Chapter 3

Fanfiction - KPOP Completed 1395

Jam menunjukkan pukul 12 tengah malam.Mereka masih tidak dapat lepaskan diri dari makhluk yang menakutkan itu .

"Korang! kita kena fikir cara untuk lepaskan diri! tak mungkin tak ada caranya ..". Hweji sudah buntu apa yang harus dilakukannya. Kini tangan dan kaki mereka semua diikat kejap dalam bulatan itu.Tiada seorang pun yang boleh bergerak .

"ROUND 3 ...THE GAME WILL START WITH YOU.." .Makhluk itu melihat tepat ke dalam anak mata Sehun.

"A-apa? aku ?". Sehun sudah ketakutan .Tidak ada cara untuk melepaskan diri dari bermain permainan membawa maut ini .

Tiba-tiba beratus ekor lipan bara keluar dari mulut makhluk itu dan berjalan membentuk sebuah perkataan 'DEAD' di hadapan Sehun. Nafas Sehun sudah naik turun .Sehun fobia pada binatang yang mempunyai banyak kaki .

"S-sehun...kau ok ?".Tanya Seohyun di sebelahnya .

"K-kau n-nampak aku ok ke". Seluruh badan Sehun sudah menggeletar .

"ADAKAH JUMLAH LIPAN ITU SEBANYAK 500 EKOR? YA...ATAU TIDAK ?". Makhluk duduk bertinggung di hadapan Sehun dengan seekor lipan besar keluar dari mulutnya.

"D-de? 500...? tak mungkin aku boleh mengira lipan sebanyak ni ". Sehun sudah memejamkan matanya .Merelakan diri untuk dibunuh .

"Ya". Jawab Sehun sepatah .Rakan-rakannya yang lain semua juga menutup mata mereka.Tidak mahu melihat Sehun dibunuh atau sebaliknya .

"BETUL". Makhluk itu tersenyum lalu beralih berdiri di hadapan Moobin pula .Semua lipan tadi beredar dan masuk ke dalam mata,telinga dan mulut makhluk itu .

Tiba-tiba pula satu mangkuk besar yang dipenuhi dengan mata bergerak perlahan atas lantai dan berhenti di hadapan Moobin.

"DALAM MANGKUK NI .....SEMUA MATA MANUSIAKAH ?". Makhluk itu bermain satu per satu mata dalam mangkuk itu .

"T-tangan aku diikat.Tak mungkin aku boleh meneka adakah semua mata manusia dalam mangkuk tu! ". Moobin menjerit di hadapan makhluk itu.

//Pak// Tiba-tiba ikatan di tangan Moobin terbuka dengan sendiri .

"KAU ADA MASA SEMINIT UNTUK MENEKA MATA-MATA DI DALAM MANGKUK TU ". Makhluk itu duduk di hadapan Moobin .Tiba-tiba seekor ular berwarna merah keluar dari lubang lantai berdekatan dengan Moobin .Ular itu membelit tangan makhluk itu sambil memanggung kepala bersedia untuk mematuk Moobin jika jawapannya salah .

Moobin sudah memejam mata berdoa kepada tuhannya untuk bantu selamatkan dirinya . "Moobin minta maaf omma kalau Moobin selalu jadi anak tidak berguna pada omma ".Bisik Moobin dalam hati .Moobin perlahan-lahan mengaul mata dalam mangkuk itu .Tiba-tiba dia terjumpa satu mata pelik .Rupanya mata binatang juga dicampur ke dalam mangkuk itu .

"Jawapan aku tidak! ". Moobin jawab dengan yakin .

"NICE JOB.....". Makhluk itu tersenyum memandang Moobin,lalu mengalih badan dan duduk di hadapan Gikwang pula .

Kini segelas air pula bergerak atas lantai dan berhenti betul-betul di hadapan Gikwang .

"AIR NI ...ADAKAH AIR DARAH MANUSIA?". Makhluk itu tersenyum memandang Gikwang pula .

"Maldo andwae! macam mana aku nak beza tu darah manusia atau darah binatang". Gikwang sudah terkaku di kedudukannya .

"Jeballl jangan ada sesiapa terbunuh lagi..tolong lah ". Hara berdoa dalam hati .

"Dari segi warna darah itu kelihatan cair sangat-sangat .Tak mungkin itu darah manusia ".Bisik Gikwang dalam hati .

"Tidak! tu bukan darah manusia! ".Jawab Gikwang .

//Pap!!// Ular yang melilit tangan makhluk itu terus mematuk leher Gikwang .Hanya beberapa saat sahaja mulut Gikwang mengeluarkan buih dan badannya penuh dengan urat timbul.

"Aaaaarrrggghhh!!! Gikwang yah!!!!". Hara dan Moobin yang duduk di kiri kanan Gikwang terus menjerit apabila melihat keadaan Gikwang sebegitu .

"Tolong hentikan permainan ni ".Hara sudah menangis teresak-esak.

"Lepaskan kami la orang tua!!!!!". Jerit Sehun .

"Ahjussi jebal!! lepaskan kami!!". Seohyun memohon dan air matanya tanpa henti menuruni pipinya .

"Kau akan dilepas tepat pada pukul 7 pagi .Tetapi! terdapat banyak jalan menuju ke kawasan di mana kawasan kau tersesat masa tu ...pilih jalan yang betul atau kau akan terperangkap dalam hutan ni buat selamanya .Terdapat haiwan-haiwan berbisa di luar sana ...kau..takkan selamat pulang ke rumah ". Orang tua tidak tersenyum dan mengalih pandangannya memandang keluar tingkap .

Jiyeon merenung jam tangannya menunjukkan pukul 3 pagi .Masih lambat untuk mereka dilepaskan .Atau kemungkinan besar beberapa orang akan mati lagi sebelum mereka dilepaskan ..

-BERSAMBUNG-

(A/N; srs talk author gelak time type chapter ni sebab bnyk bnda x logik author letak dalam ni ...hope korg bole bayangkan ...)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience