Rate

Him

Romance Series 286

Aku berada di sebuah tempat yang tak pasti dimana. Yang aku tahu ini adalah sebuah padang bunga yang sangat luas... Aku tak tahu dimana penghujunnya.. Sangat cantik. Bunga disekeliling aku ada pelbagai jenis.. Dandelion, wild popi, wild black roses.. Dan juga daisy serta bunga yang aku kurang pasti spesis apa.

Bahagianya... Aroma rumput segar.. Desiran bayu.. Dan juga bau bunga-bunga seolah olah membuatkan aku berada di alam fairytale. Ni kalau jadi tempat temenung aku.. Memang best!

Secara tiba-tiba padang bunga yang cantik itu berubah kepada sebuah bilik gelap...

Aku dah mula menggigil. Hanya ditempat aku berdiri sahaja mempunyai cahaya. Aku menggengam kain gaun cotton putih cream lusuh English style paras betis yang aku pakai.

Seram sejuk...

" mia bella.."

Suara dari arah belakang..

Aku segera berpaling.

Lelaki.. Memakai pakaian serba hitam.. Baju t sendat lengan pendek jelas menampakkan bisepnya yang kekar. Matanya bewarna deep blue jelas menikan tepat mataku. Membuatkan aku rasa berdebar.

Wajahnya putih pucat. DIa menggegam sesuatu dan memberikannya padaku. Sejambak mawar merah hati..Dan tangan dia berlumuran darah?!

terpana aku.. Terasa lembik lutut.

Namun sekali lagi aku terkejut. Kalau di tangan kananya ada sejambak mawar berdarah yang dihulurkan padaku.. Di tangan kirinya ada sepucuk pistol!

Di muncung pistol itu masih berasap nipis!!

" mia bella.."

Suaranya dalam bergetar menahan rasa. Maskulin dan seksi.. Kedengaran begitu menusuk ke hati aku.

" mia bella?" Aku menyoalnya..
Namun bunyi tembakan membuatkan aku terkejut.

"Bella!!!"

**************************************************

Nafasku tercungap-cungap. Berpeluh badan aku. Ya.... peluh sejuk. Ya Allah apa jadi tadi?"

" Bella!.." Suara Ari menyedarkan aku. Aku pandang kanan. Ari disebelah aku memandang pelik ke arah aku.

" Ari.. aku..Aku..Aku tak mati lagikan? takde orang bawak pistol tembak aku kan?!" tanya aku dalam keadaan takut dan gagap. Aku pandang kiri kanan. Aku atas bas? bukan aku kat padang bunga ke..

Dan tiba tiba kepala aku ditunjal dari tepi.

" hey. Kau ni..Kau ngigau ni. Sapa pulak nak bunuh kau. TU laa.. Masa kat RnR.. Orang suruh basuh muka..basuh kaki.. Takdela mimpi pelik-pelik atas bas. Dah macan orang nak menurun betapa aku tengok kau tadi. Kekiri kanan kepala terteleng teleng.." Ari berkata.

So.. Tadi cuma mimpi. Fuhhh..

"kau ok tak ni. Dah berpeluh peluh badan ni. Teruk sangat ke mimpi kau tu. Sampai sampai ada yang nak bunuh kau." tanya Ari lagi.

Aku hanya diam.. Dia ni pun. Dah nama mimpi orang nak bunuh aku.. Sahla teruk. Aparaaa..

" Ok tak japgi kau nak daftar kolej ni..." Ari soalku lagi..

"aku ok.."

Aku pandang luar. Rasa terkejut tak hilang lagi. Sapa mamat tu eh..

" mia bella.."

"mia bella.."

AKu ulang.. dan ulang..

"hoi.. Taula nak puji nama sendiri. Tak payah la nak ulang tayang. Meluat tau." tukas ArI.

Annoying mungkin bila dia ingat aku saja nak naikkan saham nama aku sendiri.Ganggu dia baca novel mungkin.

" Ari.. Kat rumah ada tak orang yang panggil aku mia bella. Atau orang yang kita kenal ke?" tanyaku.

Ari terdiam. Memerah otak.

seminit.. Dua minit..

Aiyoii

"weyh.. Ada ke tak? lama bebenar kau ni. Macamla ramai umat yang kenal aku sampai kan naik janggut aku tunggu kau mikir." aku cubit sedas lengan Ari.

"adeh sakitla.. Sabarla. Amboi.. Semenjak sedar dari ngigau ni. Garang mengalahkan warden penjara banduan akhir."

Ari bersandar.

" nope.. Kebanyakkan panggil kau Bella or mya.Tapi Mya Bella or Mya arabella.. Takde.Tapi ada seorang umat spesial selalu bagi nama unik kat kau." kata Ari serius.

Aku menegakan badan.

"sapa.." entah kenapa lepas mimpi tadi. Mood Detektif Conan semacam membuak dalam diri.

" aku. Aku panggil kau ANNABELLE.."

Berdekah ketawa yang dihamburkan Ari sehingga orang yang duduk seat lima ke depan dan belakang tertoleh toleh. Fikir.. Perempuan mental mana sesat dalam bas ni.

"ish kau ni.. Kau bukan umat unik kau tu pelik!" balasku. Hantuk kepala kat stereng bas baru tahu.

" so apa yang ingin aku sampaikan disini adalah... Itu cuma mimpi, mainan tidur. Takde nya orang nak bunuh kau. Lagipun.. kau ada ke terserempak dengan Ah Long ke.. Abang kawasan ke apa.. Takde kan?.. Just ignore" Balas Ari lalu menyambung semula novel yang dibacanya.

Betul jugak..Buat apa aku nak ambik kisah sangat. Mimpi ja kot.. Lainla kalau jadi betul...HO?! kalau betul macam mana.

"heh!..Hoy..Amboi dia! berangan pulak. Dok teringat pasal mimpi tu lagi ke. Dah-dah la tu.. Jom turun. Dah sampai TBS ni.

Aku tersedar. Hah dah sampai?.. Haru betul. Mimpi punya pasal aku punya tindakan habis berterabur macam zombie. Lagi-lagi bila fikir.. Mamat dalam mimpi tu.. Arghh enough Bella... Enough!!

Aku dan Ari angkat beg masing-masing dan turun dari bas. Fuhhh..Punya la besar TBS ni. Sekali pandang macam nak ke airport pun ada.

Kami cari teksi dan segera menuju ke perkarangan Universiti Malaya. Harini merupakan hari pendaftaran. Aku dan Ari punya masa lebih kurang dalam 2jam sebelum pendaftaran. Terkial-kial juga kami bila berada disini. Nak naik bas pun kami takut-takut. Ye la. Aku dan Ari seumur hidup tak pernah naik bas.Pergi balik sekolah dulu pun.. Driver rumah anak yatim yang jemput

Aku pandang kat luar.. Bangunan tinggi-tinggi. Jalan raya lebar-lebar..Jakun aku dan Ari melihat kawasan sekitar. Inilah kali pertama dalam usia aku kini 20 tahun. Aku dapat menjejakkan kaki di bandar besar ni.

Hmm.. Kalau nak tahu. Dari aku kecik.. Pekan Brinchang, Tanah Rata.. Semua la pekan dekat Cameron Hingland tu aku tak pernah pergi. Hidup aku cuma sekolah dan rumah.

Umi cukup melarangku keluar dari perkarangan rumah anak yatim. Dan aku tahu... Tiap gerak geriku sepanjang disana serung diawasi oleh umi. Kadang kadang ada mamat-mamat badan sado serupa hati kering akan selalu memerhatikan aku dari jauh. Pada firasat aku umi upah mungkin? tapi untuk apa..

"cik.. Kita dah sampai" pakcik teksi memberhentikan kereta.

"terima kasih pakcik" Balas kami serentak. Aku menghulurkan 3 not merah kepada pakcik itu.

AKu dan Ari turun. Wow..Wallah..

"Besar bapak Universiti ni.. Punya la ramai orang" kata Ari perlahan. Ari dan aku jenuh bersesak dengan umat manusia yang lain. Kami membuat pendaftaran.

AKu dan Ari memohon tinggal di hostel. Dan permohonan kami diluluskan.

Aras 2 bilik 3

Aku bukak pintu dan menberi salam. Ari petik suis lampu. Aaa..BAru boleh tutup pintu .Hmm not bad. Ada dua katil single rapat je dInding. Satu sebelah kiri satu sebelah kanan.

Di hadapan pintu ada kawasan lapang serta dua meja study kembar rapat ke tingkap. Kiranya kau bukak pintu kau nampakla tingkap dan meja dulu. And dua almari locker di belakang pintu swbelah kiri dan kanan.

Lebih kurang macam bilikku dan Ari rumah .

"ahh.. Katil!!!" dan Ari dengan gaya terlebih dugung melombat ke atas katil. "mmm.. Boleh tahan.

Aku berjalan kearah tingkap. Aku selak langsir . Dibawah... aku lihat ramai orang keluar masuk ke perkarang hostel. Dari dalam bilik pun aku boleh dengar orang begitu ramai cari bilik masing-masing.

Aku mencapai tetantif program bagi pelajar perubatan tahun ini. "Ari,Kau jangan tidur tau. Japgi ada ceramah apa tah.." kataku sekadar mengingatkan dia.

"baik boss "

AKu menarik cekak rambut yang hampir jatuh dari rambutku lantas aku cekakkan semula menjadi. Rambut aku taklah panjang sangat, separas bahu danntak berbaloi untuk diikat.. Kain baju kurung cotton biru pastel bercorak bunga putih kecil dibajuku aku betulkan supaya tak berkedut. Kaki nak ajak lepak atas katil .

Aku rebahkan badan. Dah sampai universiti dah aku sekarang ni. Aku dah keluar dari rumah. Tinggalakan umi.. Dan aku bersama Ari.. Hanyut ke apa dia tu. Senyap je.

Hmm.. Balik-balik.. Aku akan teringat mimpi itu. Mimpi yang bagiku agak ngeri dan mendalam. Muka mamat tu..Bunga tu.. Pistol tu..aduhh parah betul. Tu baru cuma mimpi . Kalau betul-betul?! koma aku agaknya.

Ting..Ting.. Ting

"perhatian kepada pelajar pengajian perubatan. Sila hadirkan diri bersama kad pelajar anda ke dewan utama..Sekian"

Aku segera bangkit mengambil kad pelajar aku dari dalam beg

Ari aku lihat terpisat-pisat bangun dengan rambut lulus hitamnya sudah menjadi rambut kak limah.

"adoii...announcement ni! kacau je.."

Dia bangkit membetulkan rambut sambil membebel. Aki hanya mampu geleng kepala memandang dia. Buruk perangai!

"dah.. Lawa dah! jom. Kang lambat aku tinggal kau." aku melaung dari luar.

*************************************************

"weyh nak nak ke tandas jap. Kau masuk cari tempat eh. " dan tanpa hi..Hi.. Bye..Bye, dia blah macam tu je. Membulat mata aku melihat Ari seperti halilintar berlari mencari tandas, serasa macam nak back hand saja..Tapi nak buat macam mana.. Dah dia tengah darurat..Kalau melimpah kat sini macam mana? sah aku putus kawan dengan dia

"aduhh.. Macam mana ni. Dia ingat aku familiar dengan tempat ni apa." mata aku menilau merata untuk cari pintu masuk. Aha!! aku nampak ramai umat masuk ke satu pintu.. Maybe pintu tu. Aku dengan beraninya menyelit diantara lautan manusia. Uhukk! lemas.

Sedang kami masing-masing tolak menolak ada tangan malaun mana entah, dengan sadisnya menolak badanku dengan agak kuat.

" Umi!!.."

Cium lantai laa.. Aku. Aku kira-kira.. Kerasnya lantai marmar tu boleh buat aku hilang dua batang gigi depan. Oh no...

Tapi belum sempat muka aku kena highfive dengan lantai ada tangan yang kekar memeluk pinggangku sekaligus menarikku rapat padanya.

kepalaku betul betul terhentak di dadanya yang boleh aku katakan bidang dan bermascular.

Degupan halus yang kencang menyapa telinga aku. Dada dia flat. Of course he is a guy.

Sesaat... dua saat.. Tiga saat.. Tangan dia masih dipinggangku. Badannya dirempuh oleh orang ramai. Seumpama dia menjadi pelindung buatku dari dihentam orang. Orang pun macam anggap aku dan dia dinding. Rempuh aku dan dia macam bola ragbi

Bau wangian polo black menyapa rongga hidungku. Mysterious.

Lambat lambat aku berpaling memandangnya. AKu sedikit mendongak.

Mata aku tak tipu..Muka dia memang aku cam sangat. Walaupun aku baru jumpa dia hari ini.

His that guy.

Guy with the bloody roses.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience