BAB 1

Fanfiction Completed 329

Bendera hitam di puncak menara paling kanan Hang Hitam berkibar ditiup
sang angin

pagi. Begitu juga bendera di puncak menara sebelah kiri.

"Bagaimana jika angin ini tiada menyapa? Bagaimana jika kabus tiada
menyelubungi sekitar perbukitan ini? Bagaimana aku? Bagaimana Sang Dewi Puteri?"

Hang Hitam masih gagah berdiri sambil tangan tetap kukuh memegang Pedang
Taming Putra yang disisip rapi di pinggang. Saban waktu dia memikirkan
soalan yang sama. Tiba-tiba kepalanya terasa berdenyut lalu dia rebah
bertongkat tangan menahan dari diri terus jatuh.

"Kau sudah mengalah wahai sahabat? Tidakkah pengecut namanya?"

Hang Hitam tahu siapakah empunya suara yang memasuki ruangan mindanya.
Hang Putih menghubunginya melalui psikik. Hang Hitam yang mata sudah
hitam menyala, mendongak ke langit, namun masih diam. Sengaja dia tidak
menyahut. Bukan bermakna dia memberi peluang Hang Putih menghina, namun
itu adalah taktik pertempuran yang bakal berlaku. Van putih yang
dihadapan ditolak dengan hanya sebelah tangan. Hang Hitam kini sudah
jelas berdepan dengan Hang Putih yang sudah bersedia.

Kata Hang Putih mengherdik, "Kau sudah lemah. Lepaskan sahaja Pedang
Taming Putra itu kepada aku. Aku lebih layak memilikinya berbanding kau.
Kau sudah tua. Sudah lemah. Kubur kata mari, rumah kata pergi."

Hang Hitam bukan sebarangan orang. Dia mendongak ke langit sambil mulut
terkumat kamit memperkatakan sesuatu.

Hang Putih berkata cemas, "Apa yang aku seru wahai Hang Merah?"

Hang Hitam masih tenang dan memandang tepat ke anak mata Hang Putih lalu
berkata lembut, "Kita telah berkawan baik semenjak kecil Putih . Aku tidak
sanggup memerangi kau. Aku sudah anggap kau sebagai keluarga sendiri."

Rona wajah Hang Putih berubah warna. Kulitnya yang cerah jelas kelihatan
berubah menjadi kemerahan. Sambil memperkemaskan genggeman, Hang Putih
bersedia bila-bila masa sahaja untuk menghunus Pedang Sila Emas yang
mampu memancarkan sinaran laser yang hebat.

Ketika itulah Hang Putih memberi amaran, "Lawan tetap lawan. Tiada lawan
yang berubah menjadi kawan."

Hang Hitam tenang membalas, "Benar. Namun lawan boleh berubah menjadi
kawan."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience