Rate

Bab 1

Short Story Series 1523

Nama yang cikgu panggil ni, sila berdiri." bergema- gema suara cikgu Lim, guru disiplin merangkap cikgu mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris di tingkatan 3Bestari. mencerlang biji mata cikgu itu memandang anak muridnya yang selalu buat masalah.

Juliana menelan air liur dengan payah. Tubuhnya menggeletar, mukanya panas menahan malu. Dia tahu apa nasibnya sebentar lagi.

" Yuna! Lagi-lagi nama awak sahaja yang dipaggil. Bila awak nak bayar duit buku? Bukan banyak mana pun cuma Rm18.Takkan semuanya nak minta simpati daripada saya? Dah banyak kali saya bantu awak. Yuran dan buku semuanya pihak sekolah dah beri bantuan. Takkanlah duit buku latihan yang sikit tu awak tak boleh jelaskan? "

Suara cikgu Lim bergema lagi di dalam ruang bilik darjah yang senyap dan sepi. semua pelajar memang takut dan hormatkan cikgu Lim yang bengis dan serius orangnya.

" Err.. cikgu... sa... sa... " Juliana tergagap-gagap. Renungan tajam cikgu Lim menusuk jauh ke dalam anak matanya. Dia tertunduk. Air mata mula bertakung. Sebenarnya dia tiada jawapan bagi soalan yang diajukan kepada dirinya, mana mungkin dia dapat menyediakan duit sebanyak Rm18 dalam waktu terdekat ini. Wajah tua ayah berlegar-legar di ruangan mata. Akhirnya air mata menitis jua.

" Sekarang berdiri di luar kelas! Sampai habis waktu cikgu mengajar. cikgu tak gemar ada pelajar yang melambat-lambatkan bayaran. Setiap tahun nama awak sahaja yang akan disebut. Pelajar-pelajar lain jangan ikut seperti Yuna, langsung tidak bertanggungjawab! faham semua?"

" Faham!!!" semua pelajar menyahut serentak.

Juliana menerima hukuman. Dia terpaksa berjemur di tengah panas terik. Tiada sesiapa pun yang datang membantu, dia diejek oleh teman-temannya. Juliana hanya mampu menangis di tengah panas terik.

" Eee... tak malu! setiap hari kene jemur luar kelas! buat malu kelas 3 bestari aje!"

" Dah la miskin! menyusahkan orang lain aje!"

Idah dan Mila mengutuk dan mencebikkan bibirnya ke arah Juliana yang baru sahaja duduk di tempatnya,setelah berjemur di luar kelas.Dia hanya tunduk.Mengumpul buku-buku di atas meja lalu di masukkan ke dalam beg kain yang buruk dan lusuh warnanya.

Air mata bertakung lagi di tubir mata.Memang die miskin,memang dia tidak berharta tetapi kenapa dirinya asyik dihina dan dicaci oleh teman-teman sekelas? Bukan itu kehendaknya. Kalau dia mampu,sudah tentu dia tidak akan melewat-lewatkan bayaran buku latihan cikgu Lim. Masalahnya die serbe kekurangan . Juliana menangis di dalam hati.

"Hei Yuna, daripada kau asyik dijemur setiap hari di luar sana tu, lebih baik kau berhenti sekolah aje.Tolong bapak kau tebas hutan.Tak menyusahkan kami semua dalam kelas ni,tahu tak! ini kelas bijak bistari bukan kelas untuk anak orang miskin macam kau! tak sedar diri.kalau dah tak mampu tu, duduk ajelah kat rumah tolong mak bapak!"

Mila bercekak pinggang di tepi meja Juliana. Bibirnya tercebik-cebik. semakin galak menghina dan mencaci Juliana yang diam membisu. air matanya menitis di pipi. kata-kata penghinaan dati Mila bukan pertama kali dilemparkan kepadanya. Malah setiap kali dia melangkah kaki ke dalam kelas 3 Bestari . apa yang mampu Juliana lakukan hanyalah diam dan bersabar sahaja.

" kau kene tahu Ila, orang miskin macam Yuna ni memang tak sedar diri. Takkan dia nak duduk di pondok buruk yang dah nak rebah ke tanah tu. itu pasal lah dia datang ke sekolah setiap hari. Maklumlah jakun tak pernah jejakkan kaki di atas lantai batu dan berbumbungkan gentung. Lagak macam orang kaya tapi habuk pun tak ada."

Idah ketawa sinis. Jari telunjuknya diacah-acahkan ke muka Juliana, seolah-olah mahu ditunjul wajah sugul yang sedang berendam dengan air mata.

" Memang aku miskin, tak berharta, rumah aku pun umpama pondok buruk. Tapi aku datang ke sekolah kerana nak belajar, menimba ilmu sama seperti semua orang. Aku nak ubah nasib keluarga aku, salah ke aku Idah? Ila?" jawab Juliana.

Tidak tertahan lagi dia mendengar caci maki Idah dan Mila yang semakin galak menghina dirinya. Juliana menangis teresak-esak, air mata semakin deras mengalir di pipinya.

" Ubah nasib keluarga konon. Duit buku latihan RM18 pun tak mampu bayar. Nak ubah nasib. Eleh! Janganlah kau nak beri alasan Yuna. Aku tahu kau ke sekolah sebab nak tarik perhatian dan simpati dari cikgu-cikgu, kan? Kau suka bila cikgu-cikgu selalu sedekahkan kau kain baju buruk. Duitlah,apalah dan macam-macam lagi. Jadi kau tak payahlah susah-susah nak kerja. Dasar peminta sedekah. Huh!"

Mila menolak bahu Juliana. Kebenciannya terhadap Juliana semakin meluap-luap. Apa taknya, cikgu selalu sahaja memuji dan menjadikan Juliana contoh kepada mereka semua. Kononnya, walaupun Juliana orang miskin tetapi pelajarannya cemerlang. Menyampah! Dengus Mila di dalam hati.

" Sumpah! aku tak pernah ade niat seperti yang kau cakapkan tu Ila. Aku tak pernah meraih simpati daripada sesiapa pun."

Juliana membetulkan keadaan sebenar. Memang selama ini dia tidak pernah meminta simpati dari sesiapa pun, baik cikgu-cikgu di sekolah atau orang-orang kampung. Mereka semua yang bermurah hati nak sedekahkan kepada dia.

Bahu Juliana terhinggut-hinggut menahan esakan. Pilu hatinya, kalau ikutkan hati, mahu sahaja die berhenti sekolah dan bantu Encik Bashir dan Puan Kasmah. Namun hajatnya itu ditolak keras oleh mereka.

" Sumpah! sumpah! Menyampah betul aku tengok muka selenga kau ni, Yuna. Pandai betul kau buat muke sedih ya. Dahla Ila, jom kita blah! Lagi lama aku menghadap muka si miskin ni, lagi suwei hidup aku. Mudah-mudahan termakanlah sumpah kau tu Yuna. Padan dengan muka kau," dengus Idah kasar sambil menarik lengan Mila agar beredar dari situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience