BAB 6

Horror & Thriller Completed 237

Belum sempat tombol dibuka darah tersembur keluar daripada mulutnya. Terputuslah segala amalannya di dunia ini. Manusia imaginasi ketawa kuat. Didekatinya tubuh Jezebell Habib yang tidak bernyawa itu. Pisau yang terpacak di belakang jantung Jezebell Habib ditariknya ganas.

Dia memulakan projeknya.

“Sayang” suara itu memanggil tapi tiada siapa yang menyahut

Sesudah pintu dibuka, jantungnya seakan luruh melihat keadaan Jezebell Habib. Dengan keadaan yang mengaibkan itu dan jantung Jezebell Habib terlantun keluar membuatkan Datuk Ali terjatuh. Darah yang bertempiaran diperhatikan. Selamat tinggal Jezebell Habib.

“Tak boleh jadi ni. Dah dua kali kes yang lebih kurang sama berlaku. Cuba awak tengok, jantung mangsa-mangsa pasti akan terkeluar. Bukan setakat itu je, lihatlah ada kesan mamahan pada jantung mangsa.”

Insp. Faizal berkata sambil menyelak fail-fail kes.

Dania terdiam.

“Insp. Faizal rasa macam mana?”

“Saya rasa pembunuh ini adalah pembunuh yang sama. Cuma bezanya dengan kes yang pertama adalah mangsa yang membunuh dirinya sendiri tapi mamahan itu pastilah bukannya perbuatan mangsa sendiri. Pembunuh ini pasti ada motif tersendiri.” Kumisnya disentuh perlahan.

Dania menggangguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience