BAB 9

Horror & Thriller Completed 237

Sunyi sekali rumah Dania. Insp. Faizal memberikan salam. Lama kemudian barulah Dania membuka pintu. Insp. Faizal terkejut dengan penampilan Dania yang seksi.

“Mana bukti tu?”

Insp. Faizal tidak mahu berlengah lagi. Syaknya semakin memuncak.

“Inspektor masuklah dulu”

“Apa semua ni Dania?”

“Apanya inspector. Salah ke saya pakai macam ni?”

Insp. Faizal memasuki rumah Dania. Suasananya sungguh suram.

“Inspektor duduk dulu ye. Saya nak pergi hidangkan makanan.”

Dania menjauh ke dapur. Insp. Faizal bangun.

Dia mendaki tangga rumah Dania. Dinding rumah Dania dipandang. Terdapat banyak gambar-gambar Dania bersama wartawan-wartawan Sinar Bacaan. Insp. Faizal terkejut. Sebelum ini, Dania wartawan rupanya.

Seusai sampai di tingkat atas, matanya terpaku pada sebuah bilik yang meremangkan bulu romanya. Bagaikan ada daya tarikan, dipulasnya tombol bilik itu. MashaALLAH!

Segala alat-alat pemujaan terdapat di dalam bilik itu. Ada patung dan dua belas yang mencurigakan. Insp. Faizal mendekat.

‘Jantung Karnina ’ salah satu bekas itu ditulis begitu. Sebuah lagi ditulis ‘Jantung Jezebell Habib ’Insp. Faizal sudah tidak menentu. Dia ingin segera keluar daripada bilik itu tapi suara Dania membantutkan niatnya.

“Akhirnya kau dah tahu jugak”

Insp. Faizal mendengus.

“Tak sangka kau rupanya pembunuh artis –artis tu.”

Dania ketawa.

“Kau tahu apa? Diorang tu memang patut mati.”

Mata Dania membulat.

“Apa salah mereka dengan kau?”

“Satu je salah diorang tu. Gara-gara aku menyiarkan berita tentang kontroversi diorang. Diorang serang aku, maki aku sampai mak aku dekat kampong mati.”

Teringatnya ketika berita pemecatannya sampai ke telinga emaknya, emaknya diserang angin ahmar lalu meninggal.

“Tapi bukan macam tu caranya untuk menghukum seseorang.”

“Ya aku tahu tapi macam mana nak hukum orang yang suka jaga tepi kain orang macam kau ni?”

Pisau di tangannya dimain-mainkan.

“Dania, ingat Allah. Mengucap.”

Insp. Faizal mengambil langkah untuk lari tapi pintu bilik itu ditutup.

“Kau akan mati Faizal. Mati macam Karnina. Mati macam Jezebell Habib.”

Dania sudah gila.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience