Bab 5

Romance Series 23988

dari rumah ke butik Puan Khalisa memakan masa selama empat puluh lima minit , setelah memarking kereta Dania berjalan ke arah butik ibunya.

"warrghh Kak Laila mana ibu? soal Dania dengan sisa ketewa apabila berjaya mengejutkan wanita itu.

Laila yang tengah sibuk mengemas baju pengantin terkejut .

"Eh Mak kau terbalik tong tang tong tang,
eh terkejut Kak Laila datang tak bagi salam terjah Akak macam tu ja cuba kalau Akak ni sakit jantung ke apa tak ke arwahnya akak dekat sini , ibu Dania ada dekat dalam tu pergilah " kata Laila .

" Hahaha Assalamualaikum sorry la kak tak sengaja tapi disengajakan , janganlah marah nanti cepat tua kang tak ada yang berkenan hahaha bye " kata Dania lalu melarikan diri apabila melihat muka Laila dah berubah.

" ishh kamu ni kan , tunggulah kamu lepas dari jumpa ibu Dania taulah nasib Dania " ugut Laila lalu sambung mengemas baju pengantin .

" tak takut " kata Dania .

apabila sampai di hadapan pintu bilik ibunya , Dania menghembuskan Nafas lalu mengetuk pintu bilik ibunya.

tok tok tok

"Masuk " sahut Puan Khalisa.

"Assalamualaikum ibu , ibu buat apa sibuk ke ? "

" waalaikumsalam, takda tak sibuk pun , ni tetiba datang butik ibu ni kenapa? jarang sangat kamu nak jejakan kaki kamu kesini " soal Puan Khalisa hairan anaknya datang ke butik.

" saja ja datang , tapi Dania nak cakap something dengan ibu "

"Hmm apa dia something tu? "

" Dania nak khawin " kata Dania sambil menahan ketawa apabila melihat perubahan riak wajah ibunya.

" what? tak ada angin tak ada ribut , tetiba nak khawin, serius boleh tak? " kata puan Khalisa dengan muka bengangnya, dia tahu pasti Dania tengah kenakannya.

" janganlah serius sangat , Dania gurau ja hehehe sebenarnya Dania nak bagitau yang Dania dah dapat surat daripada.." Dania melambat-lambatkan percakapannya saja ingin mengusik ibunya.

" ishh budak ni cakaplah, buat orang tertanya-tanya ja , surat daripada siapa? " kata puan Khalisa .

"Daripada Syarikat Jeaguk Idham Holding , Dania dah dapat kerja horayy!! " kata Dania dengan sorakannya.

" syukur Alhamdulillah betul ke? " kata puan Khalisa inginkan kepastian.

"Betul ibu Dania dah dapat kerja , Alhamdulillah tak sangka "

"Baguslah kalau Dania dah dapat kerja takdalah asyik dua puluh empat jam terperat dekat rumah sambil menghadap laptop , kalau berfaedah tak apalah juga ni asyik tengok Running Man ja , buang masa tau tak , apa guna Dania belajar tinggi-tinggi bertahun-tahun , ni Ibu nak ingatkan apabila Dania dah start kerja jaga diri baik-baik tu mata tu jaga sikit , jangan bila nampak lelaki hensem mata tu asyik tengok ja berdosa tau , ingat ibu tak tau ah" bebel Puan Khalisa .

Dania hanya pasrah mendengar segala bebelan ibunya , kalau tak dengar nanti balik Ayah dia pula sambung membebel.

" yala ibu, Dania berjanji Dania akan menjaga mata dan kelakuan Dania , ibu tak perlu risau Dania tahu jaga diri Dania okey .
and now Dania nak Shopping ibu nak ikut tak? " kata Dania.

" kamu pergilah Ibu banyak kerja ni , lagipun ibu takda mood nak shopping sekarang " kata Puan Khalisa lalu menyambung menghadap laptopnya.

" Alah Dania mana ada kawan nak pergi Shopping , temankan lah Dania please!! "

"tak boleh ibu banyak kerja , ni apa kata kamu bawa kawan-kawan Dania yg free pergi shopping " cadang Puan Khalisa.

Dania berfikir sejenak , lalu berdiri.

" yeah Good idea ibu , okeylah Dania pergi okey bye Assalamualaikum " kata Dania lalu berjalan ke arah pintu keluar bilik ofis ibunya.

" waalaikumsalam, bawa kereta jangan macam nak berlumba , driver perlahan-lahan Shopping mall tu takkan kemana " pesan Puan Khalisa.

"Okey ibu " lalu keluar dari bilik ofis ibunya.

Apabila keluar daripada Bilik ofis puan Khalisa, Dania melihat kelibat Laila lalu berjalan dengan perlahan-lahan.

" wargghh" sergah Dania.

" tergolek-golek ikan bakar terpijak tahi ayam eh " latah Laila sambil menari.

Dania ketawa terbahak -bahak sambil memegang perutnya , lucu apabila mendengar latah Laila sambil menari .

" hahaha luculah Kak Laila ni , asyik melatah ja " kata Dania dengan sisa ketawanya.

"Budak ni kalau tak buat aku terkejut memang tak sahkan " sambil mengeletek Dania.

" hahaha Kak Laila stop, hahaha Sorry haha , Dania janji tak buat lagi " kata Dania .

" padan muka siapa suruh nakal sangat, kacau orang ja kerjanya " kata Laila lalu menghentikan perbuatannya.

Dania menarik nafas lalu menghembus sambil memegang perutnya , sakit apabila asyik ketawa.

"Sorry, okeylah kak Dania nak jalan ni bye Assalamualaikum " kata Dania lalu keluar daripada butik ibunya sambil melambaikan tangan.

"Waalaikumsalam " sambut Laila lalu membalas lambaian Dania.

Dania masuk dalam kereta dan mula startkan enjin ingin memanaskan enjin , lalu Dania mengambil telefon IPhone nya lalu mencari Nama 'Wawa' bffnya.

"Assalamualaikum Wawa kau busy tak?

waalaikumsalam , aku tak busy kenapa?

"aku nak bawa kau shopping nak tak? "kata Dania .

"Shopping eh Nak sangat, okey juga lagipun aku cuti hari ni so dekat mana kita jumpa? Kata Wawa.

"Baguslah kalau macam tu, okey aku sekarang tengah on the way , kita jumpa dekat Jesellton okey? " kata Dania.

" okey Jesellton , okey jumpa nanti bye assalamualaikum "

"bye jangan lambat tau waalaikumsalam " kata Dania lalu menamatkan panggilan .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience