Rate

BAB 3

Romance Completed 2084

‘Amboi, anak ummi ni dah pandai renung langit, tengok bintang, ada apa-apa ke yang ummi tak tahu?’

Izwan tersenyum kelat. Kalaulah ummi tahu…

‘Tak adalah, ummi. Saja Izwan tengok langit. Menikmati keindahan ciptaan Tuhan.’

Ummi tergelak. Berpuitis pula anak sulung ummi malam ini. Ditepuk lembut bahu Izwan.

Walaupun mulut anak itu tidak terbuka untuk meluahkan rasa hati, ummi dapat merasakan bahawa ada sesuatu yang disembunyikan oleh Izwan.

Izwan seperti sedang kecewa dan ummi tahu naluri ummi benar apabila melihat ada air mata yang bertakung di mata anak itu.

‘Ummi… ummi cakap kalau kita setia akan dibalas setia. Ummi cakap jangan pernah mainkan perasaan perempuan. Tapi, ummi…’

Bergetar suara Izwan meluahkan rasa hati. Izwan menarik nafas panjang. Air mata yang mahu mengalir ditahan kejap.

Dia tidak mahu kelihatan lemah di depan ummi. Dia anak lelaki sulung ummi, tak sepatutnya dia menunjukkan kelemahan di depan ummi.

‘Tapi, kenapa bila Izwan dah setia dan sayang dia, dia sanggup kecewakan Izwan, ummi? Kenapa dia sanggup curang? Apa kurangnya Izwan, ummi? Dan apa lebihnya lelaki tu?’

Ummi menarik Izwan ke dalam pelukan seorang ibu. Diusap-usap belakang Izwan sambil berharap agar duka di hati anak terunanya itu sedikit terubat dengan sentuhannya.

Ummi berharap agar Izwan dapat merasakan kasih ummi yang tidak pernah putus untuk anak-anak ummi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience