BAB 2

Fanfiction Completed 329

Segera Hang Putih meningkah, "Namun tiada ruang untuk lawan menjadi
kawan. Dan tiada juga kawan makan kawan."

Hang Hitam tunduk membenarkan. Dia sedar dirinya bersalah. Walhal
dirinya amat berasa terpukul dengan tindakan sendiri.

Hang Putih hilang sabar, "Ayuh! Hunuskanlah Pedang Taming Putra yang
menjadi rebutan seantero dunia itu. Aku mahu melihat kemampuan pedang
itu sepenuhnya."

Hang Hitam masih tidak berganjak. Kabus tebal yang menyelubungi
perbukitan perlahan-lahan bergerak ditiup angin menghalang penglihatan
mereka berdua. Hang Hitam mempertajamkan deria pendengaran dengan
menekan butang kecil di cuping telinga. Begitu juga Hang Putih .
Masing-masing masih berwaspada antara satu sama lain.Tidak diduga
kedengaran suara sepasang kekasih berhampiran mereka. Mereka adalah
pelancong luar negara.

Hang Hitam menghantar pesanan kepada Hang Putih dengan suara ditekan,
"Jangan sesekali kau cuba menyerang. Mereka tidak berkaitan dengan
sengketa kita."

Hang Putih diam membisu. Menyiakan tidak, menidakkan pun bukan. Amarah
pendekar tidak dapat dibendung lagi kali ini. Sudah terlalu lama dia
memendam.

Gigi diketap hingga berbunya lagaan gigi putih kekuningan, Hang Putih
kembali bersuara, “Aku sudah cukup lama bersabar dengan kau.”

Hang Hitam berwajah tenang disebalik kerutan di dahi, “Di mana kasih kau
seorang sahabat?”

Hang Putih pantas memintas, “Ini bukan lagi soal sayang seorang sahabat.
Kau bukan lagi sahabat aku.”

Kaki kanan sudah melangkah ke hadapan. Kekuda sudah bersedia. Hang Putih
erat menggenggam hulu parang.

“Ayuh! Ayuh, tunjukkanlah kejantanan kau Merah!”

Hang Hitam diam. Dia masih sayang sahabat sepermainan. Dia tidak mahu
bergaduh hanya semata perempuan.

Maka dengan itu Hang Hitam berkata dengan suara yang kuat, “Aku tidak
terima Sang Dewi . Kau ambil kembali mata air kau.”

Gerak kekuda Hang Putih melonggar. Dia berdiri tegak.

Hang Hitam menyentuh dada. Dirasakan dada itu sehingga kembali tenang
gelogaknya. Maka dia bersuara lagi, “Aku serahkan kembali hak kau. Aku
akan katakan kepada bapa. Kau yang berhak ke atas diri Sang Dewi . Bukan aku.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience