Rate

BAB 5

Romance Completed 2084

‘Izwan thu Izwan byk kkurgn, tp pe yg kta dh kgsi slma ni xde mkna lgsung k Rara ? Smp ati Rara wat Izwan mcm ni.’

‘Izwan cuma nk pnjelasan. Kalau btul Rara dh xsyg Izwan, tlg jelaskn spy Izwan dpt move on dgn hdup Izwan.’

Sepi. Tiada balasan. Izwan menarik nafas panjang. Kekecewaan terasa mendakap erat sekujur tubuhnya.

‘Rara, kalau betul ni yang Rara nak. Izwan tak boleh nak halang. Izwan sayang Rara, sayang sangat-sangat. Izwan kecewa sangat bila Rara buat Izwan macam ni.

Tapi, kalau betul Rara akan lebih bahagia dengan dia, Rara teruskanlah hidup Rara dengan dia.

Izwan takkan ganggu Rara lagi. Izwan harap Rara bahagia. Terima kasih untuk semua kenangan yang Rara bagi. Izwan akan kenang sampai bila-bila.

Selamat tinggal, sayang. Semoga Rara berbahagia.’

Izwan menyeka air mata yang mengalir laju di pipi. Gambar kenangannya bersama Rara ditatap dengan mata yang dikaburi air mata.

Senyumannya dan senyuman Rara yang terpapar di gambar itu terasa merobek-robek hati.

Kata-kata yang diucapkan kepada gambar itu mahu dijadikan ucapan selamat tinggal kepada Rara dan juga untuk membebaskan dirinya daripada terus dibebani kekecewaan yang tak berpenghujung.

Pilu di dada tidak terucap. Sungguh hatinya masih sayang kepada gadis itu, sungguh dia tidak sanggup kehilangan Rara, tapi dia sudah membuat keputusan.

Jika benar perpisahan akan membuatkan gadis kesayangannya itu mengecap bahagia, dia akan relakan segalanya.

Biarlah dia yang kecewa, biarlah dia yang makan hati, biarlah dia yang merana. Asalkan Rara nya berbahagia walaupun bukan dengan dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience