Bab 8

Romance Series 23988

Apabila sudah hampir dengan restoran yang dituju , Fahmi pusing melihat Dania yg tertinggal dibelakang . Fahmi geli hati melihat wajah Dania yang tengah menahan marah .

memang tidak dinafikan Dania seorang yang cantik tinggi lampai dan putih sesiapa yang melihat pasti jatuh hati , tapi bukan Fahmi hanya kerana mulut Dania menyebabkan ia tidak suka Dania , jika bukan disebabkan untuk membalas dendam Fahmi tidak mahu makan bersama Dania .

Dania sudah sampai dihadapan Fahmi , tetapi peliknya Fahmi seperti patung tidak bergerak mata tidak berkelip melihat Dania . " dah kenapa mamat ni tengok aku macam , cucuk juga mata tu " . kata hati Dania .

Dania melambaikan tangannya dihadapan wajah tampan Fahmi , tapi Fahmi masih merenungnya Dania sudah mula geram lalu memukul dahi Fahmi dengan kuatnya .

" Aduh ! Sakitlah kau dah kenapa pukul dahi aku " kata Fahmi sambil menyapu dahinya .

" Siapa suruh asyik tenung aku , aku paling tak suka lelaki tengok aku macam tu " kata Dania lalu menjeling Fahmi .

" kalau ia pun tak payahlah kau pukul dahi aku sakit tahu tak , dah aku malas layan kau sekarang aku lapar , kang aku makan kau baru tahu " kata Fahmi sambil memandang Dania atas bawah sambil menjilat bibirnya .

Dania sudah cuak melihat kelakuan Fahmi , secara automatik tangan Dania mendarat ke tangan Fahmi lalu mencubit . bila dilihat seperti pasangan yang tengah bergaduh manja .

Fahmi sudah mengerang kesakitan setelah itu Fahmi mengangkat kedua tangannya tanda ia mengalah , Dania melepaskan cubitannya .

" aduh! kau ni mommy aku pun tak pernah cubit tau , pandai ja kau cubit aku eh " kata Fahmi sambil menyapu-nyapu tangannya yang dicubit Dania .

" sekarang kau nak makan ke tak ? kalau tak aku nak balik , aku dah rimas dengan kau ni " Dania memandang tajam kepada Fahmi .

Fahmi hanya diam lalu melangkah ke restoran diikuti Dania . Dania hanya menghembus nafas tanda geram kepada Fahmi .

Fahmi memasuki sebuah kedai restoran iaitu Nando's , Dania dibelakang sudah mula cuak .
" agak agaklah mamat ni nak makan dekat sini , habislah duit aku " kata Dania dengan suara yang di kecilkan .

" Hello sir , welcome to nando's " kata pelayan wanita itu dengan senyumannya . Fahmi membalas senyum kepada pelayan itu lalu pelayan itu melangkah menunjukkan tempat duduk .

apabila sampai Fahmi duduk diikuti Dania , Dania melihat sekeliling kedai tersebut .
" yes sir , can I take your order " kata pelayan itu lalu memberikan buku menu kepada Fahmi dan Dania .

Dania melihat isi kandungan dalam buku menu itu , membesar mata Dania melihat harga makanan dalam buku menu itu . lalu ia memandang Fahmi dengan pandangan tajam , Fahmi hanya tersenyum sinis melihat Dania , lalu memesan makanan .

" whole chicken , mushroom & Halloumi wrap + 1 side ,salad with chicken and dessert caramel cheesecake and last Cappuccino " kata Fahmi lalu memberikan buku menu kepada pelayan wanita itu .

Dania terkejut dengan pesanan Fahmi , semua yang ia pesan dengan harga yang mahal Dania tersenyum kepada pelayan itu " juice Orange only " kata Dania lalu memberi buku menu itu . lalu pelayan wanita melangkah pergi .

" kenapa tak makan " soal Fahmi apabila mendengar Dania hanya memesan juice Orange sahaja .

" tak ada selera nak makan " kata Dania sambil menjeling Fahmi . Fahmi hanya senyum sinis dan bermain dengan telefonnya .

setelah beberapa minit menunggu , makanan yang di pesan telah pun sampai . tanpa berkata apa apa Fahmi mula membaca doa dan mula makan. manakala Dania pula hanya memandang Fahmi sambil minum juice Orangenya .

Fahmi perasaan Dania hanya melihat makanan yang ia makan . " kau nak ke ? dari tadi aku tengok , asyik tengok makanan aku ja . tak senang aku nak makan " soal Fahmi kepada Dania .

" mana ada , makanlah cepat aku nak balik nanti aku tinggal kau dekat sini baru tahu " kata Dania cuba menutup malunya , Dania sejujurnya ingin sekali merasa makanan yang Fahmi makan terutama sekali caramel cheesecake .

setelah menghabiskan makanan , Dania minta bill daripada pelayan tadi . lalu pelayan itu membawa bill dan memberikan kepada Dania , terbuntang mata Dania melihat bill tersebut .

* Whole chicken - RM 48.90
* Mushroom & Halloumi wrap + 1 side - RM 26.10
* Caesar salad with chicken - RM 22.90
* Caramel cheesecake - RM 11.90
* Cappuccino - RM 10.90
* Juice Orange - RM 9.90

Total = RM 130.60

Dania memandang Fahmi manakala Fahmi hanya memandang Dania tanpa perasaan , Dania menghembus nafas tanda geram kepada Fahmi lalu mengeluarkan dompetnya .

" ya Allah duit aku tak cukup macam mana ni " bisik hati Dania , Fahmi geli hati melihat Dania lalu ia mengeluarkan 3 keping 50 setelah itu pelayan itu mengucapkan terima kasih dan pergi . Dania terkejut melihat pelayan itu pergi setelah itu memandang Fahmi .

" kau ada hutang dengan aku so aku nak kau bayar balik apabila kau bagi balik baju aku yang kotor tu " Fahmi merampas dompet Dania lalu mengambil kad pengenalan Dania , Dania cuba untuk merampas balik kad pengenalannya . tapi Fahmi sudah menyimpan di dompetnya . " bila kau dah bagi balik baju aku dengan bayar balik duit aku , aku akan bagi balik kad pengenalan kau ni faham " sambil memberi satu kad kepada Dania .

" tu number aku , nanti kau call aku bila kau hantar baju tu faham " lalu Fahmi pergi meninggalkan Dania .

Dania hanya memandang Fahmi yang sudah jauh , lalu Dania cepat cepat keluar daripada Nando's dan menuju ke tempat parking keretanya .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience