Rate

4

Romance Series 2246

Raz memandang Dee. Dee yang sedang mengemas beg untuk berpindah terhenti seketika apabila terasa Raz memerhatikannya. "Apa? Kalau tolong sekali takpe la. Ni duduk congok cam tu. Sampai bila pun tak habis" cebik Dee. "La cakap la. Ni senyap je. Alih alih nak marah. Marah je keje! Nanti kerut muka baru tau! " . "Biarla kerut. Baru orang tak nak. Dah la tolong saya kemas. Awak jugak yang nak drive nanti. Kl tu jauh, lambat gerak lambat sampai" bebel Dee. Raz tersengih.

Dee dan Raz menyalam Puan Saleha dan Encik Haneef. "Jaga diri ye. Selalu balik sini tau! Dee jaga suami. Jangan nak buat macam orang bujang pulak! " Puan Saleha memberi nasihat. Dee hanya menganggguk. "Raz. Jaga anak daddy elok elok! Kalau tak siaplah! " gurau Encik Haneef sambil menunjukkan buku limanya. Raz tertawa. "Baik boss! " Dee memandang Raz. Tak malu betul dia ni! "Kami gerak dulu ye" pinta Dee.

Dua jam lebih perjalanan. Dee mengangkat beg ke dalam rumah. Besar! "Awak, ni rumah awak ke? " Raz mengangguk. "Besar ye!" Dee kagum. "Rumah dah besar kena la ada anak ramai" Raz memandang Dee. Dee mengecilkan matanya. "Ee! Dah la. Pergi angkat beg" Dee cuba mengelak. Dee enggan cakap mengenai anak kerana dia pun tak boleh terima lagi status dirinya. Tapi tak salah mencuba, mana tahu tambah seri. "Awak selalu mengelak soal anak. Eh tapi awak tak boleh mengelak dah! Sebab.. " Raz menunjuk ke perut Dee. "Ee! Dah la. Dah masuk masuk" Dee cuba menahan malu. Raz tersengih. "Kalau tak kacau orang tak sah la dia ni! " rungut Dee.

Dee menyediakan makan malam. Raz memandang Dee. "Awak sini jap! " panggil Raz. Dee pergi ke arah meja makan. "Erm. Kalau ada baby kan. Awak nak nama apa? " Dee terkejut dengan persoalan itu. "Kahwin baru seminggu! Ni dah bincang pasal anak. Better kita urus pasal duit dulu. Genap sebulan baru pasal anak. Ha" , "Tapi kalau Allah bagi rezeki awal" Dee mengeluh. "Nanti la kita bincangkan. Ye saya tahu kemungkinan saya mengandung tu besat but saya tak ready nak uruskan pasal hal tu lagi. Saya still kerja, jadi surirumah lagi. Berat beban saya" Dee memandang Raz dengan muka yang simpati. "Kita agih agih la" jawab Raz selamba sambil menyuap nasi kedalam mulut. "Mula mula memang macam tu, nanti... semua saya yang uruskan. Dah la. Makan, sejuk nanti! "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience