Bab 12

Romance Completed 10095

"Boss, semue dah ready. Bile nak mule?" soal Fakrullah. "Sekarang pon kite boleh mule. Now!" arah Puteri. Fakrullah dan rakan-rakannya memulakan misi utama iaitu langgar Syahira sampai mati!

"Sya!!!!" jerit satu suara dengan begitu kuat. Syahira terjatuh di bahu jalan. Dia bangun dengan perlahan akibat badannya yang sakit itu. "Hafiz! Hafiz bangun, Fiz. Tolong! Tolong! Tolong!" jerit Syahira. Dia menggoncang badan Hafiz. Hafiz tidak sedar. Darah keluar di kepalanya dengan begitu banyak. Ramai orang yang membantu.

****

"Aku suruh kau langgar betina tu, sial! Yang kau langgar future husband aku tu kenape!" tengking Puteri. "Boss kite orang tak sengaja. Mase plan memang dah baik. Tapi....". "Tapi ape!" Puteri memotong kata-kata Hariss. Mereka semua terdiam. Puteri berlalu pergi meninggalkan mereka.

"Hello kak ngah. Abang Hafiz macam mane?" soal Puteri. "Macam tu la". "Kejap lagi Puteri sampai". "Kau tak payah datang la! Buat semak kepala otak aku je!" marah Haiza. Puteri terkedu. 'Alamak, kak ngah dah tau ke? Aargghhh mati la aku macam ni! Ish, tak mungkin la. Aku mane ade dekat situ' bisik hatinya.

"Kak ngah!" panggilan sudah ditamatkan oleh Haiza. Puteri menghempas telefonnya di tempat duduk sebelahnya dengan kuat.

****

"Sya, Hafiz macam mane?" soal Datin Maimunah. Syahira terus memeluk Datin Maimunah dengan erat. "Datin, maafkan saye. Ni semue salah saye!". "Tak, Sya. Ini semue dah tertulis. Sya kene kuat ye, sayang".

"Aunty..." Puteri mengeluarkan air mata dengan banyak. "Abang Hafiz macam mane?". "Macam tu la. Doktor belum bagitau ape-ape lagi".

"Cik Syahira. Awak dah boleh masuk" arah jururawat perempuan yang membantu doktor yang merawat Hafiz. "Tak pe nurse. Saye isteri die. Saye yang kene masuk dulu" Puteri terus menyambar pintu wad tersebut. Tidak sempat jururawat yang bernama Syawalia berkata apa-apa.

"Tak pelah Datin. Saye balik dulu" Syahira mengundurkan diri. Haikal, Qirana, Haiza, Firdaus dan Hadi sedih melihat keadaan Hafiz dan Syahira. Cinta mereka penuh cabaran.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience