Chapter 4

Fanfiction - KPOP Completed 1395

Semua orang keletihan .Hweji sudah mengantuk,disebabkan permainan belum selesai ,rasa ngantuk itu ditolak ke tepi dan fokus pada soalan yang ditanya.Kini tibanya giliran Hweji untuk menjawab pertanyaan.Makhluk itu bertinggung di hadapan Hweji sambil memegang segelung rantai besar.

"Tolong aku k-korang...".Hweji sudah menangis apabila makhluk itu menyentuh pipi nya menggunakan kuku nya yang panjang.

"Yah!! jangan sentuh dia la!!!". Marah Rapmon pada makhluk itu .

Tiba-tiba datang bebrapa bekas yang berisi dengan jari manusia di hadapan Hweji.

"DALAM BEKAS TU ...ADAKAH TU JARI SAHABAT KAU YANG MATI ?". Makhluk itu tergelak jahat apabila mereka memaparkan reaksi terkejut.

"Takkan lah ...". Jiyeon yang duduk di sebelah Hweji juga berasa nak muntah lihat jari-jari dalam bekas itu .

Semua orang mengalih pandangan memandang mayat Jb,Wonwoo,Hyuna,Yura dan Sehun.Tidak ada sesiapa yang mati menghadap mereka,jadi agak susah untuk melihat sama ada jari-jari itu milik mereka atau sebaliknya.

[2 MINIT DARI SEKARANG] Makhluk itu menggulung rantai yang dipegang di tangannya .

"Macam mana ni!!!!". Hweji memejamkan matanya menerima nasib .

"Maaf Hweji ..kitorang tak dapat bantu kau". Bomi sudah menangis teresak-esak .
. .
. .
"Cikgu,cikgu kena tidur,cikgu tak boleh stress macam ni ". Kata Seungyeon ,salah seorang pelajar dari kumpulan 2.

"Macam mana cikgu nak tenang Seung yaa...Kawan-kawan kamu semua tak sampai di tapak perkhemahan lagi time-time macam ni ".Hannah seonsaengnim memegang dadanya yang tiba-tiba terasa sebak.

"Gwenchana,saya pasti mereka tak apa-apa.Esok kalau mereka tak datang juga kita akan buat laporan polis ye?".Sukjin seonsaengnim memujuk.

Hannah seonsaengnim hanya mengangguk walaupun kata-kata Sukjin seonsaengnim tidak memberi sebarang ketenangan padanya .

"Gwenchana cikgu,saya yakin mereka tak apa-apa". Seungyeon memeluk bahu Hannah seonsaengnim.Para cikgu lain juga semua risau akan pelajar mereka yang masih tidak pulang ke tapak perkhemahan.
. .
. "Ya,itu jari kawan-kawan aku". Hweji terus mengangguk apabila ternampak satu jari yang ada cincin pemberiannya sebagai tanda persahabatan.Pemilik jari itu ialah Yura.

"BAGUS...". Makhluk itu mengalih pandangan memandang Bomi pula.

[FINAL ROUND BEGIN] Kata makhluk itu sambil tersenyum.

[KAU..PERNAH MENYIMPAN DENDAM DENGAN SALAH SORANG KAWAN KAU DEKAT SINI KAN?KAU PERNAH ..MEMBUAT PERCUBAAN UNTUK BUNUH DIA TETAPI KAU TIDAK BERJAYA...BETUL KAH?] Makhluk itu menjelirkan lidahnya yang panjang sehingga menyentuh pipi Bomi.

"Apa maksud kau ha setan!!!!".Jerit Bomi .

"Apa yang dia cakap kan....Bomi...". Jiyeon pernah terancam oleh seseorang yang tidak dikenalinya .Seseorang itu pernah cuba untuk melanggarnya dengan kereta,tetapi nasib lah ketika itu Wonwoo membantunya.

"Aku tak tahu apa iblis ni cakapkan!". Bomi sudah menangis teresak-esak.

[1 MINIT LEFT] Makhluk itu masih bermain rantai besar di tangannya.

"Bomi,ingat betul-betul apa benar kau pernah buat macam tu ..sekarang ni betul ke tak betul ke yang penting kau kena jujur untuk selamatkan diri kau".Kata Moobin yang duduk di sebelah Bomi.

"Tidak! aku tak pernah lakukan hal seperti itu!". Jerit Bomi .

//KRAKKK// Makhluk itu terus melilit rantai itu di leher Bomi sehingga Bomi tidak dapat bernafas.

"Bomi yah!!!!!". Semua orang menjerit memohon kepada makhluk itu berhenti dari terus menyakiti Bomi.

[DIA..PENIPU..AKU BENCI ORANG YANG...MENIPU] //ZIIIIIIIII// Tiba-tiba bunyi desingan di telinga mereka.Kuat sangat! .

"Arrrghhh!!!!!!geumanhae!!!!!". Jerit Rapmon sambil menutup telinganya.

Mayat Bomi juga bergelempangan dengan berbirat keunguan di lehernya.

"Andwae!!! Yoon Bomii!!!". Seohyun menolak bahu Bomi .

"Yah orang tua!!!!! lepaskan kami la!!!!". Jerkah Rapmon yang sudah hilang sabar .

"Kau menipu ..kau terima atas perbuatan kau..tiada dari seorang antara kau semua berkelakuan jujur ..kenapa perlu bermain permainan seperti itu di rumah ni? anak aku seorang yang jujur! disebabkan kejujuran dia juga dibunuh oleh seseorang! ya! aku yang bangkitkan roh anak aku untuk membalas dendam kepada manusia yang telah melakukan celaka kepala anak aku!!!!". Kini lelaki tua itu mengeluarkan kata-kata yang dipendamnya sejak awal mereka bermain permainan itu .

"Tapi bukan kami yang bunuh anak ahjussi!! Kami tidak bersalah!!!". Jerit Jiyeon pula.

"Aku tidak peduli!! aku benci orang yang menipu!! disebabkan mata aku yang buta orang memperbodohkan aku!!!". Jerit orang tua itu pula.

"Ahjussi jebal..lepaskan kami.Kawan kami sudah ramai mati,tolong jangan apa-apakan mereka lagi..biarlah mereka pergi ke syurga dengan aman! ". Moobin merapatkan tangan memohon kepada lelaki tua itu .

"Kawan-kawan kau memang patut dihukum!!". Orang tua itu terus bangun dari tempat duduknya dan melangkah anak tangga menuju ke tingkat atas .

"Korang ! mesti ada cara untuk hentikan semua ni!!". Hweji meronta untuk melepaskan ikatan di tangannya sehingga berdarah tngannya.

"Yahh Hweji! sudahlah! jangan meronta lagi, tangan kau dah cedera tu!!". Moobin memegang tangan Hweji.Walaupun tangan Moobin tidak diikat tetapi dia tidak dapat membantu membuka ikatan pada tangan kawannya kerana tali yang diikat di tangan mereka bagaikan laser ,jika disentuh boleh melecur tangan mereka .

[FINAL ROUND WILL END SOON! ] Makhluk itu menghilang seketika .

"B-bwoyah! mana dia pergi!!". Semua orang memandang sekeliling mencari makhluk itu .Tiada!!!! .

"Tolong selamatkan kami semua ". Seohyun berdoa dalam hati.

-BERSAMBUNG-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience