Rate

BAB 4

Romance Completed 2084

‘Izwan, apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kalau dia tak hargai kasih sayang dan cinta anak ummi ni, satu hari nanti akan ada perempuan lain yang akan hargai semua tu.

Izwan tak boleh lemah. Izwan kena kuat. Ummi tahu anak ummi ni lelaki yang kuat.’

Izwan meletakkan dagunya di atas bahu ummi. Tubuh ummi dipeluk kejap dengan harapan agar duka di hatinya berkurangan dengan mesra kasih sayang ummi.

Dipejam matanya dan keajaiban kasih sayang dan sentuhan ummi terasa meresap dalam dada.

Kata-kata ummi terasa mendamaikan sedikit jiwanya yang merusuh. Dia mahu percaya bahawa di luar sana, akan ada perempuan lain yang akan menghargai cinta, kasih sayang dan setianya.

Dia mahu percaya bahawa kata-kata ummi akan jadi kenyataan pada saat yang telah ditakdirkan.

Izwan tidak malu lagi untuk menangis di bahu ummi. Air mata dibiarkan mengalir laju dengan harapan reda sedikit duka dan pilu di hati.

Dalam diam, ummi turut menitiskan air mata. Dalam hati ummi mendoakan Izwan akan selalu kuat untuk meneruskan hidup.

Doa ummi agar akan ada perempuan lain hadir dalam hidup Izwan dan membahagiakan anak itu.

Untuk kesekian kalinya Izwan merenung skrin telefon pintarnya. Berpuluh-puluh panggilan telefon yang dibuat langsung tidak bersambut. Rara tetap tegar mendiamkan diri.

Lalu, dibuka pula aplikasi Whatsapp. Mesej-mesej ringkasnya langsung tidak mendapat balasan walaupun gadis itu ternyata sedang ‘online’.

‘Rara syg, knp syg sgup buat Izwan mcm ni? Hub kta x bmkna lgsung k bg Rara ? Pls come back to me, syg. I miss u.’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience