Rate

1

Romance Series 2246

Angin sepoi sepoi menemani Dee yang duduk di balkoni rumah. Harini hari last dia bujang? Sukar nak terima!

Seketika air matanya jatuh. Terfikirkan masa depannya bakal hancur. "Dee? Mari makan" Jemput Puan Saleha. Tetapi pelawaannya tidak diendahkan. Dee hanya berdiam. Sudah genap seminggu dia tidak keluar bilik. Makan pun entah makan entah tidak. Mukanya tampak pucat. Perubahan luar biasa itu terjadi sebaik sahaja Encik Haneef memberitahu Dee yang Dee akan berkahwin dengan Razeef. Jejaka yang lansung tidak dikenalinya.

"Dee tak elok macamni. Esok Dee dah nak kahwin. Hilang seri pengantin tu nanti" pujuk Puan Saleha. "Kahwin tapi tak bahagia macam mana ma? " jawab Dee. Dia mengambil makanan yang dihulurkan Puan Saleha. Disuap satu persatu. "Kunci kebahagiaan ada dalam hati kamu. Tinggal nak guna atau tidak je. Dah lepas makan turun bawah. Tolong apa yang patut. Malam ni malam berinai. Tambah sikit seri di muka" Dee akur hanya menganggguk.

Dee mengupas kulit bawang. "Hai ada orang tu nak kahwin dengan anak orang kaya. Tapi kahwin pun asbab nak duit je kot haha" Panas sahaja telinga Dee. Kenal benar dia dengan makcik nya. Sentiasa tidak puas hati dengan dia. Asik membandingkan Dee dengan anaknya. Entah tahu entah tidak kerja anak nya malam malam clubbing. "Eh Dee. Mak kau tu kahwin kan kau dengan anak orang kaya tu kenapa? Bukan nak kikis harta dia ke? " kalini Makcik nya makin naik lemak! "Kalau saya dah suka Razeef kenapa nye? Ada masalah ke? Tolong jangan panggil dia anak orang kaya, dia ada nama, nama dia Razeef. Dah suka sama suka tak salahkan? Yela saya bukan macam anak Ucu, baik, lawa, gaji mahal. Nak tahu jugak kerja anak makcik tu kerja apa? " perli Dee.

Makin dia lama dia duduk dekat dapur makin panas telinga nya. Lebih baik dia duduk di bilik layan perasaan. Lepasni dia terpaksa hadap muka penghapus kebahagiaan nya.

Dee menguap menunggu selesai nya upacara berinai. Dia lihat inai dijari. Cantik! Tapi kenapa hati ni berat. Mata sentiasa mahu berair.

Malam itu dia terasa payah untuk tidur. "Dee kau kena tidur. Esok hari sengsara kau" pesan Dee pada hati. Dia tidak pernah berjumpa dengan Raz. Dia tertanya tanya. Bagaimana lelaki itu? Akan jatuh cintakah dia pada Raz?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience