!". Jb menjerit kesakitkan .

"Yahh Jb!! gwenchana?". Moobin di sebelah Jb sudah gelabah.

"K-korang!!! call ambulan!!!". Yura sudah tidak tahu membuat apa lihat Jb mengaduh kesakitan .

"Mana ada line!!!". Kata Sehun .

"Yahh Jb bertahan!!". Rapmon memikul Jb menuju ke pintu keluar .

"Bwoya!! asal tak boleh buka?". Rapmon cuba menendang pintu itu tetapi tidak boleh buka juga.

[DON'T RUN OR YOU WILL DIE!!!] Satu perkataan tertulis di pintu keluar.

"S-siapa tulis tu!!". Jerit Hweji .

"Wehh tolong la aku tendang pintu ni!!". Rapmon masih lagi berusaha memecahkan pintu .

"Arraso!". Gikwang,Moobin dan Wonwoo juga cuba untuk menendang pintu itu tetapi tidak berjaya dibuka.

"K-korang! Jb!!". Hyuna sudah menekup mulutnya melihat Jb sudah tidak bernyawa.

"Yahh Jb! jngan tutup mata kau!!". Wonwoo menepuk kuat pipi Jb.

"Tepi!". Yura menolak Wonwoo dan check nadi Jb. "Takde denyutan! ".Yura sudah jatuh terduduk.

"Apa maksud kau takda denyutan?!!". Gikwang sudah gelabah lihat Jb.

"Tolong kami!!!!!!". Jerit Hyuna,Bomi dan Seohyun sambil mengetuk pintu dari dalam.

"Jb...dah mati ". Yura terkaku di tempatnya..

"T-takkan la....". Hweji tidak dapat terima kenyataan .

[FINISH THE FIRST ROUND! ] Tulisan ini ditulis di belakang Jb.

"A-apa m-maksud dia selesaikan first round?". Hyuna bercakap dengan menggeletar.

"Berapa banyak pusingan semua?!!".Tanya Sehun .

[5 round] Suara ini berbisik memenuhi ruang rumah .

"Li-lima...". Seohyun terus berasa lemah kaki untuk berjalan.

"A-aku rasa kita perlu tamatkan game supaya kita boleh keluar dari pintu tu ". Kata Moobin.

"Kau gile ke ape! belum sampai 5 round kita semua boleh mati la!" . Rapmon sudah emosi .

[DONT RUN OR YOU WILL DIE! ] Sekali lagi ayat yang sama dituliskan di lantai pula menggunakan darah .

"J-jom t-amatkan permainan". Bomi melangkah dengan lemah.

"Shireo!! aku taknak main dah game gila tu!!!". Bentak Wonwoo.

//Zzzzaasss!!!// Perut Wonwoo ditetak dengan kapak .

"Aaaarrrgghhh!!!! ".Semua orang menjerit apabila Wonwoo terus jatuh terduduk dengan darah banyak keluar dari perut dan mulutnya.

"Andwae Wonwoo ya!!". Hyuna terus memeluk Wonwoo.

"Kau siapa hah!!! keluar la!!! apa kau nak dari kami!!!!". Jerkah Rapmon .

[TALK BACK YOU DEAD] Tulisan ini tertulis di tepi Wonwoo .

"Wonwoo yaa bangun la!!!!". Hyuna menepuk pipi Wonwoo.

"Hyuna...Wonwoo dah takde". Hwe Ji memeluk Hyuna.

[FINISH THE GAME] Ayat ini tertulis di tapak tangan mereka seperti tatu .

"Bwoyah!! tak boleh padam laa!!!". Seohyun menyapu tapak tangannya di lantai sehingga berdarah tapak tangannya.

"Yahh Seohyun! sudah la tu!!". Sehun memegang tngan Seohyun.

"Arraso! kami akan tamatkan game! tapi jangan sakiti sesiapa di antara kami!!". Kata Moobin dengan kuat.

[GAME START ] Perkataan ini tertulis di kedua belah pipi Yura.

"Yah Yura! pipi kau!". Hweji menunjuk pada pipi Yura yang tertulis 'Game Start' dengan menggunakan darah .

"K-kenapa korang?". Yura menyentuh perlahan pipinya.

"Tatu...". Kata Minhyuk yang masih terkejut.

"Korang..sini berkumpul cepat". Panggil Gikwang.

Mereka semua kembali duduk dalam bulatan,kini hanya tinggal 12 orang sahaja.

//Tttzzzzz// Tiba-tiba terdapat bulatan mengelilingi mereka .

"Apa ni korang?". Hweji menyentuh bulatan itu .

"Argh!!! panas!!!!". Hweji menarik tangannya semula .

[JANGAN KELUAR DARI BULATAN..ATAU KAU AKAN MATI!!] Perkataan ini tertulis di tengah-tengah bulatan.

"Please save me god". Bomi sudah memejamkan matanya meminta doa dan memohon bantuan dari sesiapa untuk selamatkan mereka.

-BERSAMBUNG-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience