" Assalamualaikum!" Sarina memberi salam sambil tangannya pantas menolak tubuh Juliana yang terkial-kial sambil mengusap dadanya yang dilitupi tudung berwarna merah jambu yang sudah lusuh warnanya.
Sarina masih ingat tudung sekolah yang Juliana pakai itu, belum pernah di ganti memenjak mereka berdua masuk ke sekolah menengah. Kasutnya juga sudah koyak dan berburas. perasaan sayu ditepisnya serta merta.
" Tak jawab eak salam aku . Berdosa tau."
Sarina terus melabuhkan punggungnya di sebelah Juliana yang sugul sahaja wajahnya. Buku yang bertimbun di atas riba Juliana diambil satu . Dibelek-belek sambil bibirnya mencebik.
" Waalaikumussalam . Nak beri salam pun ada caranya Ina bukan main terjah aje macam ni. Boleh kena sakit jantung , tau! Bukan sekali dua kau buat macam ni. Dah beribu kali ."
" Aik? selamani kau kira berapa kali aku sergah kau ke? He....he.... kau macam tak kenal dengan aku ni, tak sah kalau aku tak terperanjatkan kau dalam sehari. Kau tak akan jumpa dua orang yang sama macam aku di dunia yang fana ni."
Sarinah ketawa lagi. kali ni lebih kuat dan nyaring. Tangan pantas mencapai sebuah lagi buku yang ada di atas riba Juliana. Lalu dibelek-beleknya.
" Ada-ada ajelah kau ni, Ina. Bak sini buku aku tu. Kau belek-belek aje, bukan nak bace pun."
Juliana merampas buku di dalam genggaman Sarinah. Geram bukan dibacanya pun, hanya di belek-belek dari tadi dengan bibir mencebik. Geram betul! Juliana merengus di dalam hati.
Juliana memeluk erat buku-buku cerita itu ke dada, bimbang akan dirampas oleh Sarinah yang selalu mengusiknya itu. Aku sibuk memikirkan macam mana nak cari duit untuk bayar duit buku latihan, dia datang mengacau! Rungut Juliana di dalam hati.
" Kau ni kenapa Yuna? murung aje, ada masalah ke? cakaplah dengan aku."
Sarinah merenung tepat ke wajah Juliana yang sugul itu. Dahi Juliana pula berkerut seperti memikirkan sesuatu namun buku-buku itu masih di dada Juliana. Nak tergelak pun ada. Akhirnya dia hanya tersenyum dan menggeleng-geleng. Itu sahaja yang mampu lakukan setakat ini.
" Tak ada apa-apalah. Terima kasih kerana ambil berat."
Juliana sudah berdiri untuk pergi dari situ. Dia perlu bersendirian, fikirannya bercelaru bagaimana nak selesaikan masalah yang satu itu. Wajah bengis cikgu Lim berlegar-legar di ruang mata. Begitu juga suara garang cikgu Lim bergema-gema di gegendang telinga. Juliana melepaskan sebuah keluhan yang amat berat.
" Amboi sombongnya! Aku ni ambik berat tentang kau, Yuna. Kalau bukan aku, siapa lagi yang nak kisahkan kau Yuna," ujar Sarinah.
" Suka hati kaulah Inah, nak cakap apa pun. Aku bukan sombong. Tapi aku tengah runsing, aku harap kau faham keadaan aku sekarang ini."
Juliana sudah berlari menuju ke Blok B di mana perpustakaan terletak di situ. Lebih lama dia duduk dengan Sarinah, lebih sarat dan berserabut kepalanya mendengar celoteh Sarinah yang tidak pernah jemu bercakap tanpa henti.
" Yuna! Tunggulah aku!"
Sarinah cepat-cepat berlari mendapatkan Juliana yang sudah menonong meninggalkan dia, duduk di bangku batu. cepat-cepat dia menarik lengan Juliana. Bertaburan buku-buku di atas jalan raya. Sarinah tergemam. Mulutnya melopong merenung buku-buku yang bertaburan. Confirm Juliana akan menjerit sekejap lagi!
" Kutip! Baik kau kutip sekarang! sebelum aku naik hantu!"
" Ya! Ya! Aku kutip sekarang jugak."
Hah! kan betul aku cakap, Juliana akan menjerit macam nak pecah gegendang telinga aku! Getus Sarinah di dalam hati. Tergopoh-gapah Sarinah mengutip buku-buku yang bersepah. Sambil mengutip buku-buku itu, sempat juga dia mengeja salah sebuah buku yang tidak pernah dia lihat sebelum ini. Dia mula membaca di dalam hati.
" Bak! Sini!"
buku itu bertukar tangan. Juliana lebih pantas merampas buku itu daripada tangan Sarinah. Mujur dia sempat membaca tajuk buku itu.
" Huih... garangnya! baca buku " Ibu Tiri " patutlah garang semacam! He...he..he..."
Sarinah tersengih macam kerang busuk. Kalau ikutkan hati, hendak sahaja dia ketawa berdekah-dekah tapi tak sampai hati bila melihat wajah Juliana semakin serius dan keruh sahaja air mukanya. Tak pasal-pasal pulak nanti giginya bertaburan di jalan raya kene libas dengan buku-buku yang Juliana pegang.
" Aku boleh jadi lebih ganas dari watak 'Ibu Tiri' yang ada dalam buku ni tahu tak! Kau nak tengok ke? kalau nak, meh! Aku tunjukkan sebabak dua."
Juliana menghalakan penumbuknya ke muka Sarinah yang masih tersengih macam kerang busuk. Nak ketawa pun ada, nak bagi penumbuk sekali pun ada . Sarinah memang nakal! Juliana menggeleng-geleng .
" Sorry! Sorry! janganlah marah Yuna. Aku bergurau je tadi tu. Aku tengok semenjak kebelakangan ni kau macam ada masalah aje. Apa masalah kau Yuna? Atau kau terikut-ikut watak dalam buku cerita dongeng kau tu? Tak bagus jugak terpengaruh membaca buku dongeng. Emosi tak stabil."
Sarinah menggeleng-geleng. Dahinya berkerut, taklah serunsing mana pun, cume pura-pura risau. Juliana agak pendiam dan lebih senang bersendirian. Kenapa ya? Itu yang sering membuatkan mindanya tertanya-tanya dek perubahan drastik Juliana. Takkan datang bulan? Hampir dua bulan berturut-turut dah Juliana berkelakuan macam tu. Pelik betullah!
" Masalah aku cuma satu sahaja, kau nak tahu tak?"
Juliana merenung tepat ke wajah Sarinah yang nampak beria-ria ingin tahu. Dan dia masih lagi control serius, sekejap lagi dia akan ajar Sarinah yang nakal sering mengusiknya.
" Cakaplah, aku sedia bantu jika aku mampu. Kita kan sahabag dunia akhirat. Mana nak jumpa kawan macam aku ni, prihatin tak ada hadnya He...he..he... betul tak?"
" Tak betul. Masalah aku cuna satu sahaja. Kaulah masalah aku sekarang ni tahu tak. Tadi sebelum kau sergah aku, aku okey je. Emosi langsung tak terganggu tetapi sekarang tak lagi."
Juliana sengaja menunjukkan riak wajahnya yang serius dan suaranya juga dikeraskan. Sengaja nak sakitkan hati Sarinah baru padan muka dia, suka benar kacau orang! nakal!
" Oh... jadi aku ni ganggu hidup kaulah selamani?
" Bukan selamani, tetapi baru sekejap aje tadi. He...he...he...
Juliana tergelak manje. Dia tahu antara dia dan Sarinah tidak mungkin bertengkar atau tidak bertegur sape. Mereka ini umpama adik-beradik kembar. Hampir 15 tahun mereka berkawan dan berjiran. Bermain dan berkongsi apa sahaja cerita. Mustahil hal remeh macam tadi tu boleh menyebabkan hubungan mereka berdua retak dan bermusuhan. Tidak mungkin terjadi. Untuk sesaat hilang kerisauan yang melanda dirinya.
" Sebab itu aku sayang kau, Yuna. kau nakal dan comel! cuma aku comel lebih sikit dari kau."
" Sudah! Layan kau seharian pun takkan habis. Aku nak ke perpustakaan. Kau kata nak kemas dewan? Nanti cikgu Leha cari kau pulak."
Juliana menapak perlahan-lahan. Dikerling dengan anak mata, cube membaca riak wajah Sarinah yang sudah bertukar dari menyengih ke muka masam. Mestilah bengang sebab sekejap lagi cikgu Leha akan membebel.
" Hmmm... boring betullah. Ingat muka aku ni muka dewan ke? Asyik aku je kene kemas dewan. Silap tu, kita ke sekolah untuk timba ilmu. Bukan tolong kemas dewan sekolah, sapu sampah, buang sampah? kenapa tak ada yang berani cakap," bebel Sarinah lagi.
" Ha...ha..ha... sudah jangan nak bebel lagi, baik kau pergi kemas dewan tu. Aku kene bertugas di perpustakaan. Kita balik sama-sama okey. Jangan lambat tau! jumpa nanti."
Juliana pantas mengatur langkah. Kalau hadap muka Sarinah lebih lama lagi, alamatnya semakin bertimbun bebelannya. Juliana tergelak sendiri, Sarinah memang baik, ramah dan suka bergurau. Kerana Sarinah la, dia masih mampu tersenyum dan ketawa, gundahnya di dalam hati.
Hanya ALLAH S.W.T. sahaja yang tahu. Buku-buku di dalam gendongannya digenggam erat, umpama dia menggenggam sebuah cerita tentang dirinya kerana segala yang ada di dalam buku dongeng yang sering ditertawakan Sarinah dan juga teman-temannya yang lain ada kaitan dengan dirinya secara tidak langsung.
Bagaimana mencari duit untuk membayar duit buku latihan cikgu Lim? sambil menapak ke perpustakaan Juliana mula mencari jalan.
Share this novel