Rate

Episod 1

Romance Series 2900

Angin petang membelai raut wajah Nur Imani. Nur Imani menutup mata. Menikmati suasana petang yang aman sambil memerhati sekelilingnya.


" Nampak seronok je mereka," bisik yang hanya di dengar oleh dirinya sahaja.


Kebanyakkan orang suka datang ke Pustaka Negeri untuk berjoging. Ini kerana terdapat tasik di tengah Pustaka dan kawasan untuk beristirehat. Ada yang datang seorang diri. Ada yang bersama dengan keluarga masing-masing. Ada juga yang datang melepak bersama kawan-kawan.


Lamunan Nur Imani di ganggu dengan deringan lagu korea "Lonely" dari handphone Samsung miliknya.


Nama tertera di skrin handphone tersebut membuatkan Nur Imani mengeluh. Lambat jarinya menekan ikon di skrin. Belum sempat menekan, deringan yang bergema berhenti.


Nur Imani bangun dari duduknya. Berjalan menuju ke arah kereta Axia miliknya. Baru saja duduk ke dalam kereta, handphone miliknya berdering lagi. Nur Imani menjawab panggilan tersebut.


Nur Imani hanya diam mendengar orang di talian bercakap. Lepas itu panggilan di matikan sendiri oleh si pemanggil. Nur Imani mengeluh lagi.

" Aku dah agak,"


Nur Imani memulakan perjalanan menuju ke rumah sewa miliknya.


" Sayang,"


Seorang perempuan berjalan ala-ala model dan tanpa segan silu duduk di sebelah Badri Iman yang sedang duduk bersama kawan-kawannya. Kawan-kawan Badri Iman hanya jadi pemerhati. Badri Iman merasa tidak senang duduk.


Salah seorang kawannya berbunyi. " Hey, Iman. Kita dah lambat ni," menunjuk jam di tangannya. Badri Iman mengalihkan tangan perempuan tadi dari menyentuh nya lagi. " Maaf ye, saya ada hal," dengan cepat Badri Iman meninggalkan perempuan tersebut dengan raut wajahnya yang masam mencuka.


Apabila sudah jauh dari tempat tadi, kawan-kawan Badri Iman mengetawakannya. Badri Iman mencekak pinggang. " Amboi, seronok ye kamu berdua ketawakan aku,"


Salah seorang menjawab " Yelah, macam mana kamu boleh kenal perempuan gedik tu? Antara kita tiga ni..kamu juga yang mereka nak mengorat. Kesian kita kan, Razif," menaikkan kening kepada Razif.


Razif mengangguk tanda setuju. " Betul tu. Aku sokong kata kau, wahai sahabat Luqman," meletakkan tanggannya di bahu Luqman dengan sisa ketawanya.


" Siapa lagi kalau bukan si intan payung Razif," giliran Badri Iman mengenakan kawan nya balik. Razif mengerut dahi tanda tidak faham walaupun tahu siapa yang dimaksudkan Badri Iman.


" La, buat- buat tak tahu pula," kata Badri Iman


Luqman ke sisi Badri Iman dan memegang bahunya. " Kura-kura dalam perahu, pura- pura tidak tahu,"


Razif menyilang tangan memeluk tubuh. " Batu api kamu ni Luqman. Tadi bukan main kau sindir Iman," Badri Iman menolak Luqman sedikit. " Betul juga," Luqman tersengih-sengih.


Razif mengeleng kepala melihat telatah kawannya. " Cukup-cukup sudah..menyanyi pula aku nanti. Jawap soalan tadi, Iman. Macam mana Rozana boleh kenal dengan perempuan tu? Rasa pelik pula dia ada kawan gedik," musykil Razif.


" Soalan tu hanya dapat dijawab oleh Rozana. Aku tak ada jawapan," senyum Badri Iman. Razif mengeluh. " Baik, nanti aku sendiri tanya dia,"


Badri Iman menaikkan ibu jari tangannya. Thumb up!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience