Rate

Episod 2

Romance Series 2900

" Busy nampak," senyum sambil memandang Nur Imani.


Nur Imani mengangkat kepala dan membalas senyuman Safa.


" Ye, nak buka invoice customer. Dah habis hantar baju dekat customer ke?" tanya Nur Imani


" Tadi dah," Safa duduk di kerusi berdepan dengan Nur Imani. Pekerja yang lain senyum nelihat Nur Imani berbual dengan Safa.


" Ehem," kedengaran seseorang berdehem dengan garaunya.


Nur Imani lekas memandang skrin komputer menyambung semula kerjanya yang terganggu. Safa cepat-cepat bangun dari duduknya. Seorang lelaki berkemeja menghampiri meja Nur Imani.


" Hai Safa,"


Safa tersengih-sengih tahu dirinya salah mengacau kerja Nur Imani. " Encik Daniel, awal sampai,"


Daniel melihat jam di dinding. " Awal? Dah lama saya ni sampai. Jangan kacau kerani saya buat kerja. Sambung kerja kamu," arah Daniel.


Safa mengangguk dan meminta diri. Sebelum melangkah sempat memandang Nur Imani dan menyambung semula langkahnya.


Daniel duduk di kerusi yang di duduki Safa tadi. " Ada order baru dari customer?" serius Daniel.


" Ada, Encik Daniel," jawab Nur Imani.


Daniel melihat skrin handphone nya. Membaca emel dari customer. " Customer nama Badri mahu order sebelas baju tapi design belum bagi," mengaru kepalanya yang tidak gatal. " Nanti kamu tolong hubungi dia," arah Daniel lagi.


Nur Imani mengangguk tanda faham. Daniel menghadiahkan senyuman kepada Nur Imani. Nur Imani membalasnya. Daniel bangun dari duduk dan berjalan menuju ke arah office nya.


Nur Imani tanpa berlengah mencari nombor handphone customer bernama Badri dari emel yang dihantarnya.


Semua penyokong majoriti perempuan bersorak menyokong pasukan bola sepak Badri Iman. Bersemangat mereka bermain apabila menerima banyak penyokong.


Habis saja masa permainan mereka berehat sebentar. Badri Iman serta sepasukannya duduk berdekatan tiang gol di padang tersebut.


" Kuat juga pertahanan mereka " kata salah seorang dari mereka.


Badri Iman mengambil botol berisi air dan meminumnya agak lama." Kalau pertahanan kuat, kita kena buat strategi baru," cuba memikirkan cara untuk melawan pasukan tersebut.


Mereka semua mengangguk setuju. Sedang mereka berbual, Iphone milik Badri Iman berdering. Badri Iman mengerut dahi melihat nombor yang tidak dikenali di skrin handphonenya.


Badri Iman menjawab panggilan tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience