Rate

Amour Familia

Romance Series 286

"serius...Lahh?!!?"

AKu dan Ari saling berpandangan sesama kami. Surat di tangan kami adalah surat tawaran sambung belajar ke universiti.

Biar betik...

"umi nak Bella dengan Ari sambung belajar?" tanyaku.

"ye.. Umi nak Bella dengan Ari sambung belajar. Sebab umi nak anak umi dua orang ni, ada masa depan yang cerah dan ubah kehidupan korang berdua.." terang umi tenang.

"waaaaa!!!!!!!!" aku dengan Ari terkinja kinja berpelukan seaama sendiri. HAHA.. Sekali pandang macam taukeh menang loteri. Macam gedik pun ada. Happy sangat bila hajat sekian lama termakbul. Kami dapat sambung belajar dalam universiti yang sama, juga course yang sama..Iaitu perubatan. Tapi hati aku terdetik sesuatu.

"tapi.. Umi.. Kami takdak duit umi.. Umi pun mesti guna duit banyak nak tampung kami belajar. " kataku perlahan tiba-tiba.

Masih aku ingat. Dulu masa lepas habis SPM.. Rumah Anak Yatim Amour Familia ini kekurangan bantuan sebab ini rumah anak yatim swasta. Dana juga kurang. AKu tahu pada masa itu umi memang workhard untuk menjaga kami yang hampir 60 orang.

Umi pula tak bagi kami bekerja. Kata umi dia masih mampu. Auch.. Mata seolah- olah memandang bawang yang dikupas.. Sapa yang kupas bawang ni?!

"umi.. Kami taknak susahkan umi..." aku lihat Ari menggenggam erat tangan umi. Kepala dilentokkan ke paha umi.

"tak... Umi dah lebih dari mampu sekarang ni. Dan bila dapat peluang ni.. Umi taknak korang sia-siakan. Sambung belajar rajin-rajin!" kata umi memberi semangat.

AKu lihat umi semacam bersungguh- sungguh menyatakan dia mampu. Hal itu membuatku lega.

" baik boss!!"

aku dan Ari menegakkan badan seraya melakukan isyarat tabik springs.

" haaa masa kat luar sana sambung belajar... Belajar betul-betul. Jangan asyik nak main-main. Jangan tunjuk perangai nakal tak semenggah korang sangat." kata umi lagi..

Aku dan Ari saling berpandangan dan ketawa.

Memang sudah sedia maklum bagi semua umat di rumah anak yatim ini tentang kenakalan aku dan Ari. Lagi- lagi budak budak yang masih berhingus leleh. Pernah sekali kami usik diorang sampai ada yang terkencing dalam seluar.. Teruk aku dan Ari dibantai oleh umi.

" dan kamu Bella.. dekat luar sana jangalah kamu buat aktiviti lancar torpedo dekat orang. Umi bukan tak tahu.. kamu memang pantang orang ajak perang.. Mulalah nak bukak langkah silat."

Aku mencebik. Ye laa.. Dah orang cari pasal dekat aku . Lainlah kalau aku yang mula dulu. Sememangnya aku bukanlah spesis bawang merah, yang jenis berserah bila orang cari pasal.. Hello ini cili padi tau! kalau orang cari pasal.. Memang aku tau macam mana nak kasi pedas kat orang

" alah.. Umi tak payah la risau. Taula Ari macam mana nak jaga Annabelle ni. Kalau dia buat perangai Ari belasah ja dia tu. Tak pun Ari kasi ceramah sentap kat dia.. Taula dia diam." balas Ari sambil menjongket kening ala ala Ziana Zain pada aku.

Eksyen gaban.. Pigidaaa..

" banyakla.. Kau pun sama. " aku cuba mengadu. Ari hanya buat bodoh sahaja.. Memang saja cari pasal. Fine.. Ada ubi ada batas..nanti jangankan ubi, 109 batas ubi akan aku balas balik kat kau.. Muahahaha .

Umi hanya ketawa melihat keletah aku dan Ari. Dia terdiam lama. Sebelum bersuara.

" Ari.. Tinggalkan ibu dengan Bella kejap boleh. Ibu ada hal sikit nak sembang dengan Bella."

Ari memuncungkan mulut. " alah.. Orang baru nak berbonding dengan umi.."

mulut semakin dimuncungkan... Mulut dia kalau boleh dimuncungkan lagi.. Aku suakan je katak bagi dia cium. Manala tau Ari boleh berubah jadi puteri katak generasi 2020.

" hello.. Jangan gedik sangat boleh. Nak luruh bulu ketiak dengar suara mengada kau tu." balasku selamba.

" umi.. Tengok Bella.." adunya. AKu mengajuk semula kata kata Ari tanpa suara sekali dengan memek muka aku bagi!

" Mya Arabella...." Suara umi seakan memberi amaran.

"haha... Leklu umi.. Gurau je.. Alololo sian intan payung avon Nur Ariana ni.. NAK susu ke?" usikku lagi . Dah nama Mya Arabella. Memang tak sah kalau tak usik orang satu hari. Aku rasa memang sudah tertakluk dalam kromosom aku bahawasanya aku memang kaki mengusik.

" dasar annabell!!!" Ari membalas.

Ari bangun sebelum menarik cekak rambutku hingga rambut brown caramel ku menjadi serabai.

"hoii...!" tempikku .

Ari ketawa jahat sebelum keluar dan tutup pintu. Kini hanya tinggal aku dan umi.

" ada apa umi nak sembang dengan Bella.. Umi nak kahwin lagi ek?" kataku sambil tersenyum nakal.

Lantas pipiku dicubit kecill

"auch.. Sakitla umi.. Orang gurau je " balasku sambil memuncung. Pipiku digosok. Umi kalau tak jadi manusia. Mesti umi jadi sepit ketam yang paling digeruni seantero dunia. Perit woo..

"ha.. Ni la makan dia kalau tanya soalan yang bukan bukan."

Aku tersengih nakal. Umi memng dah berkahwin tapi dia telah ditinggallkan suaminya iaitu seorang pelayar 22 tahun lalu. Umi ditinggalkan semasa seminggu selepas berkahwin. Umi sampai sekarang masih menunggu suaminya. Rumah anak yatim Amour Familia ini adalah rumah agam umi dan suaminya. Umi cakap kalaupun suami dia tak balik dia sanggup membujang sekalipun dia akan jadi hantu untuk tunggu suaminya

Dahsyat bukan? kalau aku.. Dah lama aku buat selamat jalan romeo pada suami yang dah tinggalkan aku dan tak reti reti nak balik. Tah.. TaH.. Dah berbini baru. Nauzubillah..

" dah tu. Umi nak sembang apa dengan Bella."

Umi menghembuskan nafas perlahan. Tangannya serta merta mengusap rambutku. Lembut bagaikan sentuhan seorang ibu.

" Bella selalu ingatkan umi dekat kawan baik umi... Helena.. Your eyes, your lips.. Your face.. Laughing even when you walk also just look like her." kata umi perlahan.

AKu sudah masak dengan perangai umi yang satu ini. Bila dia bercakap pasal Helena atau nak lebih tepat nama arwah mama aku.. Mesti ada hal mustahak atau benda yang dia nak pesankan pada aku.

"i know a lot umi.. APA yang umi nak bagitahu Bella.. Tell me." tanyaku lembut.

umi hanya menggeleng sambil tersenyum.

" Bella bila sambung belajar, Jaga diri baik-baik ek. Duduk dengar Ari.. Jangan pergi jauh jauh sorang sorang.. Jaga diri Bella baik baikk ye."

Suara umi bergetar. Laa.. Dah kenapa pulak ni?

Aku pandang mata umi. Mata umi bergenangan denga air mata. macam tunggu masa je nak mengalir.

" umi.. Kenapa ni.. Janganla buat Bella risau." kataku cemas. AKu genggan tangan umi. Serasa genggaman tanganku dibalas dengan genggaman erat.

"ingat Bella.. Jaga diri Bella baik-baik. Umi takut Bella ...umi takut kalau apa-apa terjadi pada Bella. Sebab umi dah janji dengan arwah Helena untuk jaga Bella." kata umi.

" umi.. Bella janji pada umi. Bella akan jaga diri Bella. InsyaAllah."

Aku memeluk umi. Pelukan aku dibalas.

"umi minta maaf Bella.." Suara umi berubah sebak. Aku melepaskan pelukan.

"umi.. Kenapa umi nak minta maaf dengan Bella.Umi buat Bella risau."

Umi menggeleng kepala.

"umi nak rehat.. Bella pergilah rehat. Layan adik-adik." kata umi seraya bangun.

AKu membuat muka. AKu kenal tu. Ayat menghalau secara tersirat!

AKu memimpin umi ke katil saiz queen bercadar merah mawar milik umi lalu membaringkan umi perlahan.

" umi ok.. Umi nak apa apa tak?" tanyaku prihatin.
Umi senyum. Geleng..

Aku segera keluar bila umi memejamkan mata dan memalingkan badan membelakangiku.

Aku keluar dan tutup pintu perlahan. Badan masih lagi memandang pintu.

Otak masih lagi dalam kemusykilan. Umi minta maaf dengan aku.. Siap nangis lagi. Sepatunya aku la kena minta maaf sebab aku selalu nakal dan buat salah. Ke... Dia minta maaf sebab dia rasa gagal didik budak nakal macam aku ni..

Membulat mata aku.. Kalau sebab tu..Uwaaaa!!! Umi Bella minta maaf sebab nakal. Bella janji Bella taknak nakal dah! tiap tiap raya Bella nak beratur paling depan sekali dan minta maaf dengan umi. Bella takkan tuntut duit raya..

Huhhuu dah jadi macam Si tanggang rupanya aku ni. Dah la umi yang jaga aku bila aku bergelar anak yatim piatu.

Huhu.. Bella janji umi.. Bella nak jadi anak umi yang paling terbaik bukan terbalik.. Terangguk angguk macam burung belatuk kepala aku bila aku mula berazam dengan diri sendiri. No more Si Tanggang versi comel macam aku Hokey

"haaa!!!!! Annabelle!!!! berangan.....!!!!!"

Suara sekuat pembesar suara menjerit kuat ditepi telinga kiri aku. Sambil tangan memaut erat leher aku.

" ya ALLah.. Ari! mati mati aku ingat ada jembalang nak bunuh aku! kau ni.. Nak menjerit tepi telinga aku tak boleh nak bagi kuat lagi ke..? cair taik telinga aku tau! kalau umi terjaga macam mana.. Dia tengaH tido kat dalam." Aku mula membebel.

" ouhh.. Umi tido eh.. Mana aku tau. Lagipun kalau aku jembalang aku takkan bunuh kaum kerabat aku sendiri.. kan Annabelle." Ari Ketawa kuat.

Aku menjeling Ari tajam.

"woo...woowoo.. Woo.. Tajamnya jelingan. NAK bunuh aku ke apa. Ohh by the way.. Suka hati la aku nak jerit kat mana. My voice my right" katanya tanpa rasa bersalah.

Eeeee...... nak aja aku cekik minah ni pastu buang dalam laut kasi jerung makan!

" hello.. Walaupon your voice your right... Tempat kau luah vocal jahanam kau kat telinga aku. Kalau taik telinga aku cair takpe jugak at least ada jugak orang untuk bersihkan telinga aku. Tapi kalau eardrums aku rosak.. KAu nak ganti"

keningku menari ronggeng lalu menayang muka garang. Pinggang aku cekak dengan tangan.Biar nampak macam mak tiri Cinderella.

" alololo.. ANAK emas.. Intan.. jantung pisang.. Annabelle.. Sorry laa"

Ari tersenyun simpul sambil mengenyitkan mata.

Dasar tak masuk diajar... Tetap nak panggil aku Annabelle!!

"huh.. Malas la sembang dengan kau." aku memalingkan wajah dan berjalan laju meninggalkan dia.

" annabelle.. Bella.. Alaa..Kau ni.."

Ari mengejar langkahku.AKu buat taktahu.. HAHA rasakan! selalu sangat usik aku.

Dia berlari lalu sekat laluanku. AKU membuat muka bongkak lalu memeluk tubuh gaya mak datin tak lalu tengok menantu.

"alloloo Bella.. KAu ni sensitip laaa."

Diam...

"sorry la..My beautiful Bella belle.."

AKu lihat Ari buat gaya puppy eyes. Menampakkan wajah Claudya Cynthia Bellanya kelihatan comel sangat!

ting! lampu mentol dalam kepala bernyala terang. Ohohihi..Hoohoo.

"ok aku maafkan kau. TAPi with one condition" kataku dingin.Hahaha tanduk dah naik..

" whatever.. APA dia.." tanya Ari.

" pejam mata kau" arahku.

" la.. Apasal." bangkangnya.

"kau nak aku maafkan kau ke tak?" ugutku.

"huh! ye la yela.."

Ehee.. Nak tau tak? Ari adalah pembuli yang paling terok jika nak dibandingkan dariku. Bak kata orang.. Macam taiko laa.. Tunggu kau! tadi sakan sangat kan usik aku..

"angkat tangan kau dua dua belah buat gaya macam patung wayang kulit.."

Tanpa bantahan dia patuh.

" bengkokkan kaki dua- dua belah macam penari balet "

Dia ikut jugak..

Buruknya... HAGAgaga.. NAK putus urat kentut bila aku lihat gaya Ari sebijik macam Chimpanzi nak buat show kat zoo.

"ikut apa yang aku cakap tau.."
AKu keluarkan phone samsung J2 pemberian Umi.lalu aku rakam!

" saya berjanji.."

"saya berjanji.."

"takkan usik.."

"takkan usikk"

"bella.."

"bella"

" dan saya.."

"dan saya.."

" sanggup.."

"sanggup.."

" biarkan semua umat melihat rakaman ini dan disebarkan."

"hmm ok.. HAH???!! rakam?!!"

Opps...KANtoi.

Terbuntang luas biji mata Ari.

"hahhahahahaa-ahahaha!!!!!!!" ketawa tak dapat lagi ditahann.. meleleh air mata aku.Boleh bayang tak mata Ari terbuntang luas dalam keadaan dia macam tadi.

KALi ni sebijik macam budak terkejut bila nampak momok.

Serta merta aku cabut lari bila Ari dah macam ada gaya nak bukak gelanggang gusti.

" kurang santan segera kau! memang Annabelle betul!!!!"

"padan muka kau!!!"

Di sepanjang kaki lima itu aku berlari sekuar hati sambil menjerit ketawa apa bila dikejar Ari.. Pasti akan aku rindukan momen sebegini. Bila di universiti dah memang sah tak boleh buat perangai.. Huhuhu what the life.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience