Bab 7

Romance Series 23988

dalam perjalanan ke kedai pakaian untuk membeli baju yang baru untuk Fahmi yang telah kotor , Dania hanya diam manakala Fahmi hanya mengikuti langkah Dania .

Dania membawa Fahmi kesebuah kedai pakaian iaitu Padini , lalu memandang Fahmi .
kelihatan wajah Fahmi agak berkerut lalu memandang Dania .

" beli baju dekat kedai ni " kata fahmi dengan muka terkejutnya .

" yela dekat kedai ni , kenapa ada masalah ke ? " Dania hanya memandang wajah Fahmi dengan muka bosan .

" kau agak-agak lah , kau fikir baju aku yang kau tumpahkan coffee ni murah ke , baju ni boleh beli sepuluh helai baju dalam kedai ni tau , dan baju ni takda dalam kedai ni faham . aku nak kau tukar baju ni dengan baju yang sama bukan berlainan faham " kata fahmi dengan sombongnya .

" eleh kau ni patutnya bersyukur tahu sebab aku dah setuju nak ganti baju kau , setakat baju buruk kau ni macamlah mahal sangat . mengaku baju dia tu boleh beli sepuluh helai dalam kedai ni kau tak payah sombong lah depan aku , aku malas nak layan kau jadi sekarang ni kau nak ke tak nak aku belikan kau baju ? " Dania sudah mula geram dengan lelaki dihadapannya ini .

Manakala Fahmi juga sama geram kepada Dania , apa yang ia katakan ada sahaja jawaban daripada mulut wanita dihadapannya ini .

" aku tak kira aku nak kau tukar baju ini dengan baju yang sama , jenama yang sama dan harga yang sama faham " Fahmi melihat Dania dengan tajam .

" kau ni macamlah baju kau yang terkena coffee tu macam tak boleh basuh , pakai sajalah baju yang ada dalam kedai ni buat sementara " kata Dania dengan geram .

" kau fikir aku nak ke pakai baju yang murah huh , memang taklah . baju murah bukan taste aku faham! lainlah macam kau , mungkin baju yang kau pakai ni pakaian terpakai kan " kata Fahmi dengan sombongnya .

Dania mula panas telingan mendengar kata-kata Fahmi , sungguh sombong lelaki dihadapannya ini mahu saja ia menghapus lelaki ini daripada muka bumi ni .

" sombongnya kau , kau kena ingat tau bila kau mati nanti kain kafan juga kau guna dengan harga yang murah , kau fikir kalau kau mati di kafankan dengan kain mahal-mahal kau ke . memang taklah ni aku nak Minta tolong dekat kau , tolong sedar daripada duniawi kau ingat sikit kita manusia ni hanya sementara di muka bumi ni dan , please jangan terlalu sombong so sekarang ni kau nak aku tukar baju kau ke tak ? kata Dania dengan geramnya , sempat ia menceramah lelaki dihadapannya ini supaya sedar sedikit .

kata-kata Dania tadi sangat berbisa kepadanya , Fahmi begitu marah kepada Dania sampai mukanya kelihatan merah . dia tercabar oleh wanita dihadapannya ini pertama kali Fahmi menjumpai wanita yang berani membalas kata-kata nya .

Fahmi menutup mata lalu menghembuskan nafas melegakan perasaan marahnya kepada Dania " kau ni menyakitkan hati betullah , apa aku cakap ada ja kau jawab . aku malas nak layan kau sekarang kau pergi belikan aku baju " arah Fahmi , Fahmi setuju memakai baju yang dijual dalam kedai tersebut .

Dania tersenyum menang , cepat-cepat ia melangkah masuk kedalam kedai itu sambil diikuti Fahmi dari belakangnya .

setelah memilih baju dan membayar Dania memberi beg plastik itu kepada Fahmi ,Tanpa berkata apa-apa Dania lalu melangkah pergi .

baru beberapa langkah , tangga Dania dipegang Fahmi . " apa pegang-pegang ni " kata Dania sambil memukul tangga Fahmi .

" kau fikir macam tu ja aku lepaskan kau , sekarang ni kau temankan aku tukar baju lepastu belanja aku makan , kau dah janjikan tadi " kata Fahmi sambil tersenyum kepada Dania .

Dania agak terpaku melihat senyum Fahmi , Dania cepat-cepat mengelengkan kepalanya " kau ni macam macam lah , dah jom " kata Dania .

Fahmi melangkah ke fitting room lalu menukar bajunya , setelah itu ia memberikan beg plastik itu pada Dania .

Dania memandang Fahmi dengan muka blur " apa ni " soal Dania .

Fahmi memandang Dania sambil tersenyum sinis " aku nak kau basuh baju aku ni , lepastu kau bagi balik . ingat jangan rosakkan baju aku ni ia sangat berharga untuk aku " kata Fahmi lalu melangkah pergi menuju ke restoran .

Dania hanya memandang Fahmi dengan geram lalu mengikuti langkah Fahmi .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience