Rate

3

Romance Series 2246

Raz terbaring keletihan akibat penat mencuci pinggan mangkuk dan berperang mulut dengan Mak Usu. "Er. Awak pergila mandi dulu" Dee menegur Raz. Sebenarnya Dee tak selesa dengan Raz yang tiba tiba baring di tepi nya. Raz mengambil tuala lalu pergi ke bilik mandi.

Selepas selesai solat maghrib Dee dan Raz duduk di ruang tamu menonton tv. "Em kita bincang sikit boleh? " tanya Dee. Raz mengangguk. "By the way, kita tak sempat kenal pun each other. So, my first question, kenapa awak terus accept dengan keputusan ayah awak? " Raz tersenyum. "Sebab. Saya rasa lebih baik bercinta selepas akad. Saya yakin dengan takdir Allah" . "Ye betul bercinta selepas akad tu lagi sesuai tapi kita tak sempat kenal each other. Kita tak pernah contact. Semua la! Mana awak tau awak boleh suka cara saya. Ha tak suka dengan kekurangan saya. Bukan ke benda tu boleh membawa ke penceraian?" Raz tersenyum lagi dengan pertanyaan Dee. "Tapikan awak cuba baca novel romantis campur drama? Perkahwinan paksa biasanya berakhir dengan kebahagiaan. Isu jodoh tu serah ke tangan Allah. Kita ni kena buat pilihan. Nak selesai cara baik atau bercerai untuk kebaikan" Dee memandang Raz. Raz mencubit hidung Dee. Dee tersentak. "Apa ni? " marah Dee. "Orang gurau jela. Tu la kekurangan awak, orang bergurau sikit marah. Sikit sikit marah" Raz menyakat.

Dee terjaga dari tidur. Sudah pukul lima setengah pagi. Azan lambat lagi, lebih baik dia mandi dahulu.

Selepas selesai mandi, Dee mengejut Raz. "Awak. Awak" kejut Raz lembut. Raz masih lagi tidur. "Bangun! " Raz serta merta terjaga. Dia mengesat matanya. Terkejut dia melihat Dee bertelekung. "Ingatkan pocong mana tadi! " Raz memandang Dee. Dee mengecilkan matanya. "Dah la solat! Saya nak siapkan sarapan. Nak tolong mama kat dapur" Dee tanggalkan telekung nya dan menggantung di almari.

"Amacam?" tanya Abang Long. Dee mengangkat kening nya. "Dah dilamun cinta keee? " Dee mengeluh. "Ee! Tu privasi la" Abang Long mengejek. "Dah la tu" . "Ee! Jangan nak mengarut la" Dee membaling segulung tisu ke muka abang long nya. "Oi Raz! Meh sini orang baru! " sebaik sahaja Raz masuk ke dapur serta merta Danial iaitu abang long kepada Dee memanggil nya. "Lu jaga adik wa. Kalau tak wa kasi kambing makan sama you" Raz hanya membuat isyarat okey. Dee terfikir. Aku ni layak ke jadi isteri dia? Aku ni mampu ke nak cintakan dia. Aku hanya mampu jalankan tanggungjawab aku sebagai seorang isteri. Nak penuhi isi hati dia? mungkin tu benda terlalu sukar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience