Rate

Episod 3

Romance Series 2891

Badri Iman mengangkat panggilan dari Nur Imani.


" Assalamualaikum,"


Nur Imani menjawab salam. " Waalaikumusalam, "


" Maaf menganggu Encik Badri. Saya dari The Printing Shop. Encik Badri ada menghantar emel ke emel kami. Mahu kami mencetak sebelas helai tshirt,"


Badri Iman berfikir sejenak. Razif dan Luqman memerhati Badri Iman yang sedang berbual dengan seseorang di talian.


" Ya, baru saya ingat. Memang saya yang hantar emel tu," senyum Badri Iman


" Tujuan saya telefon Encik Badri berkenaan rekaan tshirt Encik Badri. Encik Badri ingin mencetak baju tapi tiada gambar rekaan baju dikepilkan. Jadi mahu pastikan sama ada Encik Badri mahu kami yang buat rekaan atau Encik Badri sendiri?" tanya Nur Imani.


Badri Iman menepuk dahi. " Terlupa pula saya. Minta maaf ye. Sibuk sangat tu sebab saya terlupa,"

" Tak apa, Encik Badri," faham apabila perkataan sibuk disebut. Nur Imani sendiri kalau sibuk sentiasa lupa walaupun memang jenis seorang yang pelupa.

" Nanti saya datang ke sana. Mungkin esok kalau saya tak muncul petang ni,"

" Baiklah. Terima kasih, Encik Badri. Assalamualaikum,"

" Waalaikumusalam," Badri Iman menamatkan panggilan. Badri Iman mengangkat kepala memandang pasukannya.


" Kamu bercakap dengan siapa," tanya Razif.

" Dari The Printing Shop. Tempat aku mohon mencetak baju untuk pasukan kita. Aku terlupa bagi gambar rekaan baju. Esok sajalah aku ke sana,"

" Esok? Bukan kamu ada plan dengan mak kamu ke?"

Badri Iman mengaru kepala. " Nanti aku bagitahu dengan mak aku. Macam mana lah aku boleh lupa,"

Razif dan Luqman ketawakan Badri Iman. " Mana tak lupa nya kalau fikiran cuma ingat bola je," kata Luqman. Razif mengangguk kepala setuju dengan kata-kata Luqman.


Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Badri Iman buat endah tak endah kerana memang Badri Iman seorang yang suka memikirkan sesuatu hingga benda yang penting boleh lupa.


" Apa?! Tak jadi?" marah Rafiyah.

Khairil memegang bahu isterinya. " Dah, jangan marah dulu. Tunggu Bad terangkan kenapa dia nak cancel. Mesti ada sebab," lembut bicara Khairil kepada Rafiyah.

Rafiyah menarik nafas. Rafiyah bertentang mata dengan anak lelaki sulungnya. Badri Iman menelan air liur. Takut ketajaman mata Rafiyah.

" Ye,mak. Bad ada hal esok hari. Baju pasukan kami belum ada rekaan jadi nak pergi ke kedai nak uruskan. Lain hari Bad ikut mak ye," pujuk Badri Iman.


Rafiyah menyilang tangan. " Bukan senang mak nak bertemu dengan kawan lama mak,tahu tak. Nanti dia tak ada di Kuching lagi macam mana. Dahlah kawan mak tu selalu pergi ke luar negara," sisa marah masih ada.

" Ala,mak. Mak yang nak jumpa. Bukan Bad. Apa kaitan Bad dengan kawan mak?" hairan Badri Iman


Rafiyah berdehem. Niat Rafiyah pertemukan anak kawannya kepada Badri Iman supaya mereka disatukan. Namun Badri Iman tidak tahu niat Rafiyah.


" Baik. Kali ni mak mengalah. Tapi nanti mak nak kamu temankan mak jumpa kawan mak. Jangan nak beri apa-apa alasan lagi. Mak takkan terima," tegas Rafiyah.


Khairil mengeleng kepala. Malas melayan keras kepala Rafiyah. Khairil memberi isyarat kepada Badri Iman supaya setuju saja apa yang di suruh Rafiyah. Kalau tak, sampai esok hari takkan habis leterannya.

Badri Iman menghampiri Rafiyah. Kedua-dua tangannya memeluk leher Rafiyah. " Baik, mak Bad yang disayangi," manja Badri Iman.

Rafiyah mula tersenyum dengan perangai manja Badri Iman. Susah nak marah begitu lama dengan Badri Iman. Khairil hanya senyum melihat karenah isteri dan anaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience