Rate

MYA Bella

Romance Series 286

Angin sepoi sepoi bahasa menampar lembut pipi dan wajahku.Udara yang segar dan dingin itu membuatkan jiwaku tenang dan bahagia. aku duduk di atas kerusi batu berhadapan sungai yang jernih. Rambutku yang panjang separas bahu dan bewarna coklat tua dan caramel aku cekakkan dengan cekak rambut. Aku memegang sekeping gambar. GAmbar wanita yang berwajah caucasian mendukung bayinya. Lebih tepat lagi.. Aku. Ya.. Wanita dalam gambar tu adalah ibu aku

Namaku Mya Arabella Binti Muammar Rafi. Ibu aku wanita berbangsa Italy dan Persian dan ayahku orang Melayu berasal dari Kuala Lumpur.AKu tak pernah hidup dengan mereka. Sedar-sedar aku dah dibesarkan dengan Umi Salmah...pengusaha rumah anak yatim di sini. Rumah Amour Familia, di Cameron Highland. Kata umi ibu dengan ayah aku kemalangan bersama dengan aku yang ketika itu masih bayi. Aku terselamat tapi mereka pergi dijemput Maha Pencipta. Umi kawan baik dengan arwah mama..Ibu cakap mata hazel ku dan wajah caucasian aku adalah warisan dari mama. Pada awalnya semua kanak kanak di sini tak nak kawan dengan aku. Katanya mata aku pelik! sampai ada yang anti aku tahu. Tapi sekarang kami semua berkawan baik!:)

" hoi... Annabell!!!"

Aku rasa macam nak menyorok saja ke bawah kerusi bila mendengar suara menjerit seumpama tarzan versi wanita menyeru namaku. Cis! takguna betul! adakah patut namaku yang cantik disamakan dengan Annabell! Tahula.. Bunyi hampir sama tetapi sunggu tak patut.

" Annabell..Annabella belle!!" sedap gamaknya namaku itu.

sejurus dia berhenti didepanku. Nafasnya tercungap-cungap.

"kau dengar ke tak aku panggil kau ni.. Punya la aku menjerit kau buat tak tahu je.. Tahi telinga kau banyak sangat ke sampai tak dengar. Ke mulut kau ada emas sampai nak jawab ' ye, kejap, ape' pon tak reti! " dia dah mula berleter seumpama mak tiri.

AKu mencebik

" ye ye la kau panggil nama aku. AKu bukannya Annabell. Aku Arabella. Yang kau panggil annabell tu apasal. Memang la aku ta menjawab." balasku selamba. Rasakan!

Dia tersengih. Sengih tanda tak bersalah.
Dia lah rakan baikku dunia dan akhirat. Ariana.
sentiasa menjadi penyelamat aku sewaktu dibuli ketika kecil. Umur kami sama. Ariana berkacukan indonesia disebelah ibu dan bapanya orang sabah. Wajah Ariana ada iras iras macam Claudia Cyntia Bella sekali imbas

" ahhh whatever la.. Ni.. Umi panggil kau dengan aku ada hal nak bincang katanya."

"ouhh.. Ok jom". kami beriringan berjalan menuju ke rumah agam yang menempatkan puluhan anak yatim dari pelbagai lapisan umur dan masyarakat. DI padang depan rumah, adik adik bermain gembira.

Aku dan Ariana masuk ke bilik umi. Kelihatan umi yang berwajah lewat 40-an itu duduk di kerusi malas mengadap tingkap yang menampakkan suasana ladang teh dan hutan dara hijau yang damai di tanah tinggi Cameron Highland.

"umi panggil?" kata kami berdua serentak dengan sopan.

Umi berpaling dengan senyuman manis kearah kami berdua.

" Bella.. Ari.. Mari sini" Pinta umi

AKu dan Ari duduk bersimpuh di kaki umi. Wajah kami berdua diusap lembut. "dah besar anak anak dara umi berdua ni kan? dah nak masuk 20 tahun dah..." umi memandang kami berdua penuh kasih sayang.

Aku tenggelan dengan usapan kasih sayang umi. Kasih sayang seorang ibu yang sebenar walau bukan dari ibu kandungku. Tapi cukup membuatku rasa akulah insan yang bertuah di dunia.

" kenapa ibu panggil kami?" Ariana bertanya lembut. Ariana dan aku sememangnya paling manja dengan umi.

" umi ada benda nak kasi pada kamu berdua"

Umi mencapai 2sampul surat dan menyerahkan kepada kami berdua.

AKu dan Ariana salung berpandangan.

Sebaik saja sampul bertukar tangan, aku membuka dan melihat isinya.

" serius laahh?!!" kami menjerit serentak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience