Terkumat-kamit mulut Juliana mengira dan mengasingkan buku-buku yang bertimbun di atas kaunter. Buku-buku yang telah dipulangkan oleh segelintir pelajar yang datang berkunjung di perpustakaan itu. Buku-buku itu akan di susun kembali di rak buku.
Hari ini giliran Juliana bertugas di perpustakaan sekolah. Menyusun buku atau mengasingkan buku-buku yang telah di pulangkan oleh pelajar-pelajar tidaklah susah, hanya bila nak menyusunnya di rak itu yang mengambil masa. Tidak boleh main letak aje di mana suka, harus ikut label dan kod yang telah ditampal di kulit buku-buku tersebut.
Dia menjeling jam di tangan, baru jam 3.00 petang. Bermakne dia ada lagi 30 minit untuk menyusun semua buku yang bertimbun itu.
Alamak! Tinggal 30 minit. Sempat ke aku nak sudahkan semua ni? bisik Juliana perlahan.
Tiba-tiba wajah uzur Puan Kasmah yang terlantar di tilam terbayang-bayang di wajah. Dahi Juliana berkerut, semakin pantas tangannya menyusun buku-buku yang masih bertimbun di atas kaunter.
" Ehem! Assalamualaikum."
Suara orang berdehem dan memberi salam menghentikan tugasnya ketika itu. Sebuah keluhan dilepaskan. Macam biasa, bila dah kesuntukan masa pasti ada saja yang akan menyibuk datang bertanya atau pulangkan buku. Kenapalah tak boleh datang awal-awal tadi. Juliana merungut di dalam hati.
" Waalaikumussalam. Ya, boleh saya bantu?"
Tegas dan serius sahaja suara Juliana menyoal seorang pelajar lelaki yang kemas bertali leher. Sempat dikerlingnya tag nama yang tertera di kemeja warna putih ' Hasmudi '. Dialihkan semula pandangannya ke pelajar yang tercegat berdiri di kaunter.
Sah! Pelajar baru, langsung tak pernah nampak dia sebelum ni, tak tahulah kalau selama ni dia menyorok di mana-mana. Juliana tergelak di dalam hati. Reda sedikit keresahannya.
" Saya nak buat kad perpustakaan. Macam mana ya?"
Tenang semula wajah Juliana yang tegang sesaat tadi. Wajah Juliana tetap bersahaja tidal senyum dan tidak juga serius. Pantas tangannya menghulurkan sekeping kertas putih dan sebatang pen dakwat hitam.
" Isi dulu borang dan harga RM5 untuk proses kad perpustakaan. Jika ada gambar sila lampirkan sekali."
Padat dan ringkas sahaja Juliana memberikan penerangan. Memang itu tugasnya sejak setahun yang lalu. Jawatan yang dia sandang sebagai pembantu perpustakaan sekolah menengah Kampung Sri Bahagia. Juliana memang meminati bidang itu kerana dia sememangnya boleh dikategorikan sebagai ulat buku.
" Err... saya terlupa nak bawa gambar. Tak apa ke?" soal Hasmudi.
Suara Hasmudi seakan-akan berbisik, mungkin sedia maklum di perpustakaan tidak boleh buat bising. Borang yang diberi tadi langsung tidak fi cuit. Semakin bengang Juliana, mana taknya orang nak cepat dia pula datang melambat-lambatkan tugasnya. Eee... bengang betul! Juliana mendengus di dalam hati.
" Tak apa, lain kali boleh bagi. Isi dulu borang tu. Sebab lagi 20minit perpustakaan akan di tutup, Terima kasih."
Padat dan ringkas jawapan dan arahan dari mulut Juliana. Dia harus segera menyusun kesemua buku yang bertimbun di atas kaunter. Selagi tak selesai, dia tidak di benarkan pulang. Inilah lecehnya. Kenapa tak nak datang awal-awal! Juliana merungut di dalam hati lagi. Laju sahaja tangannya menyusun buku-buku itu.
" Err... kalau saya serahkan esok sekali boleh tak? Beserta dengan gambar."
Juliana menahan nafasnya. Perasaannya mula geram dan bosan dengan pelajar yang bernama Hasmudi. Kemudian dia melepaskan sebuah keluhan. Wajah Hasmudi di renungnya dengan wajah yang cukup serius. Sengaja memberi amaran, jangan ganggu kerja saya lagi boleh tak! Nak serah esok ke? Lusa ke? Tahun depan ke? Terpulang kat awak. Saya dah lambat ni, sekejap lagi perpustakaan akan ditutup. Saya nak kene susun kesemua buku yang bertimbun ni di atas rak sana tu. Saya harap awak faham tugas saya." keras suara Juliana tetapi masih di dalam keadaan yang terkawal. Kalau dia meninggikan suara nanti, dia pula yang kena denda. Bukan sikit-sikit pulak tu. RM1 setiap patah perkataan yang dikeluarkan. Undang-undang itu cukup berkesan. Kerana tidak ramai yang didenda setakat ini.
" Terima kasih. Er... maaf siapa nama awak ye? Saya Hasmudi pelajar Tingkatan 4, baru sahaja pindah ke kampung ni semalam. Panggil saya Rudy."
Aduhaii... ini kes apa pulak? Ada sesi perkenalan ke? Juliana semakin jengkel namun dia cube bertahan tidak mahu dikatakan sombong atau kurang budi bahasa. lagipun dia memang bukan tergolong dengan golongan yang di atas tu. Tetapi jika keadaan terdesak, dia akan menjadi golongan yang di atas tu.
" Ya, selamat datang ke Sekolah Menengah Kampung Sri Bahagia saudara Hasmudi. Saya mengalu-alukan kedatangan awak di sekolah ini dan jugak perpustakaan sekolah kami yang tak sebesar mana, namun buku-buku rujukan kat sini semuanya cukup. Terima kasih jugak kerana bertanya, nama saya Juliana, pelajar Tingkatan 3."
Juliana menarik nafas. lalu menyambung lagi, sebelum pelajar bernama Hasmudi mencelah dan mengajak dia berbual panjang.
"Dan untuk pengetahuan saudara Hasmudi saya sedang bertugas, 10minit lagi perpustakaan akan ditutup,jadi saya harus selesaikan tugas saya petang ini jugak sebelum perpustakaan tutup. Tugas awak hanyalah isi borang tu dan serahkan bila-bila masa sahaja di kaunter ini beserta dengan gambar sekali. sekian terima kasih."
Meluncur laju setiap baris ayat dari bibirnya. Juliana bercakap dengan nada geram, masih perlahan namun wajahnya sudah merah menahan marah.
Juliana terus mengangkat buku-buku yang bertimbun dan meninggalkan pelajar lelaki yang bernama Hasmudi itu. kalau dia nak kata aku sombong dan angkuh, silakan. Dia ada hak nak kata aku apa pun. Juliana sudah berdiri di tepi rak. Terbongkok-bongkok die menyusun buku-buku dengan nafas termengah-mengah. Bukan sedikit buku yang dikendong tadi. hampir sepuluh buah buku rujukan yang besar dan tebal. Minat punya pasal, dia tak pernah merungut.
" Biar saya tolong awak Haminah."
sekelip mata buku yang die tatang telah berpindah tangan. Eh! Tak pergi lagi rupanya die ni? Apa yang die nak dari aku? Nak jawatan sebagai ahli perpustakaan ke? silakan, masih banyak lagi jawatan kosong. Eee... geram betullah! ganggu kerja aku ajelah, dengus Juliana di dalam hati.
Share this novel