'SHIMMY SHIMMY KOKOBOP' ringtone telefon Shariza berbunyi. Terpapar nama Iskandar di skrin telefonnya. Dia slide ke button hijau dan terus meletakkannya ke telinga.
"Shariza!!!' jerit Iskandar. "Woi kau ni kenape terjerit jerit?" marah Shariza. "Kau mane ni" soal Iskandar. "Aku kat rumah, apahal?" Shariza masih menggunakan bahasa ganasnya seperti dulu.
"Kau ni bahasa tu sopan sikit tak boleh ke?" tegur Iskandar. "Iyelah. Saye kat rumah ni, kenape ye ABANG Is?" Iskandar membulat matanya apabila terdengar kata-kata dari Shariza.
"Boleh ulang lagi sekali tak ayat yang belakang tu?" pinta Iskandar dengan ayat nakal. "Ish die ni. Aku saje je. Tak hingin aku nak panggil kau abang" bebel Shariza. Matanya dinaikkan ke atas seolah olah juling.
"Ni aku nak jumpe kau SEKARANG JUGAK!!!" jerit Iskandar dengan nada marah. 'Eh mamat ni. Gile ke ape? Asik nak menjerit je. Aku belum pekak lagi la!' rungut Shariza.
"Woi! Kau dengar tak aku cakap ape!". Telefon Shariza terpelanting. Cepat-cepat dia menangkapnya. "Yeye aku dengar. Nanti kau SMS kan alamatnya" Shariza memutuskan panggilan.
******
"WHAT THE FISH!!!!!" Athirah, Syahira, Arissa, Batrisyia dan Huda terkejut mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Shariza. "Biar betik kau?" soal Athirah teruja.
"Betullah. Kalau tak caye pegi tanye die sendiri". Lantas Athirah mengeluarkan telefonnya dan terus menelefon Iskandar.
"Wei wei. La belum jawab rupenye" Athirah gelojoh. "Hahahahhaha siot la kau Thirah!" Shariza dan yang lain ketawa terbahak bahak.
"Ha wei betul ke tadi malam kau lamar Ija? Ha? Betul ke! woi!" Athirah tidak sabar ingin menantikan jawapan.
"Kau ni kan. Sabo sikit tak boleh ke. Betullah apsal aku nak tipu plak" Athirah terus mematikan panggilan.
'Aik? Call sebab nak tanye pasal tu je. Die ni memang sempoi la' bisik hati Iskandar.
"Wei Ija! Tahniah!!!!" Athirah terus memeluk erat bahu rakannya. Dia ni memang otak gile gile punye orang.
*******
Tiba hari pernikahan Shariza dan Iskandar. Rumah Encik Ahmad dan Puan Khalijah dipenuhi dengan ramai tetamu yang hadir di majlis pernikahan dan majlis risepsi anak gadis mereka.
"Mohd Iskandar bin Zahid". "Ye saye". "Aku nikahkan dikau dengan Siti Alissa Shariza binti Ahmad dengan mas kahwinnya RM22.50 tunai". "Aku terima nikahnya Siti Alissa Shariza binti Ahmad dengan mas kahwinnya RM22.50 tunai". "Sah, sah, sah. Alhamdulillah". Hanya sekali lafaz sahaja Iskandar dan Shariza telah sah menjadi suami isteri. Mereka menadah tangan membaca doa.
"Lepas ni aku dah tak selalu jumpe kau. Sedihnye. Huhuhuuuuuuu!" Athirah membuat lakonan drama. Orang orang yang menyaksikan pernikahan tadi turut gelak ketawa melihat aksi gila Athirah.
"Kau ni. Tak jumpe tu macan selama- lamanya pulak" marah Syahira.Sesi pembatalan air wudhuk diteruskan.
Share this novel