BAB 5

Horror & Thriller Completed 237

Lalala. Bingit rumah itu dengan suara Jezebell Habib yang sumbang itu. Suaranya bergema berikutan dia menyanyi di dalam bilik air. Rumah kondo yang baru dibeli oleh sugar daddynya itulah tempatnya berteduh.

Seusai mandi, dia mahu melelapkan mata sebentar sementara menunggu kekasih gelapnya pulang. Tiba-tiba, lampu biliknya terpadam. Dia menjadi panic. Ngantuknya terbantut. Matanya tidak dapat lihat apa-apa. Perlahan-lahan dia mengagau keluar dari bilik. Blackout rupanya. Dia menyumpah seranah.

Dia ingin kembali ke biliknya semula tapi bunyi benda pecah mengejutkannya. Bunyi itu datang dari dapur. Jantungnya sudah berirama laju. Mulai terkenang akan hantu. Isy, mana ada hantu dekat dunia ini. Akalnya menyangkal kata kata itu.

Dengan penuh debaran, dia melangkah ke dapur. Cuba mengenal pasti apakah benda yang pecah dan tiba-tiba…

“Auch, bodoh punya kaca” dia mencela kaca-kaca yang bertaburan di atas lantai.

Kakinya berdarah sedikit. Mukanya mengerut sakit.

“Macam mana boleh pecah ni? Takkan kucing pecah masuk rumah aku pecahkan? Isy, tak logic” dia menggerutu sendirian.

Malas ingin mengambil tahu, langkahnya dipanjangkan menuju ke biliknya semula tapi sekali lagi bunyi benda berderai. Kali ini, bunyinya lebih dekat. Seperti di depannya.

“Siapa tu?”

Masih sepi. Jezebell Habib bertambah takut.

“Kalau kau manusia, tunjukkan diri kau tapi kalau kau hantu tolonglah pergi dari sini.”

Dia tidak dapat menahan air matanya daripada terus jatuh.

Suara ketawa mulai kendengaran. Halus sekali suara itu. Jezebell Habib masih tidak dapat Nampak makhluk yang ketawa itu.

“Siapa kau hah?” kali ini, dia menjerit. Dia berlari menuju ke pintu depan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience