"Awak nak ape jumpe saye?" soal Syahira. "Sya, sekarang ni saye terpaksa jugak berterus terang dengan awak. Actually, I LOVE YOU SO MUCH!" ucal Hafiz. "Awak ni jangan main-main tau. Puteri tu mak ayah die kaye. Bile bile mase je die orang boleh saman saye. Humban saye dalam lokap".
"Betul la Sya. Buat ape saye nak tipu. Saye tak takut pon dengan Puteri tu". "Awak memang la tak takut. Eh tu abang awak kan?". Hafiz menoleh ke belakang.
"Ha Fiz. Ape cite?" soal Haikal. "Along, kite cakap dekat sane. Sya, awak tunggu sini dulu ye". Syahira mengangguk.
Semasa Hafiz dan Haikal leka berbual, datang seorang lelaki di meja Syahira.
"Hai, ape khabar?" sapa lelaki itu. "Hai, kau sape?". Syahira memandang Hafiz dan Haikal tetapi mereka tidak nampak. "Saye la bakal suami awak" ujar lelaki itu. "Eh sape nak kawin dengan kau. Cube kau bagitau aku, siape name aku?" cabar Syahira. "Syahira, right?". Syahira bengang. 'Dari mane die tau name aku. Sedangkan aku tak kenal die pon'.
"Sya, jom balik. Eh siape die ni?" soal Hafiz tiba-tiba. "Saye pon tak tau". "Hmm, tak pe la kalau macam tu. Jom kite balik" Hafiz berjabat tangan dengan lelaki itu sebelum beredar.
'Macam mane aku nak bagitau Hafiz ek? Aku tak nak die termasuk dalam jerat Puteri. Lelaki baik macam tu pon, Puteri sanggup nak hancurkan mase depan die' bisik lelaki itu. Dia berjalan keluar menuju ke motornya.
"Sya, mummy saye nak jumpe awak" beritahu Hafiz. Mata Syahira membulat. "Kenape? Ni semue salah awak. Kalau awak tak asyik nak ajak saye kelaur je, mummy awak takkan marah saye. Tinggal tiga minggu je lagi awak nak jadi suami orang" Syahira gelojoh. Hafiz ketawa kecil melihat gelagat si manis itu.
"Bukan mummy saye nak marah awak, ikut je saye jumpe die, okey?". "Tapu kalau sesuatu yang buruk jadi dekat saye, siap awak!" ugut Syahira. Hafiz teruskan memandu.
*****
"Mummy...." panggil Hafiz perlahan. Datin Maimunah mendongakkan kepalanya. Mukanya tersenyum lebar penuh kegembiraan. "Sya, masuk sayang" pelawa Datin Maimunah. Syahira duduk di birai katil.
"Datin sihat?" soal Syahira dengan nada perlahan seperti ketakutan. "Alhamdulillah. Sebab mummy sihat la, mummy ade dekat rumah". Syahira senyum dan mengangguk.
"Sya, mummy nak mintak maaf. Mummy tau mummy banyam sangat dosa dengan Sya, Hafiz sebab halang percintaan korang berdua". "Tak Datin. Datin tak salah pon" Syahira mengesat air mata Datin Maimunah. Mereka saling berpelukan.
****
"Ni keje baru korang. Kau Nazrul, aku nak kau heret Syahira hidup-hidup jumpe aku. Lepas tu, baru kite bakar die" Puteri bersuara puas hati dan bergelak tawa dengan orang-orangnya kecuali Nazrul.
"Dah ape lagi? Pegi la buat kerje! Malam ni aku tau, kite berpesta!" sorak Puteri.
"Aku kene report polis sekarang. Biarla aku kene humban dalam lokap, yang penting kawan aku takkan hilang orang yang dicintai dalam keadaan terseksa" bicara Nazrul seorang diri selepas dia sampai di depan balas polis.
"Ye encik. Boleh saye bantu?" soal salah seorang polis di situ. Nazrul menceritakan hal sebenar dia datang ke situ. Dia memberikan alamat di mana tempat Puteri membuat 'kerje'.
"Encik terime kasih atas laporan dan kerjasama encik. Kami hargai jasa encik" ucap polis itu. "Encik, saye tak kene masuk lokap ke?" soal Nazrul selamba. "Kenape saye nak humban encik dalam lokap?". "Saye pon pernah terlibat dengan kumpulan ni. Dan saye jugak pernah buat keje-keje macam tu" jujur Nazrul. "Sekarang ni kes masih dalam siasatan. Kalau jenayah yang encik buat tu berat, baru kami ambil tindakan. Bergantung kepada hasil siasatan yang kite jumpe". Nazrul mengangguk.
Share this novel