Bab 3

Drama Series 1994

SEPULUH TAHUN BERLALU<

Elly tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),Sepang,tepat jam 6.00 petang.Dari jauh Elly sudah nampak kelibat Dato’ Eziz Hakim,abang dan kakaknya .Dengan tergesa-gesa Elly menolak laju bagasi di dalam troli untuk mendapatkan ayah,abang dan kakaknya .
PRANG!Elly telah terlanggar seorang lelaki hingga menyebabkan hadiah yang berada di tangan lelaki itu jatuh.
“ALLAH!”itu perkataan yang pertama keluar dari mulut Elly.Elly terkesima.Cepat-cepat dia memungut hadiah yang terjatuh di lantai.Pasti barangan kaca kerana bunyi yang kuat semasa terjatuh tadi,bisik Elly.
“Maaf kan s..ya..ss..ya..saya tak sengaja”Elly tergagap-gagap berkata.
Kemudian dengan perlahan-lahan Elly mengangkaat wajah memandang lelaki itu.Alangkah terkejutnya dia.Jantung Elly mula beretap-detup dengan pantas.Berderau darah Elly buat seketika.
Lelaki itu amat dikenali.Tengku Danish Iman Bin Tengku Daniel Irash.Seorang jejaka yang tampan persis seorang model.
“Hei Elly kau buta ke?mata letak mana?Kat kepala lutut?”tengking Tengku Danish sambil menanggal kaca mata hitamnya.
Elly terkaku.Wajahnya pucat lesi.
“I’am so sorry Danish.Aku betul-betul tak sengaja.Nanti aku ganti balik barang yang pecah tu,”balas Elly dengan wajah serba salah.
“Hei kau ingat barang tu ada jual kat sini ke?Aku beli kat London tau.Kalau ada kat sini sekalipun macam la kau boleh beli lagi sekali”sinis Danish.
Berdesing telinga Elly mendengar kata-kata itu.Berkerut dahinya.Habis itu,dia nak suruh aku buat macam mana,gumam Elly dalam hati.
Sakit hati Elly melihat sikap Tengku Danish yang seperti tidak reti bahasa itu.Sombong tidak bertempat.Bukan dia tidak mengenali Elly malah lebih dari itu.
Elly dan Tengku Danish menuntut di sekolah menengah yang sama selama beberapa bulan. Sejak kes perbalahan dan penamparan yang diterima oleh Elly menyebabkan Elly bertekad untuk pindah ke asrama bersama geng-gengnya yang ingin turut serta.Kemudian mereka berjumpa balik di universiti yang sama di United Kingdom malah di dalam kelas yang sama.Mereka mengambil jurusan perniagaan.Tapi sifat sombong Tengku Danish yang keterlaluan itu menyebabkan hubungan Elly dan Tengku Danish tidak mesra seperti rakan-rakan lain.
Dari hari pertama berjumpa balik dengan Tengku Danish di semester pertama hingga la pada hari konvokesyen,Tengku Danish sentiasa dingin dengannya.Elly sudah lama lupakan peristiwa pergaduhan mereka.Entahlah malas Elly hendak memikirkannya.Yang pasti Tengku Danish tidak pernah menunjukkan minat untuk berkawan dengannya.
“So macam mana?”Pertanyaan Danish menyedarkan Elly dari lamunan.
“Macam nilah kau nak berapa ganti rugi?”Elly bersuara untuk mengelak kemarahan Danish berterusan.
Kaca mata hitam terus dipakai semula dan Tengku Danish berlalu pergi tanpa menoleh lagi.Elly termangu-mangu sendirian.
Hati Elly begitu tergores dengan kesombongan Tengku Danish namun dipujuk hatinya untuk tidak terlalu memikirkannya.
ELLY!ELLY!”
tersentak Elly dari lamunan sebaik sahaja mendengar laungan Dato’ Eziz Hakim.
“Abah..”
Elly melangkah pantas mendapatkan Dato’Eziz Hakim.Tubuh tua itu dipeluk dengan penuh erat.Pelukan seorang anak setelah empat tahun berpisah dengan keluarga tercinta demimengejar satu cita-cita.
Abang dan kakak yang berdiri di sebelah sudah tersenyum memandang.Elly kemudian meleraikan pelukan dan terus memeluk abang dan kakaknya.
“Abah,abang,akak sihat?”
“Alhamdulillah Elly”Jawab mereka.
“Umi mana abah?umi tak ikut sekali?”soal Elly.
Dari jauh Elly perasan ada mata yang memandang.Siapa lagi kalau bukan lelaki sombong itu.Dia melihat Tengku Danish sedang dikerumi oleh kaum keluarga dan kawan-kawannya.
“Elly tengok siapa tu?”tanya abang yang turut memandang ke arah tempat yang sama.
Elly segera menggeleng.Sebaris senyuman dihadiahkan buat abang kesayangannyan itu.
“Jom kita balik”
Elly terus menarik tangan ayah dan kakaknya manakala abangnya mengekori Elly dari belakang sambil menolak troli.
“Hei Danish,kalau tak salah aku,tu Elly kan?Kenapa aku tengok dari tadi kau asyik pandang dia semacam aje?kat Malaysia baru kau perasan kehadirannya eh?”usik Ikram pada sahabat baik nya itu.
Danish tersenyum sinis mendengar usikan sahabatnya itu.
“Pleaselah Ikram,you know me better.”
Pantas bahu sahabatnya ditumbuk lembut.Ikram terus mengekori langkah sahabatnya yang sudah laju ke hadapan tanpa menunjukkan sebarang minat untuk menoleh ke arah Elly yang turut melangkah keluar dari lapangan terbang itu.

Rumah Elly di Air Pa’Abas,Melaka riuh rendah dengan saudara-mara dan jiran-jiran yang berdekatan.Keluarganya telah membuat kenduri doa selamat keran Elly telah selamat pulang ke tanah air dengan membawa segulung ijazah.

***
Elly sedang berbaring di atas katil sambil membelek album gambar keluarganya.Matanya mula terasa bera,Elly terus meletakkan album keluarganya di atas meja solek.Matanya mula dipejamkan.Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi.Elly melihat nombor yang tidak dikenali lalu membiarkan sahaja.Namun telefon masih tidak habis berdering.
“Helo,siapa ni”Elly akhirnya menjawab.
“Itu semua tak penting.Aku just nak inform kau pasal Danish”suara orang di hujung sana mulai cemas.
Elly merasakan jantungnya bagaikan berhenti berdegup.Dia pun tak pasti apakah perasaannya,asal mendengar nama’Danish’ jantungnya akan berhenti berdegup.
“Aku nak kau tau rumah Danish kena rompak.Dia tercedera masa bergelut dengan perompak tu.Aku ada kat rumah dia sekarang tengah tunggu ambulans.Aku jumpa nombor kau dalam phone dia jadi aku terus bagitau kau.Lagipun Danish asyik meracau sebut nama kau aje.Aku rasa baik kau datang sini cepat.”
“Tapi..”Belum sempat Elly bertanya dengan lebih lanjut lagi talian sudah dimatikan.
Elly terus telefon Abby dan Rina untuk menemaninya.Mereka bertiga terus pergi ke rumah kondo Danish.
Sebaik sahaja kereta Abby sampai di pekarangan kondo Danish,Elly terus turun.
“Elly aku dengan Rina pergi cari parking dulu!”jerit Abby dari dalam kereta.
Elly terus berlari ke pondok pengawal keselamatan untuk mendapatkan kebenaran untuk naik ke rumah Danish,Interkom di rumah Tengku Danish berbunyi.
“Yes”Terdengar suara lelaki yang menjawab.
“Encik Danish,saya security guard.Di sini ada perempuan bernama Elly nak ke rumah Encik”.
Tengku Danish mengerutkan dahinya.Dia baru sahaja pulang dari rumah orang tuanya di Asahan.Badannya terlalu letih.Dia hanya berfikir untuk tidur je sekarang ni.
Nak buat apa dia datang sini,desis Danish dalam hati.
“ok bagi dia naik,”arah Danish yang waktu itu hanya memakai seluar pendek tanpa berbaju.
Kemudian Danish berdiri di balkoni.Memikirkan tujuan kedatangan Elly ke rumahnya di waktu malam begini.Elly yang berada di dalam lif untuk ke tingkat 15,mula terfikir dengan siapa pengawal keselamatan itu bercakap.Takkan dengan Tengku Danish.
Elly mula berasa tidak sedap hati.Dia mula terfikir untuk berpatah balik tapi macam mana pula kalau Danish benar-benar dirompak dan sedang bertarung dengan maut.Dalam situasi Elly yang serba salah dan kebingungan,pintu lif terbuka di tingkat 15.Elly teragak-agak hendak keluar.
Alang-alang dah sampai pergi ajelah.Aku cuma nak pastikan yang dia selamat bukannya ada apa-apa,desis Elly.
Elly samapi di depan pintu rumah Danish.Dia semakin pelik melihat pintu rumah berkunci,selalunya kalau rumah dirompak mesti pintunya terbuka,Elly semakin tidak sedap hati.
Hisy macam mana ni?Nak patah balik atau nak teruskan?Argh..dah alang-alang sampai tekan ajelah loceng,desisnya.
Elly nekad.Loceng ditekan,sekali,dua kali dan baru dia hendak menekan buat kali ketiga,pintu dibuka.Pucat wajah Elly melihat Danish yang membuka pintu.Keadaannya yang berseluar pendek itu menjadikan Elly lagi tidak tentu arah.Elly tidak nampak sebarang kecederaan pada Danish ataupun sebarang tanda yang rumahnya dirompak.
Aduh siapa pula nak kenakan aku ni,dengusnya di dalam hati.Elly berasa sungguh malu apatah lagi bila dia baru tersedar dia baru terperasan yang dia hanya memakai baju tidur dengan ditutup oleh baju sejuk sahaja,tidak ubah seperti pembantu rumah Indonesia di rumahnya.
“Kau nak apa datang rumah aku malam-malam buta ni?”Kasar Danish bertanya.
Elly tersinggung dengan cara percakapan Danish itu.
“Aku sebenarnya…”
Elly tergagap-gagap untuk menjelaskan.Dia masih berdiri tegak di muka pintu sedangkan Danish sudah masuk ke dalam rumah dan duduk di sofa ruang tamu.
Ada orang nak perangkap aku ni.Lebih baik aku pergi ajelah.Kalau aku terangkan pun bukannya dia boleh percaya.
Elly terus berpusing untuk meninggalkan rumah itu.Sebaik sahaja Elly ingin memusing,Danish pantas mendapatkannya lalu memegang pergelangan tangan Elly dan terus menarik Elly masuk ke dalam rumah.Pintu rumah terus berkunci.
“Aku takkan benarkan kau pergi dari sini selagi kau tak terangkan pada aku kenapa kau datang rumah kau”
Elly terus menarik tangannya dari genggaman Danish.Dia mengusap-gusap tangannya yang perit gara-gara digengggam kuat oleh Danish.Tengku Danish sempat memandang wajah Elly,dia akui Elly sememangnya cantik,walaupun tanpa secalit mekap namun kejelitaan wajahnya begitu terserlah.
“Aku tak tau sama ada kau nak percaya ke tidak tapi terus terang ,sebenarnya aku diperangkap oleh seseorang.Tadi aku terima panggilan dari dari seseorang,dia kata kau dirompak dan cedera parah.Jadi dia suruh datang sebab…sebab kau asyik sebut-sebut nama aku”Perlahan aje Elly menyudahkan ayatnya itu.
Sebaik sahaja Elly menghabiskan ayat-ayatnya itu,Danish sudah ketawa terbahak-bahak.Seolah-olah Elly baru sahaja selesai menceritakan kisah lawak.
“Kalau kau dah gila sangat kat aku,dah syok sangat,janganlah sampai reka cerita palsu macam ni.Aku belum tergila-gila lagi la sampai nak menyebut-nyebut nama kau.Kau ingat kau siapa?”
Wajah Elly sudah berubah merah.Matanya mula berkaca.Elly sudah tidak dapat menahan air mata dan malunya lagi,tersa pedih hatinya mendengar penghinaan yang dilemparkan kepadanya.
Elly terus membuka pintu namun dia terkaku di situ.Di luar ada dua orang lelaki yang memakai serban dengan 2 orang anggota polis.
“Assalamualaikum”
“Walaikumusalam…’Elly menjawab walaupun waktu itu hanya ALLAH aje tau berkecamuknya perasaan dia.
“Awak bedua aje ke dalam rumah ini?”
Hampir terduduk Tengku Danish mendengar pertanyaan itu.Tengku Danish tidak dapat menahan kemarahannya pantas dia mencekik leher Elly.
“KAU ni memang perempuan tak tau malu.Kau sengaja perangkap aku kan.!!!”

Share this novel

akiko
2020-12-16 14:50:24 

Weh web weh jnglah jdi benda bukan-bukan adooooo


NovelPlus Premium

The best ads free experience